Saya bekerja pada hari Sabtu kali ini. Cuti sabtu saya bersilih-ganti. Minggu lepas ketika kenduri di rumah Najwa tidak bekerja, maka sabtu kali ini bekerja. Oh, alangkah nikmatnya jika tidak kerja pada setiap sabtu. Bilakah agaknya? Projek pun dah nak habis. Macam tak nampak bayang je tak kerja hari sabtu. Huhu.
Tetapi ia tidaklah membataskan saya untuk membuat sebarang perancangan selepas waktu kerja. Dan bermula selepas kerja hari itu, Lyza, Nad (kawan baik Lyza) dan saya memulakan perjalanan kami ke majlis perkahwinan kawan saya di Bukit Jelutong, Afiq. Rezeki orang memang tidak boleh dijangka. Seperti Afiq, jurutera di pejabat saya. Saya baru berurusan dengannya beberapa minggu sebelum majlis perkahwinannya, senior saya telah menyuruh saya mengumpulkan duit dan membeli hadiah untuk dia. Dapatlah hadiah di bawah ini. Memang rezeki namanya. Afiq, lepas ini kena jawab semua soalan kitorang tau.
Hadiah kasih sayang dari PMC
Lyza punya baju dah sama dengan pengantin dah tu.
Afiq dan Afiza, Tahniah dan semoga berbahagia dunia dan akhirat. :D
Oleh kerana kami bergerak selepas waktu kerja, jadi kami cuma menghantar hadiah dan terpaksa bergegas ke majlis perkahwinan kawan Lyza pula di Cahaya SPK. Masa yang ditulis adalah dari pukul 12 tengahari sampai 4 petang. Kami tiba di sana setengah jam sebelum jam 4 petang. Semasa kami sedang makan, pada pukul 4 tepat, caterer sudah menutup semua lauk dan berkemas. Efisien sangat tu. Ada juga orang yang baru datang selepas itu. Saya tidak tahu nasibnya. Kalaulah lapar seperti saya yang tidak makan tengahari lagi dari lepas kerja tadi memang sangat kesian. :(
Dah kenyang. :D
Faiz dan isteri. Tahniah. Selamat bercinta sampai ke syurga. :D
Selepas itu, Kak Cik mengajak saya mengambil totonya di dobi berdekatan dengan kolejnya yang sudah lama dihantar. Hampir sebulan lebih katanya. Alang-alang saya sudah di Puncak Perdana, lajakkan saja ke Puncak Alam.
Selepas itu, saya ke Selayang menghantar Nad kerana malamnya ada rehearsal menjadi pengapit di Gombak. Sesampai di Restoran Nelayan, keluarga Am sedang menyiapkan bunga telur untuk majlis esok. Pelamin tidak sampai lagi. Selepas duduk sekejap, barulah datang pembuat pelamin. Patutlah mahal sewa pelamin. Pekerja mereka yang mahal. Mereka memerlukan tenaga kerja yang banyak untuk menyiapkannya dalam masa yang singkat. Esok nak guna, malam ni baru nak buat.
Awa yang sudah bergelar isteri orang. Ceria sangat. Happy for you dear. :D
Fiq sedang memberikan arahan. Budak ini yang Lyza suka. Cepat ngorat dia Za. ;p
Lyza yang setia menemani saya menangkap gambar ini. Saya suka gambar in-action. Nampak natural.
Wah, dari pagi sampai ke malam di atas jalan. Jadual saya memang agak penuh hujung minggu. Alhamdulillah, tidak terbazir masa saya begitu sahaja. Saya berdoa semoga program-program ini menjadi antara ladang-ladang pahala buat saya di akhirat kelak. Penat-penat buat semua ini, kalau tak diterima sebagai amal, memang malang untuk diri sendiri. Semoga ia adalah tidak. :)
Love..
No comments:
Post a Comment