Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Pejam celik, sudah hampir hujung tahun, maka kami pekerja-pekerja contoh di pejabat akan 'menjual diri' untuk mengisi borang prestasi kerja selama setahun (Performance Management System - PMS) sambil menyatakan kejayaan yang dikecapi dan harapan untuk tahun akan datang. Alhamdulillah, saya jarang pening kepala untuk mengisi borang ini. Lagilah tahun ini, saya ambil yang tahun lepas punya dan menambah sedikit yang baru kerana saya akan dinilai oleh Ai Tee berbanding Mr. Wong tahun lepas. Ingatkan sudah hampir bijak, semasa mahu ditemuduga bersama Ai Tee, dia mahu melihat yang tahun lepas punya. Haha. Mujur ada sedikit yang saya ubah. Segan saya jika saya ambil semuanya tanpa tukar apa-apa.
Setelah setahun, banyak yang saya belajar. Sangat banyak. Selain kemahiran ilmu bekerja QS, saya juga belajar untuk menjadi manusia yang lebih baik. Ai Tee seorang yang sangat banyak ilmu dan pantas. Apa yang saya lihat, dia mampu melakukan banyak tugasan. Kalau dapat buat banyak tugasankan dapat banyak pahala? Menarik bukan? Kerja dia memang banyak selesai. Di Southgate kerjanya lebih simple tetapi banyak dan mahu cepat. Huhu. Skil yang masih saya dalam usaha mahu gilap. Banyak lagi skil yang saya kena gilap. Antaranya :-
- Kepantasan - Kalau urgent tu maknanya, kerja tu lebih urgent dari yang kerja urgent yang lain. Sila siapkan. Dan memang mereka buat kerja sangat laju. Susah gila nak kejar. Kena belajar ni.
- Bijak - fikir cara yang paling cepat tapi keputusan dia lebih kurang dengan cara yang biasa tapi mengambil masa yang lama.
- Tahu apa yang dibuat - Saya mempunyai tabiat yang buat sahaja kerja janji siap. Bila Ai Tee tanya soalan lebih-lebih, mulalah tak tahu nak menjawab. Kamu kena tahu apa yang kamu buat. Dengan cara itu, lagi senang nak ingat. Contohnya harga bagi sesuatu barang, saya tanya Ai Tee, dia akan kata, "Kita pernah award, cuba check dekat kontrak sekian-sekian". Tanya benda lain pun macam tu juga. Semua harga dia tahu. Walhal dah lama gila kerja tu. Dia ingat. Sebab dia kata, dia faham apa yang dibuat. Jadi dia ingat.
- Kemahiran - Yang ini kena ada untuk senang buat kerja. Contoh, preliminaries tu dah kena tahu dah apa item yang memang kena ada.
- Fokus - Kena tahu kerja yang kau tak boleh buat dengan kerja lain. Selesaikan satu persatu. Multi-tasking tu perlu, tapi untuk kerja besar-besar, kena selesaikan. Dan untuk kerja kecil-kecil seperti minta surat dan follow up dokumen, yang tu boleh sambil-sambil buat kerja lain.
- Komunikasi - Yang ini masalah saya yang bukan sahaja Ai Tee pening, tetapi juga Naziha. Cakap tak fikir. Cakap ikut cakap sahaja. Sekarang memang kena sebut dulu benda nak cakap, baru pergi dekat Ai Tee. Takut tercakap entah apa-apa. Dan kena sampaikan apa yang kamu nak sampaikan dengan tepat.
- Faham - Kena faham apa yang kamu buat. Bukan main buat sahaja. Dah kena pegang title senior tu dengan penuh tanggungjawab.
Alhamdulillah, sekarang boleh dikatakan dia agak percaya dengan saya. Syukur banyak-banyak. Jangan ingat dia segembira itu tanpa ada apa-apa kesusahan. Saya pernah menyebabkan Ai Tee menangis dahulu. Dia pernah menyuruh saya membuat kerjanya yang urgent. Oleh kerana Ai Tee seorang yang boleh membuat kerja, bos besar kami suka menyuruhnya membuat kerja. Iyalah, kalau kita jadi bos pun, kita mesti suka bagi kerja dekat pekerja yang pandai buat kerjakan. Selesai cepat jika dibandingkan dengan pekerja yang tidak berapa pandai membuat kerja. Maka, kerja itu penting dan boleh dikatakan saya tidak dapat membuatnya. Dia begitu marah dan geram dengan saya kerana dia datang awal ke pejabat untuk menyambung pekerjaan yang dengan harapan saya sudah habiskan. Tetapi, apabila dia sampai, dia melihat saya tidak menyiapkan tugasan itu. Oleh kerana terlalu geram dan penat kerana terlalu banyak kerja dan tak sanggup marah, perasaan itu dilepaskan kepada tangisan. Allah, perasaan saya waktu itu. Tak dapat digambarkan. Rasa bersalahnya begitu menghantui. Semenjak itu, saya terus membuat kerja dengan efficientnya.
Ai Tee ni jenis yang dia bagi kita redah dulu. Salah tidak mengapa, dia akan back-up. Tapi, cuaklah jika salah. Mungkin sebab saya tidak dibesarkan begitu. Dahulu, siap senior saya memarahi jika saya menghantar e-mail yang salah tanpa menconsultnya dahulu. Tetapi, dengan Ai Tee, dia akan memberitahu apa salah saya dengan call sahaja. Saya yang perlu take note untuk tidak membuat kesalahannya di lain masa. Selalu buat review sebelum menghantar e-mail dan tugasan. Dan kalau boleh memanglah taknak buat salah. Tetapi kitakan manusia biasa. Saya pernah cuba mahu membuat sesuatu tugasan, tetapi niat mahu menunjukkan yang saya mampu. Tetapi, saya terlupa, semua kebolehan saya adalah dengan pertolongan Allah. Akhirnya, saya tidak dapat membuat seperti yang dirancang. Kena selalu banyak berdoa supaya sentiasa dibantu Allah dan didoakan sentiasa membuat sesuatu ikhlas kerana Allah. Nak didik hati ini susah sayang. Doakan saya.
Saya senang bekerja dengan Ai Tee. Kerja memang selesai. Dia selalu memuji sahabat saya Khairul kerana kepantasan dan kecerdikannya dalam membuat kerja. Saya mengakuinya kerana setiap soalan yang ditanya saya kepada Kerul, hampir 97% ada jawapannya. Bijaknya pakcik ni. Saya menyimpan impian supaya dapat membuat kerja sepertinya. Sedang dalam proses pembelajaran dan pembaikpulih diri. Apabila bekerja dengan Ai Tee, kerja jalan dan saya pun sungguh tak sangka boleh menjadi seperti hari ini. Dipercayai. Ada potensi dalam diri saya yang Ai Tee berjaya gali. Seorang lagi insan yang perlu dikekalkan dalam diri ini. Saya sukakan dikelilingi oleh orang yang berjaya mengeluarkan the best in me. Itulah #relationshipgoals saya. Setiap manusia adalah terbaik jika ada orang yang berjaya mengeluarkannya. Yang penting belajar dan berusaha. Saya juga mahu menjadi seperti itu. Kalau dapat mengeluarkan potensi diri orang lain mestilah sesuatu yang gembira. Apa yang penting adalah ilmu. Marilah bersama berubah ke arah yang lebih baik. InsyaALLAH, kita pasti boleh.
Saya sempat menghadiri Forum Mempertahan Maruah Melayu pada 30hb September yang lalu. Bak kata Profesor Khoo Kay Kim, manusia bukannya ada kelemahan, tetapi bagaimana kita mendidik seseorang melalui pendidikan. Pendidikan sepatutnya menjadikan seseorang lebih sempurna. Kebanyakan orang sekarang berubah kerana terpaksa berubah. Sepatutnya kita berubah kepada yang lebih baik. Nasihat yang baik untuk semua.
Love..

Barisan panel yang hebat |
Peneman ke sana ke mari semasa weekdays. |
Love..
No comments:
Post a Comment