Saya percaya semua orang di dunia ini secara fitrahnya adalah seorang yang baik dan sukakan kebaikan. Tetapi, disebabkan oleh keadaan persekitaran menyebabkan kita menjadi sebaliknya.
Baru-baru ini, pejabat saya sedang sibuk dengan budget. Kebiasaannya, waktu-waktu ini adalah kritikal untuk sesiapa yang terlibat dengannya. Alhamdulillah, saya masih belum terlibat secara langsung dengannya. Jadi, masih tidak merasakan pressure sangat.
Kawan saya memerlukan sedikit info daripada salah seorang staf yang terlibat secara langsung dengan menyediakan budget. Malangnya, apabila dia berjumpa dengan Ms. Y, untuk bertanya, jawapan yang diterima agak mengejutkan. "I don't have time for you". Ketika menceritakan kepada saya (itupun secara kebetulan, kawan kami yang ketika itu terdengar perbualannya dengan Ms. Y menyuruhnya bersabar semasa Faezah bersama saya. Maka, Faezah terpaksa menceritakannya)
Saya belum pernah berurusan dengan Ms. Y secara langsung. Tetapi pernah bertegur-sapa di pantri. Saya dapat rasakan Ms. Y seorang yang lembut (dari gaya dia dan selalu tersenyum ketika berselisih dengan saya). Jawapannya itu mengejutkan saya. Betapa situasi kerja dan tekanan boleh menjadikan kita seorang yang tidak bertimbang-rasa dan kasar. Faezah masih boleh mengawal perasaannya dan membalas dengan tenang. Tanpa perlu menyambung kemarahan itu. Dia pun pulang ke mejanya.
Benda penting yang perlu saya dan kita semua belajar adalah tidak membawa kepenatan dan kemarahan untuk dilempiaskan kepada orang lain. Mana mungkin selepas kejadian ini, perhubungan mereka menjadi seperti biasa. Mungkin boleh secara luaran. Tetapi hati. Allah. Sepenat mana pun kita, jangan biarkan syaitan menang dengan menjadi 'jahat' kepada orang lain. Terutamanya kepada ahli keluarga sendiri.
Teringat kisah sahabat dan menantu Rasulullah s.a.w, Saidina Ali yang berperang dan mahu membunuh musuh yang menentang islam. Ketika saat mahu membunuh, musuh tersebut meludahnya menyebabkan beliau tidak jadi meneruskan niatnya. Katanya, ketika itu dia terasa niatnya bukan kerana Allah tetapi kerana telah diludah. Beliau berhenti. Tidak meneruskan niatnya. Betapa beliau sangat berjaya mengawal marahnya. Allah. Kita sudah ada contoh yang hebat untuk diteladani.
Mari menjadi umat Islam yang terbaik dengan tidak cepat marah. InsyaAllah. Saya doakan kamu semua berjaya dan doakan saya juga.
Faezah rileks sahaja. Sempoi minah ni. Jarang nampak dia naik angin. Sangat boleh mengawal amarahnya. Benda inilah yang kita kena belajar dengan orang sekeliling.
Sebagai tatapan, gambar yang tiada kaitan dengan entri ini. ^-^
Akmal yang menjadi singa sempena hari kanak-kanak Sabtu lepas di SACC
Memani kakak saya bersama Sofiya dan Afiq
Singa kami. Tiada skrip. Hanya merayau di atas pentas bersama 'lebah' dan 'rama-rama'
Love..
No comments:
Post a Comment