Friday, February 27, 2015

Ujian Sabar & Ikhlas

Kawan saya berkawan dengan seorang Dato'. Dato' ini saya gelar dengan Dato' K untuk memudahkan penceritaan. Tiada kaitan dengan sesiapa. Kawan saya menceritakan yang Dato' K telah ditipu oleh kawan baiknya yang telah dikenali selama hampir 22 tahun dan seorang perempuan.

Apa yang harta dan kekayaan boleh lakukan adalah, menjadikan kita seorang yang sangat kejam jika tidak dipandu dengan betul. Kawan baik Dato' K ini menjanjikan satu projek bersama tetapi dia perlu melaburkan sejumlah wang. Atas dasar kepercayaan sahabat dan seorang perempuan, Dato' K bersetuju. 
Tetapi, seperti cerita melayu, dia telah ditipu. Yang paling malang sekali adalah perjanjian mereka telah melibatkan Ah Long. Dato' K terpaksa membayar duit kepada Ah Long hampir berpuluh ribu setiap bulan. Habis semua hartanya dikeluarkan. Kereta, perniagaan dan rumah. Ketika kawan saya menceritakan pengalaman kawannya, mereka telah hampir 8 bulan mencari jalan untuk membantu Dato' K tetapi masih tidak berjumpa jalan dan masih berusaha.

Apa yang kawan saya belajar adalah, jika anda seorang bussinessman, sila beli rumah atau kereta dengan bayaran tunai. Jika tiba-tiba tiada sumber kewangan, aset yang tidak berhutang ini sangat-sangat membantu. Dan sekurang-kurangnya tidak memeningkan kepala untuk membayar bulanan selepas ini. Selain itu, kawan-kawan dan saudara-maranya juga tidak membantu sangat. Waktu susah ini, barulah kita tahu siapa kawan kita yang sebenar. Semoga keluarga dan kawan-kawan kita bukan seperti itu.

Kawan saya bercerita, dia menangis dalam solat kerana mahu membantu Dato' K tetapi sudah habis punca. Dato' ini sangat baik dan alim. Dia juga telah meminjamkan sejumlah wang yang banyak kepada Dato' K. Hampir RM10 ribu. Dan katanya kepada saya adalah dia tidak berharap untuk dapat semula duit itu melihat kepada keadaan Dato' K yang tidak tahu bagaimana mahu diselesaikan. Tetapi, Dato' K sangat positif dan percaya akan bangkit dan memulangkan semula duit itu. Kawan saya hanya mengangguk sahaja. Di dalam hati sudah menghalalkannya. (Saya bersyukur diperkenalkan dengan insan ini. Ikhlas yang perlu saya belajar darinya. Semoga semua amalan kita ikhlas hanyalah kepada Allah.) Benarlah Allah memberikan sesuatu pada tempatnya. Saya memikirkan jika kawan saya, apakah saya sanggup memberikan dengan ikhlas? Masa untuk muhasabah diri sendiri. Pada saya,Dato' K sedang diuji untuk Allah menaikkan darjatnya di mata Pencipta. Semoga ganjaran yang banyak untuknya, kawan baik saya dan kawannya yang sama-sama sedang berjuang.

Kawan saya meminta saya mendoakan kawan baiknya ini diberi jalan keluar dan masalahnya berjaya diselesaikan. Mohon doa dari pembaca ini juga agar kawan baik kawan baik saya dipermudahkan urusan dan diberi ilham untuk menyelesaikan masalah mereka. Semoga Allah permudahkan juga segala kesulitan kalian. Terima kasih. 😃


Love..

No comments: