Friday, December 28, 2012

Hadiah Hujung Tahun

Dah hujung tahun. Apa maknanya untuk semua pekerja Gamuda? Ye, pandai.. Masa yang ditunggu-tunggu untuk bulan jatuh ke riba. B.O.N.U.S. Keterujaan saya tidak seperti orang lain barangkali. Dah tahu dah ke mana duit tu nak kena pergi. Awal-awal lagi dah cakap dengan mak dan ayah nak gunakan duit tu untuk buat downpayment kereta. Dah lama kan dengar nak ada kereta? Hehe. Akhirnya pada bonus ke empat di sini, baru dapat. Haha. Tak saving langsung untuk buat downpayment sebab memang dah fikir nak pakai bonus je. Bonus tahun lepas dah buat pergi umrah. Bonus tahun sebelumnya dah lekat dengan rantai. Bonus dua tahun sebelum tu, entah pergi mana dah lupa. ;p

Tetapi, tahun ini berbeza sedikit dengan tahun lepas. Kenapa? Ceteka. Haha. Tara.

Surat gembira di hujung tahun. Gembira ke? OPKOS!!
Alhamdulillah. Segala puji hanya untuk ALLAH. Apabila menerima surat dari Mr. Looi, saya tengah berbincang dengan rakan pejabat saya. Letak tepi sahaja surat itu. Setelah habis berbincang dan pulang ke tempat sendiri dan membuka suratnya. Huhu. Perasaannya bercampur-baur. Saya hanya mahu bonus sahaja. Taknak naik pangkat lagi. Ilmu yang saya ada macam tak setimpal je dengan jawatan yang akan saya pegang nanti. Saya masih tidak banyak yang saya tahu jika dibandingkan dengan kakak saya semasa dia menjadi senior. Kakak di sini bermakna senior saya ya. Sekarang dah naik pangkat jadi Assistant Manager. Dahlah saya jarang ke site sebab akak saya tak bagi, dan kurang juga bergaul dengan orang luar seperti engineer ke consultant ke. Entahlah, saya kurang pasti di mana silapnya. Yang saya boleh fikirkan hanya kerana kakak saya seorang perfectionist dan menyekat pergerakan saya mungkin kerana saya kurang ilmu dan dia takut saya memalukan department atau dia jika tersalah cakap dengan orang luar. Haha. Jahat tak? Salahkan orang untuk situasi. Andaian saya sahaja. Boleh jadi betul dan tidak. Mungkin boleh saya yang kurang berusaha. Saya pernah berkata kepada manager saya yang saya memang kurang belajar ilmu-ilmu QS di sini tetapi bekerja di sini menyebabkan saya dapat membuat banyak benda lain di luar waktu pejabat. Hehe.Banyak tau. Pesan manager saya, kalau saya nak sesuatu kena push for it. Saya malas nak bertekak dengan orang dan jarang push for it. Seriously, saya pernah menangis untuk meminta kebenaran pergi ke site kami yang tak jauh mana pun. Sungai Siput je, itupun kakak saya tak benarkan kerana berkata biar orang site buat kerja mereka, jika kita pergi, bos bayar gaji mereka untuk apa? Jadi, saya mengalah. Kakak saya pernah bekerja bersama kontraktor lain sebelum ini, jadi dia mempunyai pengalaman sebelum ini tidak seperti saya. Ini merupakan kerja pertama saya. Saya kurang boleh dapat pengalaman kalau duduk kat pejabat sahaja. Huhu. Tolonglah faham wahai kakakku yang tersayang. Haha.

Mr. Looi dan En Nadzri (berbaju biru) manager saya.
Jadi, saya merasakan ilmu saya tidak setimpal dengan pangkat yang telah diberikan. Saya terasa dan telah pun menangis sebenarnya. Saya tidak tahu macammana mahu meraikan kenaikan pangkat ini. Gembira? Siapa tak gembira naik gaji. Hehe. Sedih? Ilmu tak banyak sangat untuk jawatan ni. Huhu. Takut? Ianya datang dengan tanggungjawab. Mampu ke saya? Entah. Ia perasaan yang bercampur baur. Tetapi saya bersyukur. Tetap bersyukur walaupun terfikir apa yang telah saya buat sampai dihadiahkan hadiah sebest ini. Saya menelefon mak saya menyatakan berita ini. Mak gembira dan berkata ada rezeki lebih ni, berilah sedikit kepada Pok Teh di kampung dan Mak Ngah anak Tok Ali yang baru kematian suami. Nak masuk sekolah ni diorang nak pakai duit, jadi awak bagilah sikit ringankan beban diorang. Ya, ini semua rezeki orang lain sebenarnya. Allah bagi melalui saya sahaja. Ok, dah boleh rasa tidak terbeban sedikit. Mr. Looi dah naikkan pangkat. Oklah tu Nadiah. Proses tenangkan diri sendiri.

Mr Looi dan bunga-bunga PMC
Sebelum pulang, kakak Faezah mengucapkan tahniah kepada saya (kakak saya bercuti sakit, jadi tak boleh nak share dengan dia. Nak ke saya share dengan dia? Haha.) Saya menyatakan kebimbangan dan perasaan saya. Dia memberi galakan. Mr. Looi dah naikkan pangkat, jadi selepas ini kena bekerja dengan bersungguh-sungguh lagilah. Cabar diri sendiri, kalau kata kurang ilmu, kena work more (hah! Tak cukup more ke Ms. Tan? Huhu.). Faezah, Ili dan Paie juga dinaikkan pangkat. Kenaikan pangkat beramai-ramai. Mr. Looi ni memang tak kedekut nak naikkan awak yang dah lama sangat kat Gamuda ni. Hampir lima tahun. Wau, lama kot Nadiah. Gila setia ko ni. Haha.

Dengan ini, saya menerima tanggungjawab ini. Saya berdoa diberikan kekuatan untuk menjadi yang lebih baik dari semalamnya setiap hari. Jadi, cita-cita saya untuk tahun hadapan menjadi seorang Senior QS yang tinggi ilmunya. InsyaALLAH. Untuk itu, kena belajar bersungguh-sungguh dari sekarang Nadiah. Teruskan usaha. Chaiyok!

Love..

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Saudari nadiah.
Saya Faiz, n i found your blog mentioning that your are currently working with Gamuda Berhad.I just got offered from Gamuda engineering for their Graduate Program. But at the same time, i also received offer from Sunway Group.

So if you can share to me about your experince there will be very helpful for me ;)

Here is my email, fz_khld@yahoo.com. Please if you have a bit of free time, get in touch with me. Thanks in advance nadiah.

Wslm...