Tuesday, July 22, 2014

Berjumpa lagi Aisyah Kamilah

Kecil sahaja dunia ini. Sabtu lepas setelah membuat rawatan gigi bulanan di Klinik gigi Zahida di Shah Alam Seksyen 8, saya singgah di surau berdekatan untuk solat zuhur. Seorang ustaz dari Johor sedang menyampaikan kuliah zuhur. Sungguh hidup surau tu. Lepas zuhur ada tazkirah. Jemaah lelaki juga agak ramai manakala jemaah wanita dalam 5 orang.

Ustaz memberikan tazkirah mengenai empat golongan yang Allah suka dan golongan yang Allah benci. Tapi saya sempat catit hanya tiga.

Tiga golongan yang Allah benci :-
1- Orang fasik, tapi lagi benci orang tua yang fasik.
2- Orang yang kedekut, tapi lagi benci orang kaya yang kedekut.
3- Orang yang sombong, tapi lagi benci orang miskin yang sombong.

Golongan yang Allah suka :-
1- Orang yang bertaqwa, tapi lagi suka orang muda yang bertaqwa.
2- Orang yang pemurah, tapi lagi suka orang miskin yang pemurah.
3- Orang yang tak sombong, tapi lagi suka orang kaya yang tak sombong.

Selepas habis tazkirah ustaz berpesan supaya membuat banyak kebaikan di dunia ini. Kerana kita tak tahu amal kita yang mana akan diterima Allah. Katanya lagi, saya tak pasti kuliah saya ini diberi pahala atau tidak, tetapi yang pasti saman dah menanti. Dari Johor tadi dah terasa macam ada orang tangkap gambar. Hehe. Semoga tidak disaman ustaz. :)

Menutup tazkirah petang itu dengan mahu meminta derma atas tiga perkara. Yang pertama kata ustaz, untuk keluarga susah di Batu Pahat. Anak-anak yatim yang bijak dan sekarang sedang belajar di Jordan, untuk sekolah yang dibangunkan ustaz dan lagi satu sudah lupa. Apa yang menyebabkan saya berkata dunia ini kecil adalah kerana kata ustaz, jika banyak derma dia akan bahagi tiga. Jika tidak, dia akan memberi sumbangan derma itu kepada anak yatim yang belajar di Jordan itu Aisyah Kamilah. Allah. Saya kenal budaknya. Pernah menulis mengenainya dahulu di sini. Allah. Sudah menyambung pelajaran di Jordan dia. Alhamdulillah. Duit saya pada hari itu tidak banyak, saya mahu menyumbang lebih dan cuba menghubunginya di facebook, tetapi masih tidak berhasil. Saya mendoakan semoga Allah mempermudahkan hidup kamu Aisyah di dunia dan pastinya di akhirat. 

Love..

Wednesday, July 16, 2014

Percutian ke Mulu - Hari 4

Masa untuk pulang. Kami berjalan sejauh 8km untuk keluar dari Camp 5. Kali ini, masa yang diperlukan lebih pendek. Berbanding sebelum ini selama hampir 3 jam lebih, Kami berjaya dengan 2 jam setengah sahaja. Mungkin tenaga pagi masih banyak lagi. Kali ini kami ditemani seorang pakcik. Haha. Fareez, merupakan engineer M&E di Alor Setar. Dia berjalan bersama-sama kami hampir keseluruhan perjalanan pulang. Selebihnya masa diambil untuk membakar jantung bersama-sama kawannya. Nampak banyak tak gambar kami berdua? Jika tidak, saya akan mengambil gambar Faezah dan begitulah sebaliknya. Terima kasih Fareez. Jumpa kau bulan sembilan nanti di South Gate. Dia juga bakal ditukarkan ke South Gate kerana double track sudah sampai ke penghujungnya. 

Semakin ceria Faezah. 


Kamera Faezah berkabus. Kami masih lagi tersenyum. 



