Dah berzaman punya cerita. Tetapi baru nak tulis. :p Alhamdulillah. 31 Oktober sehingga 2 November tahun lepas punya kenangan. Mengambil masa yang lama untuk menulis entri mengenai benda yang saya suka. Masa. Masa. Masih perlu sedikit kekuatan untuk berubah.
Tahun lepas (haha), Faezah dan saya telah berjaya mengikuti satu program Gamuda. Masa untuk berhuha-huha sebelum masing-masing berkahwin. Hehe. Kali ini berlainan dari aktiviti sebelum yang pernah kami ikuti. Kali ini, kami berpeluang bersama-sama membuat rumah orang asli di Batang Kali. Rumah berjaya disiapkan selama tiga hari.
Mula-mula baca iklan, macam menarik je. Dah tak nak join aktiviti memanjat lagi. Kali ni nak buat aktiviti kat tanah pula. Dan, jeng. Berkolaborasi bersama EpicHomes. Saya puji pengurusan sepanjang tiga hari ini. Dari segi penginapan, makanan dan pengurusan ketika kami membuat rumah. Tersusun. Memang benar kata Brother Nourman Ali Khan, kalau boleh sertai aktiviti persatuan bukan Islam. Belajar banyak giler pasal pengurusan.
- Sangat teratur.
- Semua aktiviti sehabis baik mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
- Makanan kami ditaja dan termasuk di dalam bayaran yang dikenakan.
- Setiap hari ada post-mortem mengenai apa yang telah kami buat pada hari itu.
- Makanan untuk kami kudap-kudapan disediakan jika kami mahu berehat sebentar sepanjang hari itu.
Banyak lagi rasanya perkara yang membuat saya enjoy di sana. Ini cerita pada hari pertama kami.
Ayah menghantar saya pagi Jumaat itu selepas subuh. Dan jem selepas tol Batu Tiga. JEM!! Pada pukul 6.30 pagi. Apakah?! Hampir setengah jam kami di situ dan tidak berjaya susur ke Kelana Jaya. Saya perlu berkumpul di Gamuda jam 7 pagi. Tak boleh terima, saya merungut sahaja di dalam kereta. Ayah boleh rileks je dan menyuruh saya beristighfar. Hehe. Tawakal ayah saya ni memang tinggi sampai ke langit ke tujuh. Saya tiba di Gamuda dalam 7.15 pagi dan bas tak sampai lagi. Penat takut lambat dalam kereta. Haha.
Faezah, Alhamdulillah untuk sahabat ini. |
Setelah sampai, kami ke tempat penginapan meletak barang dan terus ke tapak binaan. Di sana, kami diperkenalkan kepada Tumi dan isteri, bakal tuan punya rumah yang kami akan bina.
Tumi dan isteri Munahbersama Master Builder kami, Hadi |
Seterusnya dibahagikan tugas mengikut kumpulan foundation, tingkap dan pintu, lantai dan bumbung. Saya kumpulan dua. Kumpulan foundation. Ketua saya, Nadrah. Seorang jurutera tetapi beralih minat ke konsultan insuran untuk kebakaran. Dah lama join epicarmy. Belajar banyak dengan dia ni. Kental pun kental.
Brief kerja untuk kami. |
Tugas mencabar. Levelkan foundation sebelum letak kerangka rumah. |
Angkat keluar dan masukkan batu asas ni menjadi biasa. Letih! Berat ada dalam 20kg. |
Team satu pun bahagian foundation juga. Ada 9 lubang. Jadi, bahagi dua kumpulan. |
Faezah team pintu dan tingkap, hari ni diorang dah mula mengira dan memotong kayu pada hari ini. Dimension terdapat di dalam manual yang diberikan. Kena pilih kayu, kira dan potong sendiri. Pentingnya join kelas induction sebelum ni. Dah biasakan diri dengan alatan tangan.
Ketua Faezah sedang menerangkan kerja-kerja yang perlu dilakukan |
Handbook. Setiap kumpulan diberi mengikut skop kerja masing-masing. |
Kelengkapan dilabel dan setiap kumpulan diberi satu box yang bertanda berwarna.
Hari pertama yang sangat penat. Tetapi gembira. Pulang berehat untuk re-charge. Sambung esok. :)
Love.
|
No comments:
Post a Comment