Wednesday, September 25, 2013

Tayarku Pancit


Pagi tadi semasa mahu ke tempat kerja, tayar kereta kesayangan saya pancit. Bila saya melihat tayar kereta sudah kempis, ok kata saya dalam hati. Call ayah. 

Saya : Assalamualaikum.
Ayah : Wa'alaikumussalam.
Saya : Ayah tengah buat apa? 
Ayah : Baru nak solat dhuha.
Saya : Ayah kereta orang pancit.
Ayah : Habis nak suruh ayah datang ke betulkan? (Nampak tak tak membantu. Hehe.)
Saya : Takdelah, nak tanya nak buat macammana?
Ayah : Pergilah kedai tayar.
Saya : Mana buka lagi masa ni.
Ayah : Pancit habis ke? 
Saya : Kempis dah terus ni. Boleh bawa ke nak ke kedai tayar?
Ayah : Takleh, nanti rim rosak. Kena tukar tayar tu.
Saya : Ayah tak pernah ajar orang lagi kan cara tukar tayar? Macammana orang nak tukar?
Ayah : Hehe. Tak pernah ajar lagi yer. 
Saya : Mana pernah. 
Ayah : Ayah tak boleh datang, tengah tunggu lori. (Wah, ayah nak datang juga ke? Ini tidak pernah terfikir. Jauh kot. *Hati dah berbunga-bunga*)
Saya : Takpelah ayah. Takyah. Nanti orang tengoklah macammana nanti.
Ayah : Ok.

Dah tahu dah yang ayah bukan boleh datang pun tolong betulkan, tetapi nak juga call tu. Dulu-dulu masa bawa motor pun macam tu juga. Kalau tayar pancit ke, ada masalah motor ke, mesti call ayah. Walhal, lepas tu orang lain yang tolong selesaikan. Ayah tidak datang menjadi superman membantu saya. Tetapi dengan menelefonnya, saya mendapat kekuatan dan ketenangan untuk berhadapan dengan masalah seperti itu. 

Saya bertuah mempunyai ayah yang saya boleh call ketika di dalam kesusahan. Ayah saya adalah seorang lelaki melayu yang tipikal. Jarang telefon mak sendiri sebab segan dan tak tahu nak cakap apa. Siap ada sekali, saya bagi isi-isi untuk ayah berborak dengan nenek, pun tak berjaya. Ayah kurang bercerita dan bercakap dengan anak-anak seperi bapa-bapa alaf baru sekarang. Kami yang rajin bercerita dan ayah tukang dengar. Jika ada yang kami bertanya, barulah ayah akan bercerita. Biasanya ayah tukang dengar cerita sahaja. Mendengar tanpa menilai. Terima sahaja perangai anak-anak dia yang bermacam ragam ni. 

Alhamdulillah kami masih mencari ayah kami ketika kesusahan. Saya terfikir, jika ayah saya sudah tiada, siapakah yang saya akan telefon nanti? Hati saya sebak. Terfikir saya kepada orang yang tidak mempunyai bapa. Pada siapa mereka akan mengadu jika ada masalah? Pada siapa mereka mahu mendapatkan kekuatan itu? Kagum saya kepada kamu semua di luar sana yang tidak mempunyai ayah. Saya doakan kamu kuat dan tabah. InsyaALLAH, kamu akan berkumpul bersama di syurga. Semoga saya juga lebih menghargai ayah saya selepas ini.      

Saya memarkir di luar halaman rumah. Biasanya saya memarkir di dalam halaman rumah. Tetapi, oleh kerana semalam pulang lewat selepas menghantar kad kahwin ke rumah anak Tok Tik, Cik Ina di Pantai Dalam maka saya memarkir sahaja di luar. Jika di dalam halaman rumah, pasti orang kurang perasan tiak seperti di sebelah jalan. Perancangan Allah memang hebat. AllahuAkbar. Sementara menunggu untuk memikirkan apakah langkah yang perlu diambil. Kedai tayar buka jam 10 pagi kata budak pejabat saya. Saya terfikir untuk ke pejabat menaiki teksi dan kemudiannya memanggil orang dari kedai tayar selepas itu. Mujur seorang hamba Allah yang baru lepas menghantar anaknya ke sekolah berhampiran rumah saya datang membantu. Dia mengajak kawannya juga. Hadi bersama Fakhrul memang sangat membantu saya. Ketika mengeluarkan semua peralatan, semua masih dalam plastik lagi. Nampak sangat tak pernah pancit ye kak, katanya. Baru lagi ambil kereta ni, dalam awal tahun dik oi. Akak pun akak ar. Janji hangpa berdua tolong. Hehe. 

Hadi berbaju kuning dan kawannya, Fakhrul. Hadi yang menghantar anaknya ke sekolah.

Selepas Fakhrul berusaha membuka nat dan tidak berjaya, Hadi pula mencuba. Kalau tidak boleh juga, tidak tahulah. Kederat saya memang tidaklah. :(

Mereka menukar tayar yang pancit itu kepada tayar spare dan berpesan kepada saya supaya tidak membawa melebihi 80km/jam. Saya memandu 70km/jam sahaja. Memang slow. Sayang kot kereta sendiri. Selepas ini, jika ternampak pemandu memandu perlahan, saya tidak boleh marah. Mungkin dia menggunakan tayar spare. :)

Terima kasih Hadi dan Fakhrul. Saya tidak memberi mereka apa-apa pun. Segan. Haha. Apakah perasaan tu? Saya mendoakan urusan mereka dipermudahkan Allah. Saya ke kedai tayar semasa makan tengahari. Tayar kereta saya kena skru. Skru ok. Bukan paku. Ingat dah besar dah skru tu. Cerita dekat budak pejabat, Adli kata kawannya pernah spanar masuk dalam tayar. Hihi. Standardlah siapa yang pernah bawa kereta dan kereta pancit. Jangan fikir ia adalah masalah yang besar ya. Kira Alhamdulillah ini di tempat parkir. Faezah tak pernah pancit semasa kereta tengah parkir, mesti tengah drive. 

Skru pertama terkena tayar. (Counting numbers?? Hehe.)

Tampal biasa je kena RM8. Adli kata dia pernah buat hanya RM5. Oklah, Damansara Perdana ni standard Johor Bahru. :)

Phillips tu. Kagum tengok kepanjangannya.

Tampal dan biar macam tu je. Bertahanlah tayar. 


Love..

1 comment:

Unknown said...

Nak cari tayar nanti? Cuba website http://mytayar.com

Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.