Ketika mula2 kami harus berpindah dari rumah setinggan dan diberikan rumah flat sebagai ganti. Ayah memang awal-awal menolak dengan alasan leceh. Rumah yang diberikan kerajaan itu mempumyai pak guard untuk masuk. Ayah kata, nanti nenek-nenek nak datang susah.
Selepas itu, kami menyewa di dua buah rumah sebelum berpindah ke rumah yang sekarang ini kami diami. Ayah menyiapkan sendiri rumah itu. Ayahlah arkitek, juruukur bahan, jurutera dan kontraktornya. Hampir tiga tahun kami tinggal di situ. Ayah juga berjaya membina rumah untuk adiknya di sebelah rumah kami.
Beberapa minggu yang lepas, ketika saya berfoya-foya di Bukit Tinggi bersama budak pejabat, sepupu menghantar gambar anaknya yang sedang bermain di rumah saya. Kemudian menghantar gambar saudara-mara dari kampung dan nenek juga di rumah saya. Kemudian gambar beramai-ramai bersama kawan Achik Iza dari Australia Monica. Wah, bergumbira tanpa saya di rumah. Hehe. Walhal, saya juga sebenarnya berfoya-foya meninggalkan mereka.
Teringat kata-kata ayah ketika mula-mula terpaksa berpindah. Tidak mahu susahkah orang yang mahu datang melawat. Ya, berkat ayah buat rumah tu dengan niat yang baik, ramai tetamu di rumah kami. Walaupun mendapat layanan yang kurang tip-top, rumah ayah memang tempat singgahan yang baik. Nenek Sa'bah boleh melawat dua-dua anak dia sekarang. Nenek Rammelah,masih gagah lagi nak datang dan tidur di tingkat atas. Terima kasih semua yang sudi datang. :)
Saya juga berfoya-foya waktu ini. Tak dapat melayan tetamu dari oversea. Tapi, saya pun dah macam kat oversea juga. Kena ada trip lain pergi sini. Honeymoooon. Haha.
|
Kamera Ija. |
|
Sambut birthday Ija dan Reza. Semoga dimakbulkan semua cita-cita. :) |
|
Meneman antara satu sama lain |
Love
No comments:
Post a Comment