Saturday, November 8, 2014

#throwback Bateri Kereta Kong

Kereta kesayangan saya sudah hampir dua tahun. Maka, beri peluang kepada bateri yang akan kong secara tiba-tiba. Alhamdulillah, bateri kereta mati ketika di dalam parking di pejabat saya. Haha. Semasa saya balik kerja. Tiba-tiba nak hidupkan enjin, tak boleh. Menyala gambar bateri. Seperti biasa, orang yang tiada suami lagi, maka ayahlah tempat mengadu. Telefon ayah, ayah tak angkat. Telefon emak pula. Emak kata ayah pergi kenduri. Dah malam kot waktu tu. Dalam pukul 8. Bercakaplah saya dengan adik lelaki kesayangan saya. Cerita punya cerita, dia masih tak dapat bantu cuma semangat tu dah ada. Maka saya berkata, saya akan selesaikan sendiri. Satu sikap yang saya suka terhadap diri sendiri adalah saya tak cepat cuak. Alhamdulillah. Jadi, duduk kejap di dalam kereta sementara nak dapat ilham. Sikap yang saya tak suka pula ialah saya segan nak minta tolong orang. Haha. Selepas beberapa minit di dalam kereta, akhirnya gagahkan juga call orang lain. Saya call beberapa orang rakan saya yang saya fikir masih berkeliaran di pejabat, malangnya semua sudah pulang ke rumah masing-masing. Tetapi masing-masing nak buat saya terharu dengan nak datang ke pejabat ambil saya. Dahlah kat luar tu hujan, pasti tengah sesak gila jalan raya. Terima kasih Faezah, Amir, Miera dan Kerul. Semua tu nak datang ambil saya tu. Tetapi, tidak praktikal pula saya rasa. Saya menolaknya.

Sebelum itu, saya meminta tolong seorang budak di parking, tetapi dia tidak mempunyai jumper. Saya fikir, setelah boleh start lepas jumper, esok saya akan menghadapi kesukaran mahu start semula, Mana pula saya mahu mencari jumper pagi-pagi esok. Bukan idea yang bagus juga. Maka, saya memutuskan untuk balik ke rumah menaiki teksi sahaja. Esok, jumper kereta dan terus ke workshop. Menarik dan bijak. Hehe. Saya berjaya menaiki teksi ke rumah. Walaupun pakcik tu sebenarnya tidak ke tempat saya, tetapi oleh kerana saya seorang perempuan dan waktu malam, maka pakcik tu pun membantu juga. Terima kasih pakcik teksi! Semoga Allah memudahkan urusan pakcik. Saya akan menumpang Sze Zee esok ke pejabat. Dia tinggal di Seksyen 17.

Esoknya, saya mahu menukar bateri di Proton Service berdekatan dengan Southgate, tetapi harganya agak mahal. RM350++. Mak oii... Mahal sangat tu. Faezah tidak menggalakkan saya membaiki di sana. Dengan semua networking yang Faezah ada, dia menyuruh saya menyerahkan kepadanya masalah bateri itu. Tahulah dia membetulkannya. Pada waktu itu juga, saya sedang agak sibuk, maka saya serahkan kunci kepadanya. Pada petangnya, semasa saya sedang bersolat Asar, dia meletakkan kunci dan resit di atas meja saya.

 Simpanan hari tua. Hehe.

Selfie~~~

Allah. Faezah seorang yang sangat-sangat membantu. Sehabis boleh dia mahu membantu orang-orang disekelilingnya jika menghadapi kesusahan. Tahap nak membantu tu memang saya respect. Saya masih tidak dapat mencontohi sikapnya yang itu. Semoga Allah menyelesaikan masalah awak juga di dunia dan pastinya di akhirat. :)

Love..

2 comments:

bateriku.com said...

masalah bateri better check betul2 sbb kkdg bateri bole je pakai lagi..mcm kt area kl n s.alam ada je servis percuma mcm bateriku sdn bhd..check n pemasangan percuma jer..servis pon pcma..no dorg 0122458027..skdr bkongsi ..TQ

nadiah said...

Ok. Terima kasih atas maklumat.