Kami sampai awal ke hotel, maka kami dibenarkan menukar pakaian dan mandi di bilik air berdekatan swimming pool di sana. Lega dapat membersihkan diri. Sementara menunggu mahu ke lapangan terbang, kami makan tengahari dahulu. Sepatutnya kami dijangka sampai ke KLIA pada jam 10 malam hari Isnin. Ayah akan mengambil saya. Kelebihan bekerja sendiri atau jika kamu sudah menjadi bos kelak. Boleh tolong keluar dan ambil anak yang baru balik bercuti di airport. Hehe. 

Tempat makan tengahari kami.

Sesampai kami di lapangan terbang, kami diberitahu bahawa penerbangan pagi tadi dibatalkan kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan kapal terbang dari Miri bergerak. Untuk penerbangan kami, masih tiada berita. Tetapi, setelah hampir dua jam dan beg juga sudah di check-in, kami dimaklumkan penerbangan kami dibatalkan dan akan bertolak pada keesokan hari. Oleh kerana MAS, maka kami ditempatkan di hotel yang sama dan dibiayai sepenuhnya oleh MAS. Katanya kerana kami membeli bersama insuran. 

Sementara menunggu pembahagian bilik. Kami, bersenang-lenang dahulu.
Gembira. Tak dapat balik hari ini. Haha.

Encik Saiful Bahrin merupakan bos besar Gamuda Land. Tetapi perangai sempoi sangat. 

Keesokan harinya, bersarapan. Hari Selasa dan tidak berada di pejabat. Heaven gila. 

Budak kecik yang kuat ini. Memang mengagumkan saya.

Ini mungkin merupakan kali terakhir kami melakukan aktiviti mencabar seperti ini. Kata saya kepada Joshua, jika selepas ini saya mendaftar untuk program-program seperti ini, sila pangkah nama saya dan Faezah siap-siap. Hehe. Tetapi, ia adalah pengalaman yang SANGAT menarik. SubhanALLAH. Berjalanlah  di muka bumi ciptaan Allah ini. Terlalu kerdil rasa diri bila berada di sana. Semua penggantungan hanya kepada Allah sepanjang perjalanan. Alhamdulillah untuk pengalaman ini. 

Love.

Percutian ke Mulu - Hari 3

Mari mendaki Pinnacles Gunung Mulu. Seawal jam 5 pagi kami sudah bangun. Selepas bersolat Subuh berjemaah bersama Faezah, kami bersarapan dan teruja memulakan perjalanan kami. Semoga dipermudahkan semuanya doa kami pada pagi itu. Selepas dua hari berjalan tanpa henti, kami risau stamina kami berkurang. Berbanding dengan Gunung Kinabalu yang lepas, kami sempat berlatih sebulan dua sebelum pendakian. Tetapi untuk yang Mulu kali ini, kami cuma sempat sekali dua sahaja berlatih. Kerja kami banyak gila kerana sudah mahu berpindah ke tempat lain. 

 Beg Nafisah yang sangat membantu. Thanks sayang.

 Nak naik yang itu ya. Lagi 2.4km mendaki.

 Terus menggunakan bekas meletak air yang dibeli semalam.


 Senyum. Walaupun dah penat.

 Nampak tak sokong mana untuk World Cup yang lepas? Masuk lambat tu esok pagi lepas final world cup. Tahniah German!!

 Mini pinnacles. Kalau sesiapa yang sudah tidak larat. Boleh berehat di sini dan kemudian turun. 

Perempuan yang bersama kami ini sudah berumur 40 tahun lebih. Masih steady. Hari-hari bersenam selama sejam. Hasilnya, sihat. Bavani ni menyebabkan saya termalu sendiri. Muda-muda lagi sudah tidak larat. Huhu. 

 Bersyukur dan berterima kasih kepada orang yang meletakkan tangga kat tengah-tengah hutan bagi memudahkan kitorang panjat gunung ni. 


 Orang yang terakhir sampai ke puncak pinnacles. Tetapi berjaya!!! Tahniah Faezah dan Nadiah.

Tengah-tengah tangkap gambar, telefon berbunyi. Anak dah rindu emaknya. Hehe.  

Oleh sebab pemandu pelancong yang jaga orang lambat yang bawa bunting, maka orang-orang yang sampai awal tidak dapat bergambar bersama bunting di puncak. Hehe. 



Macam ni pun boleh. Hehe 

Beria memanjat. 

Sampai juga. Kami telah ditinggalkan bersama pemandu pelancong sahaja di puncak ini.  

 Yang lain semua dah turun. Masa untuk tambah tenaga dengan nasi goreng. 


Okay, mari menurun. 


Faezah, boleh saya kira seorang yang sangat kuat. Rasanya, hampir mengalah kerana kepenatan. Tetapi masih cekal untuk meneruskan perjuangan. Katanya, "Kita kena sampai juga kat atas tu. Lepas ni dah tak naik lagi". Walaupun penat, tidak sedikit pun mengeluh. Saya juga rasa penat, tetapi oleh sebab dia tidak mengeluh, kami enjoy sahaja perjalanan kami. Tidak mengapa yang lewat, asalkan kami berjaya. Betapa pentingnya rakan sepasukan yang begini. Awak, tahniah! Kita berjaya. :D

Sekali lagi diuji, Faezah terkena gigitan serangga menyebabkan dia merasa gatal-gatal dan pening ketika mahu turun. Mujur ada seorang budak yang membawa bersama pil gatal sempat kami temui di tengah-tengah perjalanan turun. Tee, sangat membantu. Ubat itu mengurangkan rasa gatal Faezah dan mukanya yang semakin bengkak juga sudah berkurang. Membantu Faezah secara langsung sebenarnya membantu saya secara tidak langsung. Semasa Faezah hampir pengsan, dia menyuruh saya mengangkatnya sehingga ke bawah dalam keadaannya yang separa sedar itu. Wah, pada masa itu saya mahu membawa diri saya juga sudah tidak larat, inikan pula mendokong Faezah. Haruslah saya sayang Faezah, tetapi saya tahu keupayaan diri sendiri. Dengan ubat Tee dan bantuan pemandu pelancong, Faezah berjaya turun dengan sendiri. Alhamdulillah. Selepas kami berjaya turun, saya menceritakan kisah ini kepada Faezah semasa makan malam. Kata Faezah, dia tidak sedar pernah berkata begitu. Hehe.   


Selepas memakan ubat gatal, Faezah berjalan lebih laju dari saya. Hehe.  

Orang yang kedua terakhir sampai ke Camp 5. 

Love.

Tuesday, July 15, 2014

Percutian ke Mulu - Hari 2

Hari kedua kami di Mulu merupakan hari jadi sahabat baik kami. Mohd Khairul A'mri. Kami sengaja mengambil gambar di bawah dan menghantar pesanan hari jadi kepada dia. Am, selamat menjadi ayah dan suami yang best untuk keluarga kau. Semoga sentiasa di bawah redha Allah dan semoga berjaya membentuk keluarga sakinah mawaddah warahmah. 

Sarangheyooo Am.. 

Perjalanan hari kedua, hari beramah mesra bersama alam sekitar. Di hotel tadi merupakan tempat terakhir bersama telefon. Selepas itu, tiada langsung coverage kecuali di puncak Pinnacles nanti. Selamat tinggal dunia luar. ;p

Kali ini, kami menggunakan kenaikan air iaitu sampan. Kali pertama saya menaiki sampan dalam kadar masa yang lama.Hampir separuh hari di atas sampan. Teruja dan cuak sedikit. Sedikit sahaja Apa-apa pun, sebelum memulakan perjalanan baca dulu doa naik kenderaan. Hehe. 

 Weee~~~. Mari bermain air.

 Semalamnya hujan, semasa kami tidur di hotel menyebabkan air di sungai tinggi. Jadi, tiada insiden perlu turun sampan untuk tolak jika sampai di tempat yang cetek. Alhamdulillah.

