Tuesday, December 18, 2012

Hari Keluarga Othman 2012


Tara. Entri saya yang pertama di pejabat. Hehe. Entri ini sebenarnya telah ditulis dan disimpan sebelum ini. Tetapi tak siap lagi. Jadi, dah boleh hapdate di pejabatkan? Sambung jelah dari apa yang disimpan sebelum ini. Terimalah. Chewah. Macam nak bagi anugerah. Sila baca perenggan kedua sebagai permulaan cerita ya. 

Saya perlu berterima kasih kepada semua keluarga saya yang tercinta kerana telah menjayakan Hari Keluarga kali ini dengan meriah. Jutaan terima kasih. Bertempat di A’Famosa Melaka, kami telah menempah 2 banglo untuk percutian kali ini. Dahulu pernah diadakan sekali di sini juga (Cuma banglo yang berbeza) kami hanya menempah satu sahaja. Oleh kerana pertambahan ahli keluarga Othman, maka kali ini kami menyewa dua banglo. Sangat-sangat selesa. Pembahagian banglo juga sangat menarik. Kami pecahkan kepada Adam dan Hawa. Di banglo kami menjadi tempat perjumpaan untuk makanan dan di banglo Adam menjadi tempat solat berjemaah dan malam kebudayaan.

 
Saya ke Melaka bersama kakak dan abang ipar saya, Hairol. Ini merupakan kali pertama kedua-dua abang ipar saya mengikuti Hari Keluarga kami. Oh, sangat gembira. Boleh masuk rupanya abang ipar saya ini. Haha. Saya sepatutnya menyediakan sandwhich untuk minum petang kali ini. Konsep kami kali ini adalah tidak mahu nenek-nenek atau makcik-makcik beria memasak di sana. Kami mahu mereka dan kami bercuti. Wee~~. Saya datang agak lewat kerana kesesakan lalulintas di Seremban. Standard. Tetapi, tiada panggilan telefon dari sesiapa meminta kami datang awal kerana mereka mahu makan. Saya diamkan sahaja. Rupa-rupanya sesampai kami di banglo, pergh.. makanan banyak gila kot. Nenek-nenek sudah membawa makanan dari kampung. Apam, sate, kuih kaswi dan banyak lagilah makanan. Patutlah tidak bertanyakan hal sandwhich. Jadi, kita reserved sandwhich untuk sarapan esok. Aktiviti bebas di situ sebelum kami solat Maghrib berjemaah. Saya berborak-borak dengan saudara. Masa inilah saya habiskan dengan mengikuti perkembangan saudara masing-masing dan bergosip-gosip bersama adik-adik saya.

 
Adik saya Fikri sebagai Tok Siak telah melakukan tanggungjawabnya di banglo yang satu lagi dengan membentang sejadah dan memanggil jemaah. Imam solat maghrib ialah ayah kesayangan saya (ada ayah lain ke?). Selepas solat, masa untuk tazkirah. Kali ini merupakan giliran Pak Chim yang memberi tazkirah. Ayah saya mengelat. Dia tidak pernah memberi tazkirah. Cuma semasa giliran Pak Ngah, ayah saya menyampuk. Haha. Ngelat ayah. Saya suka pendekatan ini. Kami bertambah rapat dengan tazkirah ini. Kali ini Pak Chim membentangkan tajuk Ilmu. Saya pernah dengar hadis Rasulullah yang Pak Chim bincangkan ini. Sabda Rasulullah, “Aku adalah gedung ilmu, dan Ali adalah pintunya”. Kemah keming bersama Pak Chim sudah diupload di internet. Nanti boleh tengok balik.

Selepas itu makan dan malam kebudayaan. Banyak bakat-bakat yang direndam telah berjaya dikeringkan malam itu. Nyanyian anak buah saya, pembaca berkepala tiga dari sepupu-sepupu saya (Oh, Aiman pemalu rupanya. Ingatkan Aiman tak kisah. Hehe), bacaan sajak Pak Busu oleh Mariam, Sarah, Masyitoh dan Ija, teleconference dari Australia dengan Arep dan yang best sekali adalah pembaca berita berkepala tiga dari pakcik-pakcik yang sebelum ni berbunyi je dari belakang semasa orang sedang membuat persembahan. Baru tahu tergagap-gagap kat depan tu. Selama ni buat suara latar je kat belakang. Hehe.

Pengacara majlis. Achik Didi dan Mekna.

Aiman kalau malu, dia tutup mulut. Comel. :D

 Kecuali Atok Ali, yang lain tukang tambah untuk persembahan dari belakang. Pun comel juga. :D

Mus'ab. Awak comel. Hehe.

Korang. Dah besar dah ghupernya.

Keesokan harinya, kami bersolat subuh berjamaah. Oh, saya terlewat. Terlepas berimamkan Amir ke pagi tu? Selepas itu kami membaca Al-Mathurat. Atas inisiatif siapa saya kurang pasti tetapi terima kasih ya, Al-Mathurat telah difotokopi dan kami membacanya beramai-ramai. Selepas itu, tazkirah oleh Pak Busu mengenai Hijrah. Saya suka majlis ilmu. Majlis ilmu inikan merupakan antara taman-taman syurga. Semoga kami semua kelak berjumpa di syurga. Amin :D

Selepas bersarapan sandwhich yang dibuat oleh anak-anak dara (sepupu-sepupu saya dah besar. Haha.) kami mengadakan Running Othman 1.0. Alin, Aizat, Rahman dan saya telah membuat sukaneka bersama ahli keluarga. Semoga semua gembira yer. Terima kasih Kak Lin yang banyak memberikan idea dan Rahman dan Aizat yang banyak membantu. Mereka dipilih kerana kemahiran mengenai variety show Korea yang sangat tinggi. Haha.

Selepas tamat acara yang dimenangi oleh kumpulan biru itu, acara bebas. Sebelum itu, Atok Ali yang sangat comel telah memberikan pesanan kepada kami AJK sukan untuk membuat soalan yang bertemakan keluarga Othman lebih kerana masa inilah kami perlu mengetahui susur galur keluarga kami. InsyaALLAH atuk, kami juga perlu membuat kajian terlebih dahulu nampaknya. Hehe. Masa untuk bermain air. Sudah lama saya tidak berenang. Skil masih ada cuma sudah tidak kuat lagi. Tak sampai satu lap, dah semput. Tau Faezah (guru berenang saya) ni, mengamuk dia. Hehe.

 
Bersila sahaja kali ini.

Kumpulan biru wanita

Kumpulan merah wanita

Pengelola majlis berkuning di pagi sabtu.

Maka, nikmat manakah yang kamu dustakan? Alhamdulillah

Tamatlah Hari Keluarga Othman 2012. Berjumpa 2013 nanti. InsyaALLAH.

Kami pulang ke rumah masing-masing hampir jam satu tengahari. Saya menemani Mekna menghantar nenek ke kenduri kahwin dan seterusnya ke pulang ke kampung di Melaka. Kemudian menghantar Ija di Rawang. Sampai di rumah sekitar malam. Gembira dan bersyukur dengan semua nikmat ALLAH ini. Alhamdulillah. Apa-apa pun, saya sayang mak ayah saya. Tiba-tiba. Mina, akak sayang awak tau. ;p

Love..

No comments: