Saya akhiri minggu terakhir untuk bulan Jan tahun ini dengan bekerja pada hari Sabtu. Cadangannya untuk melawat Pokde Fuad yang ketika itu dimasukkan ke wad di SJMC, akibat jangkitan kuman di leher selepas waktu bekerja hari ini. Tetapi, saya perlu singgah di rumah sewa dahulu untuk mengambil buku umrah kerana pada keesokan harinya (Ahad) saya akan mengikuti kursus umrah di Bukit Badong. Sampai di PJ, tengahari yang sangat panas, saya berasa malas untuk pulang waktu itu. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membasuh baju yang seminggu di bakul. Selepas Asar, Mak Ina menelofon saya mengatakan mahu melawat Pokde di Klang. Saya mahu mengikutnya. Jadi, selepas Asar, saya pulang ke kampung tercinta. Sesampai saya di Klang, sudah hampir Maghrib. Jadi, nenek mencadangkan ke rumah Pokde selepas bersolat. Di sana, kami bertemu dengan kesemua anak Tok Ali kecuali Mak Ngah yang tinggal di Kesang. Pak Long datang membawa Tok Ali dan Nenek Sareah, Akak Fiza datang kemudian dan seterusnya Pak Lang dan Pakdik. Keluarga kami juga tidak kurang ramainya, Pak Chim dan Pak Busu juga datang melawat. Pokde, orang doakan semoga cepat sembuh.
Keesokan harinya, jam 7.15 pagi, saya memandu ke Bukit Badong untuk mengikuti kursus umrah bersama-sama dengan Nenek, Mekna, Achik, Achik DD, ibu Achik DD dan Pak Lang Achik DD. Kursus dimulai dengan suntikan meningitis dan kemudiannya kursus bersama Ustaz Sariman memang bagus. Sebelum ini, sudah beberapa kali saya membaca buku kursus umrah yang diberi nenek Sa'abah, tetapi selalu mengantuk kerana kurang memahami. Alhamdulillah, saya lebih faham sekarang. Semoga dipermudahkan urusan kami di sana kelak. InsyaALLAH jika tiada aral, rombongan nenek Rammelah akan pergi dahulu dan selepas itu, baru saya dan nenek Sa'abah akan pergi pula. Sudah mahu mengerjakan umrah saya. Sungguh tidak sangka. Permulaannya, Mak Ina mengajak saya mengikuti bersama-sama rombongan nenek Rammelah dan saya bersetuju. Apabila saya ceritakan kepada Achik Oya, beliau mengatakan yang nenek Sa'abah juga akan pergi dan mengajak saya menemani nenek Sa'abah. Bolehlah saya menjaga nenek ketika di sana nanti kata Achik. Saya bersetuju. Tidak tahulah siapa akan menjaga siapa di sana. Nenek-nenek saya ni iron lady. Lagi kuat dari cucunya. Ayam karenlah katakan. Hehe.
Kami selesai kursus lebih kurang jam 5 petang. Selepas habis kursus, kami ke rumah Pak Long kerana mahu melawat Mak Long yang minggu lepas dimasukkan ke wad. Ketika tiba di rumah Pak Long, Pak Long baru pulang dari kenduri kahwin. Mak Long bertambah sihat dan telah menggorengkan kami karipap. Seharian memakan sahaja. Dari kursus tadi memang makan aje. Hani membuat air sirap yang sejuk untuk kami. Sebelum maghrib, kami pulang ke Klang. Daus telah menelefon dan menyatakan bahawa Pak Chim sudah berada di rumah kami. Malam ini juga terdapat ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Negeri Shah Alam. Kata kawan saya, hampir 30 ribu orang melihatnya secara langsung di Masjid dan hampir 38 ribu orang melihat melalui alam maya. Saya malam itu, menonton Anugerah Juara Lagu bersama adik-adik di rumah. Tidak sepenuhnya kerana saya mengantuk dan tertidur ketika rancangan itu. Saya terjaga kembali setelah diumumkan Hafiz sebagai pemenang. Sempoi dan paling kurang kos untuk persembahannya. T-shirt dan seluar sukan. Mungkin kurang dari RM50 kos baju dan mungkin juga itu merupakan pakaian rumahnya. Langsung tidak memerlukan kos. Fakta mengenai penulis lirik awan nano yang menggunakan nama pena Budi Hikayat yang diberitahu Mekna ialah merupakan Ketua PKR Parit Sulong, Johor. Nasmi Hashim.
Love..
No comments:
Post a Comment