Tuesday, January 15, 2013

Kosong Kosong Kosong

Dua hari yang menyesakkan fikiran saya. Saya perlu banyak berfikir sekarang. Terasa sel-sel dalam otak saya bersambung seperti iklan susu. Satu adalah kerana kes Bavani di UUM. Saya meletakkan diri saya di antara pelajar yang berada di dewan itu. Saya pasti tidak bersetuju dengan tindakan Puan Sharifah, tetapi saya tidak akan mengambil sebarang tindakan masa itu. Saya hanya mampu berdoa di dalam hati. Semoga Bavani teguh berpendirian dan Puan Sharifah lebih menghormati pandangan anak muda. Ya, itulah selemah-lemah iman. Untuk menjadi seperti Bavani, seorang yang berkeyakinan dan teguh pendirian saya masih jauh. Masih banyak yang perlu saya lalui dan belajar. 

Juga kes seorang Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar yang digantung pekerjaan gara-gara membuat kiraan dan kajian yang menyatakan Pakatan Rakyat bakal memenangi pilihanraya ke-13 kali ini. Seorang yang hebat kerana di usia muda sudah menjadi pakar dan ketua. Tetapi, dia tidak rugi. Kepakarannya pasti boleh membawanya ke tempat lain yang lebih baik dan yang pasti Bank Islam kehilangan seorang yang hebat kerana  permainan politik yang kotor. Dia sangat pakar dalam bidangnya. Situasi ini sebenarnya menunjukkan apa yang selalu diperkatakan oleh Ustaz Hasrizal dalam seminar yang pernah saya hadiri iaitu perbuatan yang menshut-upkan pendapat orang. Tidak bagus untuk perkembangan dan pembesaran menjadi seorang yang diberikan ALLAH akal untuk berfikir.

Selain itu, kes budak pejabat saya yang mempertikaikan saya memberi wang pak-kum kepada teman sepejabat saya yang berbangsa cina untuk majlis pengkebumian maknya. Kata kawan saya upacara itu lebih kepada upacara keagamaan mereka, jadi kita tidak boleh memberikan wang terbabit. Setelah bertanya kepada cikgu-cikgu saya, jawapan mereka berbeza. Hal ini menyebabkan saya perlu mengkaji sendiri dan bertanya kepada orang lain juga. Betapa pentingnya ilmu dalam meneruskan kehidupan. Saya mahu menjadi berpendirian seperti Bavani, menjadi seorang yang itqan seperti Azrul dan seorang yang berfikir dan mempunyai pandangan sendiri untuk memberikan pendapat yang tidak bercanggah dengan Islam. Saya perlu dan harus. Kedatangan tahun baru bersama jawatan baru mengetuk kepala saya. Selama ini, saya hanya menurut sahaja. Sekarang tidak lagi. Saya perlu bertanggungjawab di atas semua keputusan dan tindakan saya. Saya perlu banyak belajar dan membaca untk menjadi hamba dan khalifah ALLAH yang berguna di dunia dan kemudian di akhirat. Bukan untuk sesiapa, untuk diri sendiri dan ianya memang susah. Berperang dengan musuh utama saya iaitu diri sendiri. Semoga saya berjaya. :)


اَللَّهُمَّ إنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً


“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rizki yang halal, dan amal yang diterima.”


Love..

2 comments:

Anonymous said...

Student UUM ke dik?
Cube fikir dalam2 sikit.
Selame ni cine, india ade ke respect kite melayu ni( i mean in real life).
Xde. Sikit pun xde. Kite dihenyak-henyak je.
Daripada point yg disampaikan Bawani tu, cube fikir umur 19-22 boleh nampak ke isu-isu macam tu siap fakta walaupun xberapa tepat.
Mesti ade pihak yg eksploitasi budak tu.
Lagi 1, orang melayu islam kite ni memang memerlukan orang-orang berani macam Sharifah ni.
Dalam banyak isu lain, ade orang melayu islam kite ni nak marah bile orang lain sentuh hak kite. Xde jugak.
Nampak rasis,semestinya. Ini yang kite perlukan untuk survival melayu.
Jangan terikut sangat dengan orang lain, kadang diorang pun xtau ape yg diorang sokong tu.
Jangan sampai diorang dah dapat kuasa, tahu la korang kat mane lepas ni kalau xjadi kuli, korang berambus la dari Malaysia(Tanah Melayu xde dah). Fikir-fikirkan la.

nadiah said...

Terima kasih atas komen Anonymous. Saya merasa teruja kerana mempunyai pembaca lain selain keluarga dan rakan pejabat saya. Hehe. Tujuan penulisan saya tidak langsung berpihak kepada sesiapa, ia lebih kepada diri saya sendiri dan anda berhak menyokong sesiapa sahaja. :D
p/s : Saya bukan pelajar UUM. Sila baca entri2 sebelum ini untuk mengetahuinya.