Thursday, April 25, 2013

Penamaan Calon N 05 - Santan

Alhamdulillah, pada penamaan calon yang lepas berkesempatan mengikuti prosesnya di Perlis. Farhan, Jie, Mak Ina dan saya bertolak ke Perlis pada malam Jumaat dan sampai di rumah En. Anuar lebih kurang 2 pagi. En. Anuar yang menyambut kami. Orang nak penamaan calon esok, hati mesti dup dap dup dap tak boleh tidur. Hehe. Saya pula, sepanjang perjalan tidur dan boleh sambung lagi di rumah emak En. Anuar. Hebat Nadiah.

En. Anuar seorang yang sangat rapat dengan keluarga kami. Saya mengenalinya melalui Mak Ina kerana Mak Ina pernah bekerja bersama beliau. Beliau memang aktif dalam pertubuhan politik dan juga kesukarelaan. Saya belajar mengikuti aktiviti kesukarelaan daripada beliau dan sudah tentu Mak Ina sekali. Walaupun sukar sedikit untuk menggerakkan KAMY, tetapi saya masih menyukai aktiviti sukarelawan. Saya belajar berkasih sayang juga dari beliau. Sangat banyak kasih sayang yang kita boleh kongsikan kepada orang ramai tanpa mengurangkan sedikit pun kasih sayang kita. Beliau adalah seorang yang sangat banyak kasih sayang. Saya bawa perasaan itu di dalam keluarga saya. Kesannya, saya adalah kakak kesayangan adik-adik saya. Haha. Agak perasan di situ.

Kata En. Anuar, ini adalah pilihanrayanya yang terakhir. Mungkin lepas lima tahun nanti beliau sudah tidak larat lagi. Sepanjang bertanding, En. Anuar tidak pernah menang, tetapi semangat berjuang tidak pernah luntur dari diri beliau. Saya berdoa semoga Allah memberikan kemenangan kepada En. Anuar dan perjuangan Islam dan rakyat. Ke arah Malaysia yang lebih baik selepas PRU-13 ini. InsyaALLAH. Ini kalilah.

Dah mula dah.

Biarkan Bulan Berbicara.
Semua ahli keluarga calon. Kecuali Nazifah.

Candid.

Penyokong En. Anuar didatangkan khas dari Kuala Lumpur seperti Cik Leha dan keluarga. Kecuali Diba dan Azizi, semua anak Cik Leha naik ke Perlis. Wakil KAMY seperti Amirah, Arifah, Anisah, Ammar dan Amir. Cik Jamaliah juga datang pada hari Sabtu bersama anak buahnya menyatakan sokongan.  
Senyum. Walaupun panas terik. :D

Petang Sabtunya, ke sini kami. Hehe.

Menarik tak laksa dia? Ada minta extra lagi satu tau.

Hehe. Suka nak dapat makan laksa. Hantu laksa juga Jie ni.

Antara kaedah berkempen. Comel.

Calon N. 05 - Anuar Tahir
Mak Ina dan saya pulang ke Kuala Lumpur menaiki bas pada malam Sabtu kerana Mak Ina akan menduduki peperiksaan akhir tahun pada hari ahad. Saya doakan semoga Mak Ina juga berjaya. Selepas mengembirakan orang lain, InsyaALLAH ALLAH permudahkan hidup kita juga.
   
Love..

Tuesday, April 16, 2013

Selamat Mengundi

Jom kita mengundi, mari kita mengundi. Lagu Tomok yang sekarang hangat berkumandang di kaca TV. Mula-mula saya dengar, buruknya lagu ni. Tapi dah selalu dengar, jadi siulan juga kadang-kadang tu. Hihi. Begitulah agaknya berita-berita bohong di TV arus perdana yang jika kita mendengar setiap hari, nak tak nak kita akan percaya juga. Ayah saya kuat iman sungguh. Setiap hari menonton berita TV3suku dengan tegarnya tanpa terpengaruh. Kami sekeluarga dah meluat-luat nak tukar channel lain. Dia maintain je.

Selepas pembubaran parlimen yang lepas, tajuk hangat sekarang adalah pilihanraya. Bak kata Ustaz Hasrizal, dalam pada musim pilihanraya ni, jangan pula memanggilnya berceramah tentang cinta dan perkahwinan. Hehe. Baik Ustaz!

Kali pertama saya mengundi adalah pada pilihanraya yang lepas 1998. Saya telah memenangkan kerajaan Selangor yang sekarang kali itu dan masih mahu mengekalkannya untuk lima tahun akan datang. Selepas lima tahun, dengan tidak mengambil kira di bahagian mana saya berpihak, saya memberikan markah 4/5 kepada Kerajaan Selangor.

Untuk saya yang kecil ini, saya bersyukur mendapat :-
1- 20m3 pertama air secara percuma
2- Kesemua anak buah saya mengambil skim Tawas yang berupa simpanan berbentuk bond yang hanya boleh dikeluarkan ketika mereka berumur 18 tahun.
3- Untuk saya pastinya meraikan Tahuu Baru 2012 dan 2013 dengan tazkirah dan hiburan pada masa yang sama dalam batasan-batasan Islam merupakan pengalaman yang paling menarik dan masih mahu mengekalkannya.
4- Jiran-jiran semasa di setinggan dahulu merasa skim warga emas di mana mereka diberikan duit dan berbelanja barang keperluan di pasaraya yang terpilih.
5- Perpustakaan Raja Uda yang sangat selesa - port lepak yang menarik dan tak perlu keluar duit. Ada kiosk tutti frutti tau.

Setakat itu untuk saya. Mungkin banyak lagi, tetapi untuk yang sedikit itu juga saya sudah sangat gembira. Kalau lagi banyak mestilah lagi gembira berbunga-bunga. Tidak sabar mahu mendengar harga minyak dikurangkan harga pada 6hb May nanti. InsyaALLAH.

Saya teringat tazkirah Mufti Menk ketika di Masjid TTDI bertajuk ' 7 Golongan Yang Mendapat Naungan Di Akhirat'. Golongan pertama disenaraikan merupakan pemimpin yang adil. Pemimpin yang adil akan dinaungkan oleh ALLAH kelak. Menunjukkan keadilan memang sangat dituntut dalam Islam dan lebih utama untuk golongan pemimpin. Juga tazkirah Ustaz Pahrol mengenai cara membantu orang membuat dosa adalah mengampuninya dan juga dengan menghalangnya dari terus melakukan dosa. Bagi saya, kerajaan sekarang sedang melakukan dosa kepada rakyatnya dengan tidak berlaku adil, maka antara langkah di pihak saya adalah tidak memangkahnya pada pilihanraya kali ini untuk mengurangkan lagi dosanya jika lagi lama dia berkuasa. Hehe. Mari kawan-kawan bantu saya. Saya berdoa, pada pilihanraya kali ini, kami akan memenangi di peringkat pusat pula. Segala doa dan pengharapan hanya pada DIA yang satu.

Selamat Mengundi semua warga Malaysia. Sayangi Malaysia, yakini ALLAH.

Love..

Thursday, April 4, 2013

Lawatan Tapak @ Sungai Siput Part 1

Semenjak saya menjadi QS, benda yang paling jarang saya lakukan adalah lawatan ke tapak projek. Sunggulah tidak QS. Tetapi selalu balik lewat malam. Ok, macam QS sudah. Adakah definisi QS ditafsirkan begitu? Entah, saya juga tidak tahu. Haha. Walaupun tapak projek kami yang paling dekat dibandingkan dengan Bukit Mertajam atau Padang Besar yang lebih jauh. Aishh. Hehe. Jadi, jika mempunyai kesempatan ke tapak, walaupun rasa nak demam atau sudah demam, saya gagahkan juga ke sana. Sebab jarangkan? Benda bukan selalu dapat ini kena hargai betul-betul.

Baru-baru ini kami berpeluang ke Sungai Siput membawa budak praktikal supaya memudahkan mereka membuat laporan selepas latihan industri ini. Wah, ini sudah berita gembira. Tidak berada di pejabat dan ke site memang mengujakan. Faezah membuat temujanji dengan engineer di sana. Selama ini bercakap melalui telefon sahaja, akhirnya kami akan bertemu empat eh, berbelas-belas mata. Dia akan membawa kami  ke sepanjang kawasan dari Tanjung Rambutan ke Kuala Kangsar. 

Kami bergerak dari pejabat jam 6.45 pagi Khamis dan berjanji untuk berjumpa Khong (engineer) di Shell  selepas exit Ipoh. Biasanya jika turun ke Sungai Siput, destinasi kami pasti ke site office sahaja. Alhamdulillah, pengalaman pertama kali membawa trainee dan bertindak sebagai ketua dipermudahkan ALLAH. Kami berjaya membawa mereka bersarapan di Tapah dan sempat sampai 10 minit sebelum masa yang dijanjikan. Selama ini duduk di dalam kereta sahaja tanpa merancang perjalanan. Senior yang berjanji bagai dengan orang site. Pengalaman namanya. Saya suka.

Perjalanan kami dimulai dengan melawat kawasan Faezah dahulu. Khong sangat membantu. Sebelum memulakan perjalanan terlebih dahulu dia menceritakan latar belakang projek ini kepada trainee kami. Secara kasarnya, terdapat empat structure yang besar terlibat di dalam projek ini. Rail Bridge(RB), Road Over Bridge(ROB), Road Under Bridge(RUB) dan Pedestrian Motorcycle Bridge (PMB).

Tapak pertama kami adalah ROB di mana track berada di bawah jambatan.  Gambar di bawah merupakan dari atas ROB Tanjung Rambutan. Sudah hampir siap. Kata Khong, hujung November ini sepatutnya semua sudah dihandover. Kerja saya bertambah banyak. Argh, harus merancang sekarang bagaimana mahu mengatasinya sekarang. Selama ini seperti tidak berguna pulang lewat tetapi masih tidak dapat deliver hasil kepada En. Nadzri. Rancang Nadiah. Semoga ALLAH beri kekuatan dan ilham untuk mengatasi dan menyempurnakan tugasan ini.

 
Sampai di site sudah siap di peringkat ini. Haha. Tidak langsung nampak secara progressively.

Parapet high containment digunakan di atas track untuk mengelakkan kenderaan kemalangan dan terhumban ke track, sementara low containment digunakan di tempat biasa di atas jambatan.

Pertanyaan demi pertanyaan daripada kami dijawab oleh Khong dengan sabar.

Khong sedang menerangkan mengenai retaining wall 


Inilah RUB. Jalanraya di bawah track. Road Under Bridge. Pun dah siap. ;)

Column diikat dengan tie beam untuk mengelakkan kereta yang terbabas melanggar terus dinding retaining wall dan merosakkan structure selain lebih mudah dibaiki selepas kemalangan.

Khong yang sangat membantu. Tengok tangan Nadiah tu, gatal je nak main muka. Ish. Ish.

River protection- menahan hakisan tanah oleh sungai yang mengalir - di bawah rail bridge (RB) 

RB - track di atas jambatan dan di bawahnya sungai. 

Oleh kerana terlalu panjang, pier diperlukan untuk menampung beban di tengah-tengah jambatan. 

Trainee Faezah dari TAR College - mereka meneka umur saya 37 tahun dan Faezah 35 tahun. Haha. Katanya muka kami seperti orang yang sudah berpengalaman 10 tahun. 

