Mari mendaki Pinnacles Gunung Mulu. Seawal jam 5 pagi kami sudah bangun. Selepas bersolat Subuh berjemaah bersama Faezah, kami bersarapan dan teruja memulakan perjalanan kami. Semoga dipermudahkan semuanya doa kami pada pagi itu. Selepas dua hari berjalan tanpa henti, kami risau stamina kami berkurang. Berbanding dengan Gunung Kinabalu yang lepas, kami sempat berlatih sebulan dua sebelum pendakian. Tetapi untuk yang Mulu kali ini, kami cuma sempat sekali dua sahaja berlatih. Kerja kami banyak gila kerana sudah mahu berpindah ke tempat lain.
Beg Nafisah yang sangat membantu. Thanks sayang.
Nak naik yang itu ya. Lagi 2.4km mendaki.
Terus menggunakan bekas meletak air yang dibeli semalam.
Senyum. Walaupun dah penat.
Nampak tak sokong mana untuk World Cup yang lepas? Masuk lambat tu esok pagi lepas final world cup. Tahniah German!!
Mini pinnacles. Kalau sesiapa yang sudah tidak larat. Boleh berehat di sini dan kemudian turun.
Perempuan yang bersama kami ini sudah berumur 40 tahun lebih. Masih steady. Hari-hari bersenam selama sejam. Hasilnya, sihat. Bavani ni menyebabkan saya termalu sendiri. Muda-muda lagi sudah tidak larat. Huhu.
Bersyukur dan berterima kasih kepada orang yang meletakkan tangga kat tengah-tengah hutan bagi memudahkan kitorang panjat gunung ni.
Orang yang terakhir sampai ke puncak pinnacles. Tetapi berjaya!!! Tahniah Faezah dan Nadiah.
Tengah-tengah tangkap gambar, telefon berbunyi. Anak dah rindu emaknya. Hehe.
Oleh sebab pemandu pelancong yang jaga orang lambat yang bawa bunting, maka orang-orang yang sampai awal tidak dapat bergambar bersama bunting di puncak. Hehe.
Macam ni pun boleh. Hehe
Beria memanjat.
Sampai juga. Kami telah ditinggalkan bersama pemandu pelancong sahaja di puncak ini.
Yang lain semua dah turun. Masa untuk tambah tenaga dengan nasi goreng.
Okay, mari menurun.
Faezah, boleh saya kira seorang yang sangat kuat. Rasanya, hampir mengalah kerana kepenatan. Tetapi masih cekal untuk meneruskan perjuangan. Katanya, "Kita kena sampai juga kat atas tu. Lepas ni dah tak naik lagi". Walaupun penat, tidak sedikit pun mengeluh. Saya juga rasa penat, tetapi oleh sebab dia tidak mengeluh, kami enjoy sahaja perjalanan kami. Tidak mengapa yang lewat, asalkan kami berjaya. Betapa pentingnya rakan sepasukan yang begini. Awak, tahniah! Kita berjaya. :D
Sekali lagi diuji, Faezah terkena gigitan serangga menyebabkan dia merasa gatal-gatal dan pening ketika mahu turun. Mujur ada seorang budak yang membawa bersama pil gatal sempat kami temui di tengah-tengah perjalanan turun. Tee, sangat membantu. Ubat itu mengurangkan rasa gatal Faezah dan mukanya yang semakin bengkak juga sudah berkurang. Membantu Faezah secara langsung sebenarnya membantu saya secara tidak langsung. Semasa Faezah hampir pengsan, dia menyuruh saya mengangkatnya sehingga ke bawah dalam keadaannya yang separa sedar itu. Wah, pada masa itu saya mahu membawa diri saya juga sudah tidak larat, inikan pula mendokong Faezah. Haruslah saya sayang Faezah, tetapi saya tahu keupayaan diri sendiri. Dengan ubat Tee dan bantuan pemandu pelancong, Faezah berjaya turun dengan sendiri. Alhamdulillah. Selepas kami berjaya turun, saya menceritakan kisah ini kepada Faezah semasa makan malam. Kata Faezah, dia tidak sedar pernah berkata begitu. Hehe.
Selepas memakan ubat gatal, Faezah berjalan lebih laju dari saya. Hehe.
Orang yang kedua terakhir sampai ke Camp 5.
Love.
No comments:
Post a Comment