Friday, September 13, 2013

Kawan Baik Saya Dah Kahwin

Sekarang ini memang tak menyempat-nyempat orang nak kahwin. Dalam raya-raya pun nak kahwin juga. Dulu jarang sekali dengar nikah time Syawal. Sekarang, raya ketiga pun ada orang menikah. Nak buat macammana, dah jodoh. Apalah kamu ini. Biarlah orang nak mendirikan masjid. Doakan saja. Hehe. 

Bertarikh 31 Ogos lalu iaitu 24 Syawal, kawan baik saya semenjak diploma Najwa Hani telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangannya. Hamboi, macam tak kenal je pasangan tu. Pasangannya adalah Mohd Khairul A'mri geng sepermainan di pejabat saya sahaja. Makanya, saya dan pasangan saya Lyza telah ke Muar pada 30 Ogos untuk bersama-sama memeriahkan majlis. 


Muar here we come. 


Sampai-sampai di Muar, kawan serumah Najwa telah sampai lebih awal dari kami sedang memasukkan bunga telur. Alhamdulillah perjalanan kami lancar. Ebah yang bertolak setengah jam lewat dari kami telah tersangkut di dalam kesesakan lalulintas yang sangat teruk. Kami berjaya sampai ke rumah Awa jam 6 petang. Manakala Ebah sampai pada jam 8 malam. 2 jam berbeza sedangkan masa saya bergerak dari Klang jam 3 petang dan dia jam 3.30 petang.  

Selepas berborak-borak sebentar, kami memulakan operasi membantu di rumah orang kahwin. Tidak kiralah siapa pun yer. Dah pergi rumah orang tu, anak dara pandai-pandailah buat kerja yer. ;p


Tekun Lyza mengikat telur bersama KN budak rumah Awa. Bagus Za, dah boleh kahwin. Eh?

Pandang sini. Senyummmm.

Ok, sambung buat kerja balik. Jangan main-main, nanti potong gaji.

Saya menyusunnya untuk pertama dan kedua kali. Tetapi tidak cantik. Adik Awa dengan semangatnya mencabutnya dan memasang semula. Nampak tak tangan saya tak berseni di situ? 

Pelamin untuk bergambar sahaja. Cantik.

Keesokan harinya, masa yang ditunggu-tunggu. Dah lama saya membebel menyuruh mereka berkahwin. Haha, boleh pula suruh-suruh orang ya. Saya suka melihat orang gembira terutamanya orang-orang di sekeliling saya. Buat apa nak tunggu lama-lama? Umur semakin meningkat. Jika sudah masing-masing bersetuju, kahwin sahaja. Tetapi, sebenarnya ia tidaklah semudah itu. Berdoalah semoga dipermudahkan urusan kita kelak ya.

Pengantin lelaki datang pada pagi itu. Cadangan awal untuk bertunang dahulu terbatal kerana Tok Kadi dengan semangat menikahkah terus. Dah dapat bayangkan yang Am pasti tidak akan menangis. Pakcik tu sedikit tidak berperasaan. Sukati je kan kau? Haha. Takpe, kami kawan baik. Dia pasti tidak marah.;p Taklah, haruslah ada perasaan, cuma mampu dikawal. Tetapi, keadaan bertukar menjadi sedih apabila ayahnya diberikan masa untuk sepatah dua berkata-kata dan menjadi sebak dalam percakapannya. Huhu. Sedih kot. Teringat masa akad nikah kakak saya, ayah saya juga sebak. Mungkin memikirkan tanggungjawab sudah beralih. Perasaannya seperti itu. Tetapi untuk anak lelaki kenapa ya? Mungkin Am sangat rapat dengan keluarganya menyebabkan ayahnya merasa sayu dengan majlis ini. Dia bukanlah benda yang sedih perkahwinan ini kerana bukan terputus hubungan pun. Lagi meramaikan saudara adalah. Cuma perasaan sebak itu sukar digambarkan.

Dah kalau bapa sebak, haruslah Am sebak juga. Tapi, masih maintain. Akad nikah sekali sahaja ya. Siap baca khutbah nikah lagi. Tok Kadi pun kata semasa dia berkahwin, dia menyuruh sahaja Tok Kadi waktu itu yang membacakan khutbah nikah itu. Tahniah Am. 


Telefon saya mengalami masalah tidak boleh mengtransfer gambar. Mungkin mahu meminta yang lain. Galaxy Note 3 mungkin? Haha. Maka, gambar-gambar ini hanya sebahagian dari kawan-kawan saya yang terpaksa saya send ke emel saya. 

Ebah kata, sunnah pegang kepala isteri sambil membaca doa sebelum memegang tangan isteri. Dengarnya daripada Ustaz Don. 

Steady je pakcik. 


Alhamdulillah. Dipermudahkan semua urusan. Telah selamat kedua-dua kawan baik saya mendirikan rumah tangga. Semoga mereka berbahagia dunia dan akhirat. Saya sangat gembira untuk kamu berdua ya. Tahniah!!


Nampak tak muka eksaited Am tu? ;p

Kenduri untuk tetamu adalah pada malam harinya. Memang pelik kami rasakan. Tetapi, itulah yang dimahukan oleh ayah Najwa. Selepas majlis nikah, saya sempat ke Melaka untuk berjumpa dengan bekas budak sekolah menengah saya dahulu. Cerita mengenai mereka di entri lain ya. Saya datang semula ke Muar selepas maghrib. Nampak tak kegunaan semaksima mungkin kereta saya di situ? Bertahanlah kereta. Kamu diperlukan untuk jangka masa yang panjang. 

Kami berjumpa dengan budak-budak diploma di Perak di majlis perkahwinan Najwa. Tetapi oleh sebab masa yang pendek kerana dibuat malam menyebabkan kami tidak sempat berborak lama. Saya perlu pulang semula ke Melaka dan akan tidur di rumah nenek saya. Bezanya kawan-kawan kami, majoritinya sudah datang bersama pasangan masing-masing dan anak. Gembira untuk mereka dan kagum. Masih bekerja, menjaga anak dan rumah lagi. Saya seorang pun sudah merasa tidak terurus dengan kerjaya, tetapi mereka berjaya mengendalikannya. Semoga saya juga diberikan kekuatan kelak jika sudah berumahtangga nanti. ><

Tahniah. Mohd Khairul A'mri & Najwa Hani

Budak-budak diploma bersama Joey, Nabiha dan Faezah.


Selesai majlis kenduri, saya dan Lyza pulang ke Jasin. Kami tidur di rumah nenek Sa'abah di Kesang. Keesokannya sebelum pulang, saya singgah di rumah nenek Rammelah. Nenek merebus ubi. Best. Saya suka ubi. Lagi-lagi yang paling lembik. Semasa bersalaman untuk balik, nenek saya bertanya soalan cepu perak kepada Lyza. Bilakah kami akan berkahwin. Hehe. Selepas itu, kami singgah di Masjid Tanah untuk berjumpa dengan keluarga Lyza pula. Semasa bersalam dengan emak Lyza semasa kami mahu pulang, emak Lyza pula bertanya soalan yang sama kepada saya. Haha. Nampak tak semua orang sayang tu? Kami tergelak sebelum menceritakan perihal nenek saya yang bertanya soalan yang sama juga kepada Lyza. Jawapan kami pastinya, tolong doakan kami. :D 

Doa-doa juga. Usaha kena ada. Antara usaha saya adalah menjadi pengapit ketika majlis di sebelah Am pada minggu hadapannya. Haha. Mari kita merambangkan mata dan memasang niat yang banyak pada minggu hadapan. 

Buat Awa dan Am. Aku doakan semoga perkahwinan korang diberkati Allah selalu. Selamat membina rumahtangga yang sakinah, mawaddah warahmah. Keluarga yang tenang, bahagia dan sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang. Selamat bercinta hingga ke Syurga. Bak kata Ili, cepat jadikan kami makcik. ;p 

Love..

No comments: