Akhirnya, saya dapat ke site. Sempena breakthrough tunnel di stesen yang saya jaga, Pasar Seni. Memang sangat dekat dengan tempat Dapur Jalanan. Siap parking di tempat yang biasa saya parking ketika menyertai dapur jalanan. Sepatutnya saya pergi bersama team saya, tetapi bos-bos saya pergi dari rumah masing-masing terus kerana dalam jam 9 pagi perlu berada di Pasar Seni. Haruslah saya tidak tahu jalan di KL. Mujur kenal seorang budak ni, Fareez, masa naik Gua Mulu masa tu. Fareez pun baru berpindah ke Southgate sebulan selepas saya. Dia merupakan M&E engineer dan menjaga Pasar Seni. Oleh kerana dia seorang muhandisun, maka kampungnya adalah site. Saya yang sudah berpindah sebulan awal darinya pun tidak lagi ke site, dia dah berkampung kat sana. Saya memintanya menunjukkan jalan ke site pagi itu. Dia pun pada awalnya mahu bergerak terus ke site dari rumahnya pagi itu menukar rancangannya kerana saya. Penting tak saya pada dia? Hehe. Gitu. Dia sudah berpunya ya kepada sesiapa yang suruh saya mengoratnya. Sekarang, pantang saya bercakap dengan lelaki, semua orang pun suruh mengorat. Haha. Tidak mengapa. Prihatin itu sangat bagus. Nak saya kahwinkan? Saya juga! :)
Selepas kami bersarapan, kami ke Pasar Seni. Jalannya, mungkin saya sudah lupa jika pergi waktu ini. Sekali memandu sahaja. Tetapi selepas sekali lagi, mungkin saya ingat. Pernah saya bertanya selepas breakthrough, kepada senior saya jika dia selalu ke site? Dia jarang ke site katanya. Tetapi, dia telah menyuruh QS di bawahnya membawa saya ke site jika dia pergi. Saya selalu mahu ke site. Selepas tidak berpeluang ke site ketika projek double track yang lalu. Saya berharap, nasib saya berubah di sini. Saya perlukan pengalaman dan pengetahuan itu kelak jika saya menjadi senior. Semoga semuanya dapat diperolehi di sini. Senior saya yang baru nampak sangat baik dan tidak sangat beremosi. Saya suka corak pengajarannyanya. Pernah sekali saya tersilap (boleh saya katakan, kerja saya ini sangat baru kerana sebelum ini terlibat dengan post contract sahaja) letterhead dan semua bos besar dah tandatangan works order. Pada mulanya senior saya menyuruh saya menyelesaikannya, saya hanya mampu diam. Teringat conversation kami, Ai Tee merupakan senior saya yang baru.
Ai Tee : So, you thinklah how to solve it.
Saya : *Diam je*
Tiba-tiba Mr Wong (Assistant Manager) yang baru bangun untuk membuat kerjanya diajak masuk ke dalam conversation ni.
Ai Tee : Ask Mr Wong how. I do not know.
Mr. Wong (Assistant Manager) : Why? Why? (Blur sebab tak memasal nama kena petik)
Ai Tee : You want all to re-signed ke? (Cakap kepada saya sebenarnya)
Mr Wong: (Terperanjat sikit) Takkan sampai resigned?
Ai Tee : Re-signed. (Lepas tu dia gelak)
Saya : (Senyum sikit sebab masih cuak)
Mr Wong : You all settlelah. (Berlalu sepi)
Ai Tee : Ask contract department how to solve this. (Masih tersenyum)
Saya : Ok.
Saya suka caranya. Menyelesaikan masalah. Selepas itu saya meminta pandangan contract department. Allah. Benda boleh settle. Tidak perlu marah-marah. Benda ini yang pasti saya akan belajar melalui senior saya. Dia seperti tidak terlalu pressure bekerja. Semoga saya juga enjoy dan belajar banyak di sini. Saya sudah mendengar dua orang rakan saya yang dipuji oleh rakan sekerjanya kerana performance kerja mereka yang bagus. Saya kira, itu adalah perasaan yang bagus. Gembira kerana dapat berkawan dengan orang sebegini. Menaikkan semangat saya untuk menjadi pekerja yang bagus. Yang itqan pada kerjanya. Doakan saya. :)
Terpesong jauh dari breakthrough ni. Takpelah, bagi gambar sahajalah. Lain kali update pasal cerita Tunnel Boring Machine (TBM) ni ya. Ada lagi sekali breakthrough, tapi kemungkinan bulan Mac tahun depan.
Saya memandu untuk kenal jalan. Ikut Fareez. Tapi, macam dah lupa jer.
Inilah sepatutnya site office saya. Kecil sahaja.
Nak kena turun ke bawah. Sebab stationnya underground.
Baru mula breakthrough masa kami tengah turun. Tapi sempat juga tengok. Tu, dah pecah.
Faezah dan Fareez. Kitorang lepak kat tingkat ni dulu. Kat bawah panas dan ramai.
Yang baju hijau tu kami. Yang oren tu, subcon.
Akhirnya kami turun setelah beberapa geng balik.
Love..
No comments:
Post a Comment