Monday, February 6, 2012

Bercuti Raya Cina di Kuala Lumpur

Entri ini sudah lama saya savekan di dalam draft. Saya postkan juga akhirnya.

Isnin (23hb Jan 2012), seawal jam10.05 pagi saya sampai ke rumah Mak Ngah untuk menjemput Alin, Sobri, Mubarok dan Ijah. Seperti yang dirancang, kami berlima ke KLCC untuk melawat Petrosains. Perancangan awal adalah, kami akan berhenti di stesen LRT mana-manadan mengambil LRT sampai ke KLCC. Tetapi, kosnya sama sahaja. Maka, berpandukan adik google Alin dan petunjuk jalan di KL, kami berjaya parkir juga ke KLCC. Lawatan ini merupakan kali ketiga buat Alin dan kali kedua buat saya. Tetapi, bagi Awie, Ayok dan Ijah pengalaman ni merupakan yang pertama bagi mereka. Mereka sangat teruja. Semua permainan dan alatan mahu dicubanya. Adik saya Naziha pernah mengadu yang dia juga tidak pernah pergi ke Petrosains. Tidak mengapa sayang, awak nak pergi bila-bila, kita boleh pergi sahaja. Untuk sepupu-sepupu kita ini, oleh kerana mereka tinggal di asrama, sedikit kesukaran untuk mereka di bawa berjalan dan faktor kewangan juga mungkin merupakan sebab mereka kurang berjalan.

Beratur sebelum memasuki Petrosains

Hampir dua jam kami di dalam Petrosains. Apa yang saya belajar? Saya kurang meminati sains, jadi keterujaannya mengenai Petrosains kurang. Hehe. Tetapi, saya belajar untuk lebih menghargai orang di sekeliling saya. Terfikir saya, masa anak-anak Pak Amjah bersama adik-beradik mereka adalah waktu-waktu seperti ini. Hari-hari biasa, mereka di asrama dan boleh saya kira yang mereka tiada tempat untuk bertemu. Jarang saya dengar mereka pulang ke Temerloh apabila cuti dan pastinya kedudukan adik-beradik mereka yang jauh seperti di Kuantan dan Gemas menyebabkan mereka tidak dapat meluangkan masa bersama. Saya sekeluarga, daat berkumpul di rumah mak walaupun masing-masing telah tinggal berasingan. Terutamanya cuti kali ini, kami dapat berkumpul semua kerana adik-beradik saya pulang ke rumah.

Pengembaraan bermula.

Selain itu, saya dapat rasakan keakraban Ayok dan Ijah. Selama ini, Mubarok agak senyap kalau kami berjumpa. Tetapi, apabila berjalan bersama Ijah, ada sahaja yang mahu dibualkan. Memanggil mereka dengan nama gelarannya mengingatkan saya kepada ummi mereka. Kata Alin, nama gelaran itu diberikan oleh arwah Cik Yati (Al-Fatihah). Rupa Ijah juga menyebabkan saya teringat kepada arwah ibunya. Selepas itu, kami makan tengahari di foodcourt. Konsep kami adalah berkongsi semua jenis makanan yang dibeli. Kami membeli Nasi Lemak, Mee Sizzling, Nasi Jepun (tak tahu nama dia), Spageti dan Ayam Penyet. Oleh kerana mahu merasa semua, kami membuat peraturan iaitu, semua pinggan orang boleh diceroboh. Jika kita tidak rapat dengan orang itu, kita akan terasa janggal. Kecuali orang itu memang tidak tahu malu. Hehe. Mereka tidak segan. Pengalaman yang menarik.

Selepas solat Zuhur, kami ke Taman KLCC untuk bersantai-santai sebelum pulang. Awie mahu belajar makan sushi menggunakan chopstick. Mana ada manual belajar chopstick, dulu saya pun dipaksa Lyza untuk belajar makan maggi menggunakan chopstick ketika diploma. Setelah berehat-rehat di bawah pohon bamboo (mana ada pokok ini di KLCC. Hehe.) kami pun pulang. Mahu menghantar Ijah pulang ke Rawang. Aktifkan googlemaps Alin, dan sampai. Kami berikan Ijah no telefon kami dan tinggalkannya dengan pelukan. Jangan segan-segan dengan kami Ijah. Apa-apa masalah atau cerita, telefon kami. Kemudian kami hantar Sobri dan Mubarok ke Kg. Sungai Penchala bertemu dengan Hafis sebelum mereka pulang ke Gemas keesokan harinya. Kita bertemu lagi nanti. Pastinya ini bukan kali terakhir aktiviti kami bersama anak-anak Pak Amjah. Kasih sayang kita ini sepatutnya diberikan kepada semua orang, terutamanya saudara sendiri. Gembira. Itulah perkataannya. Saya dan Alin berkongsi rasa yang sama.

Ayok.. Saranghae.. Hehe. <3

Keesokan harinya, rancangan saya dan Lyza menghantar limau ke rumah saudaranya di Ampang. Lyza menjemput saya pada tengahari itu. Sebelum ke sana, kami makan tengahari di rumah saya dahulu. Perjalanan melalui highway KESAS itu memang mudah, cuma tol sahaja yang mahal. Projek ini merupakan usahasama Gamuda, maka saya boleh memohon subsidi sebanyak 40% dari harga tol dengan mengumpul tiket tol. Oleh kerana Lyza sudah bosan memandu dan kegilaan stereng saya masih belum hilang, maka saya memandu ke rumah saudara Lyza dan menyebabkan saya yang menghafal jalan ke rumah saudaranya. Za, lain kali pergi ko pulak yang drive. Setelah memberi limau, Pak Lang menyuruh kami makan tengahari sebelum pulang. Dua kali makan tengahari untuk sehari. Tanda-tanda nak kena diet ni. Cadangan awal selepas itu adalah ke rumah Ina di Putrajaya. Malangnya, telefon bimbitnya tidak berjawab dan mesej juga tidak dibalas. Maka, plan bertukar ke rumah abang Najwa di Sungai Buloh. Oleh kerana semalam saya telah sampai ke Rawang dan Sungai Buloh lagi dekat, maka saya bersetuju. Kami ke sana melalui jalan apa entah. Sampai ke Gombak, dan memasuki DUKE dan tembus di Jalan Duta. Memasuki NKVE dan keluar di exit Sungai Buloh dan Alhamdulillah berjumpa dengan Awa. Kami duduk di rumah Along sehingga pukul 7 malam. Selepas itu, ke rumah sewa saya untuk mengambil gambar dari Mekna yang dikirimkan oleh nenek. Cadangannya untuk membuat passport pada Rabu esok. Tetapi, sangat ramai orang di pejabat imegresen Pelabuhan Klang menyebabkan saya membatalkan niat saya.

Gambar yang dijumpai di rumah Along Awa - Konvo diploma

Berakhir percutian Tahun Baru Cina saya. Jadual yang penuh. Macam tak cuti saya kata dengan Lyza. Tetapi dia menjawab, cutilah sebab tak payah pergi kerja. Boleh buat macam-macam. Kalau pergi kerja, memang tidaklah. Hehe. Kamu betul Lyza.


Love..

No comments: