Saya mulakan aktiviti 2013 dengan menghadiri majlis kenduri ‘Afif. ‘Afif dah kahwin? *nangis*. Hai Nadiah? Pernah ada skandal ke? Haha. Pastilah jawapannya tidak. Cuma sedih saja, dah melepas seorang lelaki yang baik. Takpelah, dia bersama dengan perempuan yang baik juga. Jadi saya relakan. Gitu. Hehe.
Pagi Selasa tu memang bangun lambatlah sebab malam sebelumnya dah tidur lambat menyambut ambang 2013 di Shah Alam. Baru lepas sarapan dan borak-borak dengan Kak Chik, telefon Kak Chik berbunyi. Mak telefon, mak kata, Mekna call, tapi tak dapat. Telefon tengah charge kat bilik atas. Memang takde orang angkatlah. Pergilah ambil kejap. Tak tengok mesej terus call Mekna. Mekna kata saya diberikan tugasan menjadi runner untuk majlis ‘Afif. Haha. Takde angin ribut terus jadi pengejar. Rupa-rupanya kena teman Jie yang menjadi pembantu floor manager. Pembantu kepada pembantulah. Hehe. Dalam kepala tadi memang nak datang makan je, jadi nak siap sedikit punya lama. Pilih baju lagi, seterika baju lagi, cadangannya tadi nak pergi makan je dengan Kak Long sebab takde kenaikan. Mak dengan ayah guna kereta Mina untuk hantar Fisha ke Bangi. Dah nak siap nak pergi naik motorlah konon-kononya sebab awal, call Kak Long kata nak cancel, tapi dia dah sampai masjid Dato Dagang. Ikut sekalilah naik kereta pergi Dewan Sirim tu.
Sesampai di sana, bertembung dengan Pak Chim sekeluarga yang baru juga sampai. Dalam dewan dah ada Pak Long sekeluarga, Achik Iza dengan Achik Didi, Pak Busu (Mak Usu dah kena start sekolah, tak dapat datang), nenek, Mamat, Lina sekeluarga semua tengah makan dan Mak Ina yang sedang menjadi emcee bersama abang Shahrul. Wah! Semua orang ada. Tapi, tiada gambar bersama mereka sebab, ingat datang-datang tadi nak mulalah menjalankan tugas sebagai runner, tapi Jie yang comel kata boleh makan dulu. Terus makan sambil borak-borak dulu. Tak bergambar langsung dengan keluarga sendiri. Lepas tu baru meneman Jie. Jie ni cinta hati Farhan. Saya rapat dengan dia sebab dia dah pernah ikut program KAMY. Baik dan sweet je budaknya. Kira senang masuk dengan oranglah. Tak kiralah baru saja jumpa, kalau dengan dia dah macam kenal lama je. Dah nak bertunang dan berkahwin juga dalam tahun ni. Kita doakan dipermudahkan semua urusan awak Jie. Encik Anuar terima dua menantu perempuan sekali dalam setahun. Hebat!
Mekna dan Abang Shahrul beraksi.
Peneman kepada Jie (Kebaya kuning-kuning tu warna tema keluarga tau. Dah jadi keluarga dah Jie. Hehe.)
Saya nampak rendah. Huhu. Dah macam tangga dah susunannya.
Tahniah 'Afif dan Dhira. Selamat bercinta sampai ke syurga. Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajam'a bainakuma fi khair. Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan. :D
Gambar ni clear kan? Tangkap guna Ipong baru ni. :D
Love..
No comments:
Post a Comment