Saya menyambut Maulidur Rasul kali ini dengan menghadiri ceramah Ustaz Haron Din di Masjid Al-Falah, Subang Jaya bersama Mak Ngah dan Alin. Sesampai kami di Masjid, Ustaz Haron Din telah memulai ceramahnya. Ceramah mengenai Rasulullah s.a.w yang bertajuk Rahmat Seluruh Alam itu sungguh membuka minda saya. Sebelum ini, saya merasa biasa-biasa sahaja (betapa malangnya saya) mengenai Rasulullah s.a.w, sehinggalah tahun ini setelah hampir 27 tahun. Alhamdulillah, oleh kerana saya mengikuti Sham Kamikaze dan Wardina Saffiya di twitter, sejak beberapa hari ini mereka selalu meletakkan status mengenai Rasulullah dan betapa bangganya mempunyai idola dan contoh yang sangat sempurna untuk menjalani kehidupan ini. Rasulullah s.a.w. memang merupakan rahmat seluruh alam dan saya sebagai orang Islam perlu bersyukur dengan nikmat ini. Mana mungkin kita mencari contoh sehebat, seistimewa dan sesempurna Rasulullah. Saya berdoa kepada ALLAH, supaya semoga kelak saya dipertemukan jodoh yang mencintai ALLAH dan Rasul melebihi cintakan saya ya ALLAH. Kata Ustaz Haron Din, terdapat hampir 100,000 ribu hadis Rasulullah s.a.w. yang diamalkan oleh umat Islam di seluruh dunia. Berapakah hadis dan sunnah yang kita cuba buat dan hafal dalam kehidupan seharian? Saya bertekad, untuk lebih mengenali utusan ALLAH ini selepas ini. Saya akan mulai dengan pembacaan buku biografi Muhammad bin Abdullah.
Malamnya pula, kami sekeluarga ke rumah Pak Busu di Rantau Panjang kerana menghadiri kenduri. Berbeza dengan kenduri tahlil yang sebelum-sebelum ini, kami menambah program tazkirah untuk perjumpaan kali ini dan akan diteruskan untuk majlis-majlis yang akan datang. Sabda Rasulullah s.a.w, kepada sepupunya dan merangkap menantunya Sayidina Ali bin Abi Talib, yang lebih kurangnya berbunyi 'Barangsiapa yang tidak menghadiri majlis ilmu selama 40 hari, maka orang itu akan mengalami dua akibat buruk. Pertama, hatinya akan menjadi keras, sukar menerima petunjuk dan kebaikan dan kedua beliau akan lebih cenderung untuk melakukan kejahatan'. Pak Long saya selaku pencadang telah memulakan menjadi penceramah kami yang pertama. Apa yang didengarinya ketika ceramah di masjid berdekatan rumahnya disampaikan kepada kami. Pak Long berkongsi bersama kami 7 sunnah nabi yang terbesar yang dibuat kajian ulama-ulama di dunia iaitu :-
- Solat Tahajud
- Solat Subuh di Masjid
- Selalu Menjaga Wudhu'
- Solat Dhuha
- Sedekah Setiap Hari
- Melazimkan Istighfar
- Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari
Saya harus memasukkan sunnah-sunnah ini di dalam jadual hidup saya sekarang. Semoga istiqamah Nadiah.
Hasif pun baca juga.
Selamat Ulang Tahun Pak Long
Akmal lagi comel dari Mina. Sekian. Haha.
Kredit gambar-facebook Keluarga Othman
Hari Isnin pula, saya sekeluarga kecuali Aminah, Naziha dan Kak Mi pulang ke kampung di Kesang Tua. Ayah saya mahu bersama adik-beradiknya kali ini. Cadangan awal untuk pulang ke kampung pada cuti bulan Mac telah dipercepatkan. Adik ayah (Pak Lang) telah pulang ke kampung pada hari Ahad. Jadi, ayah mahu bersama-sama memeriahkan kampung sehingga mengajak kami pulang selepas solat subuh katanya. Mujur tidak lewat sangat kami bergerak pagi itu dan berjaya sampai sebelum pukul 12 tengahari. Petang itu acara membakar ikan dan ayam serta sosej di rumah Achik saya. Abang ipar saya telah menjadi orang kuat membakar kerana beliau telah membakar kesemua makanan dari mula sampai habis. Saya juga sempat menghantar Safwan (anak bongsu Achik) ke sekolahnya di Ayer Keroh kerana Achik merupakan orang penting juga untuk bahagian dapur basah dan tidak boleh meninggalkan dapur. Hehe. Saya tidak berapa penting, maka boleh berjalan-jalan ketika majlis. Mak Usu membawa dadih yang sedap. Majlis pembakarana selesai sesudah Maghrib dan hampir jam 8 malam. Selepas itu, adik-beradik ayah membuat mesyuarat untuk perkahwinan sepupu kami Ani Mastura pada bulan May nanti. Saya melarikan diri ke rumah nenek untuk mandi. Haha. Ngelat buat kerja Nadiah. Esok, saya mahu membuat passport. Semoga dipermudahkan. Sekarang semua orang boleh terbang (now everyone can fly), jadi pejabat imigresen penuh selalu. Lagilah sudah cuti tiga hari. Mujur Melaka tidak cuti Thaipusam, bolehlah saya kirimkan kepada nenek (jika berjaya membuatnya. Hehe) nanti untuk pendaftaran umrah esok.
Love..
No comments:
Post a Comment