SL1M trainee. Skim Latihan 1 Malaysia. Zamir dah Ilani

Kami berhenti rehat makan tengahaari dibelanja oleh Khong di KFC. Boleh claim company katanya. Terima kasih Khong. Setakat ini dahulu coretan perjalanan kami. Nanti saya minta gambar lain dari trainee. Telefon saya telah tersalah letak sepanjang lawatan kami menyebabkan saya tidak dapat menangkap gambar menggunakan telefon. Sudah mahu pulang baru terjumpa kembali. Telefon bersepah-sepah. Hehe.

Satu malam ketika saya sedang stayback, Kenny datang ke pejabat semula untuk menjemput adik iparnya. Kami berborak agak lama. Kami berbincang mengenai masa depan. Masa depan gitew. Hihi. Pengalaman dan umur yang semakin meningkat. Mendengar kisah Kenny menyebabkan saya terfikir masa depan saya juga. Sampai bila mahu diteruskan kerja begini dan pulang selalu lewat? Setakat ini tiada komitmen masih boleh bertahan. Masa saya untuk orang-orang yang tersayang hanyalah pada hujung minggu. Hari Isnin sehingga Jumaat dan kadang-kadang Sabtu dihabiskan di pejabat. Alhamdulillah, saya berjumpa dengan kawan-kawan sepejabat yang sangat baik. Jika tidak, mahu saya bertambah stress. Tetapi, dari segi pembelajarannya dan cara kerja, saya rasakan sangat tidak sihat untuk tubuh badan. Masih ada potensi dalam diri saya yang belum saya terokai kerana sentiasa berpuas hati dengan apa yang ada. Ada kala terfikir untuk tidak meneruskan semua ini, tetapi masih tidak nampak caranya. 

Ya ALLAH, semoga semua urusan aku di dunia ini dapatlah digunakan sebagai pahala di akhirat kelak. Mudahkan urusan dan tabahkan hati-hati kami Ya ALLAH menghadapi semua ujian dan kasih-sayangMu.

Love.

Monday, April 1, 2013

Selamat Pengantin Baru Suriani a.k.a Sue


Seorang lagi budak rumah saya telah selamat menjadi isteri orang. Mood : Happy. Dapat berjalan-jalan dengan gembiranya. Berada di rumah Achik di Kelantan pada hari Jumaat memang nikmat. Tak kira di mana sahaja dan tidak di pejabat. Hihi. Kami berempat, Mak Ina, Shima dan kawan baiknya Rabiatul Adawiyah, tapi panggil B sahaja dan saya sempat ke gulai budak rumah saya di Terengganu. Kami menaiki bas dari Putra ke Kelantan pada malam khamis. Sampai di Kelantan, kami dijemput Achik dan terus ke Masjid Tok Guru di Pulau Melaka. Dapat bersolat berimamkan Tok Guru Nik Aziz memang sayu. Suara Tok Guru seperti kurang sihat disamping tidak menyampaikan tazkirah pagi yang biasa dilakukan. Saya berdoa ALLAH memberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuknya dan berjaya melihat Islam berjaya ditegakkan di tanah kesayangan saya Malaysia.  

Merayau-rayau di belakang masjid dan terjumpa ini bersebelahan masjid.

Orang menunggu untuk mentahnik anak mereka.

Kami menghabiskan pagi Jumaat di rumah sahaja sambil melanggan Bunohan di Astro First sahaja. Selain itu memasak sahaja untuk makan tengahari. Malam baru kami keluar untuk mencari makanan. Oleh kerana tidak keluar berjalan-jalan maka, tiada ole-ole untuk semua orang. Hehe.

Pada Sabtunya kami bergerak dari Kelantan seawal jam 8.30 pagi. Melalui jalan pantai memang mendamaikan. Perjalan mengambil masa 3 jam. Sesampai di rumah Sue, majlis pernikahan telah selesai dan sempoi juga perkahwinannya. Sue sedang diinai oleh adiknya. Sementara menunggu majlis kenduri. Semakin saya berjalan-jalan melihat majlis orang lain, saya rasakan semakin sempoi-sempoi sahaja sahabat saya ini berkahwin. Tidak tertekan langsung. Secara luaran, dalaman kurang pasti. Semoga begitu juga.

Pelamin yang cantik. Simple tapi cantik.

Begini rupanya memakai inai bercorak-corak itu. Seperti pelekat yang berlubang-lubang mengikut corak yang dikehendaki. Boleh dibasuh dan diguna semula.


Wakil budak rumah No. 86. Seorang-seorang keluar. Tahniah korang. Lepas ni kita pula. *wink*

Tolong touch-up inai bagi sama warna. Shima ni terkenal dengan ketelitiannya, maka dia terpilih untuk tugas ini.

Kawan baik Shima. Rabiatul Adawiyah. Cantiknya nama.

Jam 2 baru berarak. Lepas Saiful datang, terus kami pulang.

Doa untuk Sue dan Saiful, 

" Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini.

Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini." Amin.
 

Perjalanan pergi dan pulang kami memang dihiasi dengan kibaran bendera-bendera parti seperti sudah mahu pilihanraya. Eh, memang pun sudah nak dekat cuma belum tahu tarikh sahaja. Perang bendera di Terengganu memang sudah bermula. Cepatlah pilihanraya, tak sabar nak memangkah ni.


Maaf, bulan lagi tinggi ya.



Kami singgah di pantai sebentar untuk merasa sotong goreng tepung dan udang goreng tepung yang digembar-gemburkan sedap di pantai timur itu. Malangnya mungkin kami tersilap jalan, sukar untuk kami menemui deretan kedai makan yang menjual makanan itu. Cuma terjumpa sebuah restorang lantas menyebabkan kami menyinggah. Oleh kerana satu-satunya kedai yang buka, pekedai itu seperti acuh tidak acuh melayan kami. Mungkin kerana semua orang bertumpu ke kedainya. Sudahlah mahal. Haha.

Muka sabar dan eksaited nak makan gorengan ni.

Udang dan sotong goreng tepung. Shima kata sedap. Saya makan saja.


Eh, samalah baju dengan langit. Terima kasih Achik bagi pinjam baju yang cantik ini. Hehe.

Kami pulang ke Selangor menaiki kapal terbang kerana ada harga promo dari Air Asia. Tetapi jam 8 pagi ya penerbangannya. Tidak mengapa kerana memang sesuai untuk Achik menghantar kami dan terus ke tempat kerja kerana Ahad merupakan hari bekerja di Kelantan. Achik, terima kasih banyak-banyak. Maaf kalau tertinggalkan barang-barang di rumah Achik. Tetapi, saya memang gembira bercuti di sana. <3>
Tengah tunggu pilot panggil masuk dalam kapal.

Selamat tinggal bumi Kelantan. InsyaALLAH, pasti datang lagi.

Kami sampai di LCCT terus mencari makanan. Kelaparan melanda, mujur masa penerbangan sejam sahaja. Dari LCCT kami menaiki bas ke KL Sentral dan kemudian menaiki LRT ke Asia Jaya. Setelah itu menaiki teksi ke rumah kami. Wah, semua kenaikan kami naik untuk sehari itu. Mujur tiada beca di sini.  

Gambar saya ambil di KL Sentral. My bias. Hehe.

Petang itu selepas sempat mencuci baju, adik lelaki saya menelefon dan memberitahu nenek Sa'abah datang ke rumah kami sempena cuti sekolah bersama Achik Oya dan anak-anaknya. Saya pulang ke Klang malam itu juga. Maaflah, tiada ole-ole yang dapat diberi kepada nenek saya kerana saya memang tidak berjalan-jalan di Kelantan dan Terengganu membeli ole-ole. Cukuplah saya sebagai hadiah yang best untuk nenek. Ok. Sila muntah kawan-kawan. Haha.  

Love.