Thursday, October 8, 2015

Majlis Perkahwinan Abu

Kisah percintaan Abu sangat mudah. Katanya dalam masa dua bulan sahaja berkenalan. Abu mengucapkan hari jadi kepada isterinya (masa itu belum lagi) di facebook. Cerita Abu, dia tidak ingat juga bila dia berkawan dengan isterinya, tetapi connection antara mereka berdua adalah pernah bersekolah di Maahad Kajang. Berkenalan dua bulan, isterinya membuat istikharah dan merasakan Abulah suaminya. Abu pula, buat juga, tetapi tidak merasa apa-apa. Haha. Ngek hang Abu. Tetapi, mahu mengambil tanggungjawab itu. Bulan puasa Abu berjumpa dengan kedua ibu bapa isterinya dan kemudian ibu bapa Khairiyah berjumpa dengan Pak Lang dan Mak Lang kami pula. Terus merancang untuk bertunang semasa raya ke-sepuluh nanti. 

Semasa mengacau rendang di hari puasa terakhir, nenek telah membuka cerita kepada saya. Jadi, tidaklah sangat terperanjat semasa seang berbuka puasa, tiba-tiba Pak Lang berdiri dan memberitahu berita gembira ini kepada kami semua. Mudah bukan jodoh mereka? Jika Allah kata Jadilah, maka jadilah. Dia akan menjadikan semudah-mudah urusan. Abu mengajak saya sekali di majlis perkahwinan itu, katanya jika majlis perkahwinan rumah Pak Lang, yang penatnya keluarga Pak Long juga dan begitulah sebaliknya. Hehe. Kamu betul Abu. Tetapi kali ini, semuanya catering, kurang sedikit penat. Saya perlu menyimpan duit untuk tidak menyusahkan saudara-mara. Semua perlu catering sahaja. 

Kesayangan

Sementara menunggu pengantin perempuan turun.

Selesai juga Abu.

Majlis pernikahan berlangsung di Semenyih, kami bertolak dari Klang bersama Pak Lang dan Ani. Nenek, Acik, Mok Teh dan Pak Busu dari Melaka. Dollah dari Bangi. Juga tidak ketinggalan Fatimah dan suami dari Pahang mewakili Mak Ngah yang sekarang berada di Sabah sempena menyambut kelahiran cucunya yang ketiga.







Selepas pernikahan, kami tinggal di homestay berdekatan yang disewa Abu dari jam 10 pagi sehingga 2 petang. Kata tuan punya homestay, itu merupakan kali pertama dia menyewakan orang begitu. Hehe. Tetapi, memang memudahkan kami untuk beristirehat. Terutama untuk nenek yang dari kampung. Pada jam 2 petang, kami ke rumah pengantin untuk majlis persandingan. Selepas semuanya selesai, kami pulang ke rumah. Mahu masak pula untuk doa selamat saudara-mara kami. Nenek memang terbaik, masuk dapur jam 6.00 petang, 8 malam dah siap lauk masak asam dan kuah lemak. Cuma tinggal masak nasi sahaja. Kami mengadakan tahlil selepas isyak. 


Keesokan harinya, majlis di rumah kami pula. Majlis berlangsung di surau berdekatan rumah kami. Alhamduillah, perjalanan majlis sangat lancar walaupun hujan lebat pada tengahari itu. Lauk semuanya habis. Semoga semuanya gembira. Perkahwinan yang menyatukan dua keluarga baru dan pastinya merapatkan lagi hubungan kami saudara-mara. Tidak sabar untuk majlis saya. Semoga semuanya dipermudahkan Allah juga. ;p

Malamnya pula, Pak Lang membeli lauk dari luar sahaja untuk mengelakkan kami perlu memasak. Menarik bukan? Semua untuk kesenangan bersama. Masa untuk bersantai-santai. Kami cuma memasak nasi sahaja. Sama juga keesokan harinya, Pak Lang membelikan sarapan untuk kami, cuma emak memasak nasi goreng kerana mempunyai lebihan nasi semalamnya. 

Hari Isninnya, saya bercuti. Wee~~. That is the best part. Penat kalah siapa yang berkahwin. Pengantin terus pergi berbulan madu di Langkawi pagi itu. Kami pula berjalan ke Petrosains membawa anak Mak Usu dan Pak Busu. Nenek pula sempat melawat saudaranya yang tidak sihat hari itu. 

Alhamdulillah. Segala puji hanya bagiMu. Buat Abu dan Khairiyah, Selamat bercinta hingga ke syurga. 

sumber : google


Love..

No comments: