Selamat tinggal 2012. Selamat datang 2013. Kejapnya dah tahun baru. Terasa teringat-ingat lagi saya menyambutnya di Shah Alam bersama ahli keluarga, dan setahun kemudian menyambutnya semula di tempat yang sama. Setahun sudah. Setahun yang mempunyai seribu satu kenangan membentuk saya sekarang. Lebih baik atau sebaliknya dari tahun sebelumnya? Ada peningkatan. Tetapi, saya masih berusaha menjadi baik.
Teringat Firman ALLAH,
" Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan dengan sabar. " (Surah Al-Asr)
Bagi saya, perjalanan tahun lepas sangat unik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Adakala saya terdiri dalam golongan yang rugi, adakala dikurniakan masa yang berkat dan nikmatnya diberikan masa yang berkat itu sungguh tidak ternilai. Tahun ini, Alhamdulillah, ALLAH masih mengurniakan nyawa untuk saya. Bersekali dengan tanggungjawab supaya mempergunakan semua nikmat ALLAH dengan bijak. Saya berdoa supaya tergolong dalam golongan yang tidak rugi untuk tahun-tahun yang mendatang, ditambah dan ditingkatkan iman dan amal soleh seharian. Azam saya untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih berguna dan berperancangan tahun ini. Haha. Selama ini hidup follow the flow je. Alhamdulillah ALLAH permudahkan. Tetapi, untuk tahun ini, sila berperancangan Nadiah. Baik! (dah tanya, jawab sendiri. bagus).
Saya doakan kita semua ditetap dan dipertingkatkan iman untuk menjalani kehidupan seharian, berada di bawah redha dan rahmat ALLAH dan tetap berkasih-sayang. :D
Love.
No comments:
Post a Comment