Masih jauh lagi infrastruktur mereka di sini. Kami terserempak dengan seorang budak yang mandi menggunakan air sungai lagi. 

 Geng lain. Singgah di perkampungan orang asli yang lain. 



Tempat persinggahan kami yang pertama. Perkampungan orang asli Penan. Sedikit taklimat diberikan. Pada masa ini, ada sebuah sampan rosak menyebabkan kami terpecah kepada dua kumpulan.



Rumah panjang untuk orang asli yang dibiayai oleh kerajaan. Sebelum ini sudah dibuat menggunakan kayu tetapi terbakar. Kali ini mereka membina rumah panjang menggunakan bata pula. 

 Di pasar kraftangan. 

 Faezah telah membeli tempat meletak botol air yang sangat berguna untuk dia semasa mendaki gunung. Juga seruling untuk adiknya. Comel.

 Kena tiup guna hidung tau. Praktis awak praktis.

 Mari ke destinasi seterusnya. Melawat gua lagi. 

Yayyyy!!!

  Dah okey dah sampan yang rosak tadi.

 Dua lagi gua untuk hari ini. :)



 Sedang berjalan-jalan di dalam gua, pemandu pelancong kami menyuruh kami menutup semua lampu yang ada. Gelap gelita. Saya dah siap-siap pegang Faezah. Ingat ada aktiviti apa. Rupa-rupanya dia nak kata yang beginilah keadaan di dalam gua ya. Haha. Tapi serius gelap kot. 

 Pintu keluar gua. 


 Nak bagi tenaga, kena makan pisang. Makanan golongan atasan.

 Berehat sebentar sebelum ke gua seterusnya.

Aktiviti apa entah ni.  

 Bagi ikan makan rupa-rupanya.

Makan tengahari. Meja dah penuh. Kat lantai pun boleh.  

 Ada sorang pakcik kristian menegur kami semasa kami makan. Sebelum pulang, dia mengucapkan "May God Bless You". Saya tergamam. Cuma membalas "Same goes to you uncle". Haha. Lupa mahu memberi salam May Peace Be Upon You. 

Bila keluar dari zon biasa dan berjumpa orang, betapa saya merasakan pentingnya menunjukkan ciri-ciri muslim dalam diri saya. Pakcik itu seorang kristian dan mahu menegur saya. Sedangkan saya mungkin tidak hairan mahu menegur orang lain yang bukan kenalan saya dalam beramai-ramai orang. Mungkin juga kami lain dari mereka semua. Cuma kami berdua Islam dan memakai tudung. Saya dapat rasakan pakcik itu seorang yang baik. Kalaulah saya juga boleh begitu. Boleh punya.   

Perhentian sampan. Hehe. Nak naik sampan sebelum berjalan kaki sejauh 8km ke Camp 5. Mari! 

 Ceria walaupun baru lepas dicium pacat. Faezah yang berdarah manis. Sedang menyapu garam ke kaki untuk mengelakkan pacat, dua ekor pacat dah naik ke tangan dia. Mujur sempat tepis dengan garam kasar. Huhu.

 Bismillahirahmanirahim. :)

 Sudah tidak larat sebenarnya. Gagahkan juga. Pakcik kat belakang tu mula-mula sahaja teman. Lepas tu dia dah jalan dahulu ke depan. Kitorang lambat. Hehe. 

 Jambatan ini boleh menampung tiga orang sahaja pada satu-satu masa. Kena tunggu orang di sana lepas dahulu baru boleh jalan. 

 Lai Tak Ming. Ketua HR. Banyak sangat kupu-kupu yang berkenan dekat topi tu. 

 Antara yang terawal sampai ke Camp 5. Kami yang ke-4 terakhir. Haha.

 Masing-masing dah siap mandi dan bersihkan diri. Kami baru sampai. 

Mandi dalam bilik air ke kat sungai ke, sama sahaja kata budak-budak di belakang tu. Air sungai juga. Aish. Kami perempuan kot. 


Love..