Thursday, October 24, 2024

GISB dan nikmat memilih

Bulan lepas negara Malaysia digemparkan dengan berita penangkapan orang atasan Global Ikhwan dalam Ops Global. Banyak benda-benda yang tak sedap didengar dan dibaca keluar. Global Ikhwan ni taklah benda baru untuk keluarga kitorang. Pak Amjah merupakan salah satu Ahli Lembaga Pengarah juga. Dah lama join dari zaman Al-Arqam.

Alin dan aku dah lama dah perati benda pelik pasal GISB ni masa kitorang nak plan bawa jalan-jalan Ija dengan Atin aku baru-baru kerja. Kitorang amik diorang kat Rawang. Memang shoplot diorang kat situ tempat diorang je ar. Kedai makan, kedai runcit, bakeri, klinik semua kat situ. Aku masa naik atas nak jemput diorang, tengok asrama diorang, sedih kot. Entahlah, kitorang pun tak boleh buat apa masa tu. Bawa diorang jalan gembira kejap je ar. 

Aku kalau tengok diorang duduk dalam jemaah tu, syukur sangat jadi diri sendiri. Diorang takleh buat apa-apa pun sendiri. Takleh nak jadi apa yang diorang nak, takleh kerja sendiri, pegang duit sendiri, beli barang sendiri, makan sedap-sedap. Semua kena ikut jemaah. Sampai nama anak pun, kena dapatkan "restu" orang atasan. Masa tu Alin dah buat research pasal persatuan diorang ni. Memang teruklah, budak2 ni kerja tak dibayar gaji pun. Semua untuk pemimpin. Diorang pula dimomokkan dengan inilah perjuangan yang akan dibayar dengan syurga. Aku malas betul dengan benda2 yang gunakan nama Islam, tetapi belakang buat benda salah. Lagi-lagi berita luar negara yang siarkan. Malu Islam dan Malaysia semua. 

Aku ingat lagi ada sekali kitorang buat program KAMY buka puasa dengan anak-anak yatim, sekali rumah tu pun rumah Global Ikhwan ni punya. Diorang bukan anak yatim pun. Mak ayah diorang kat tempat lain, diorang kena duduk kat situ. Pastu Cik Zah tanya cita-cita nak jadi apa? Budak-budak perempuan tu kata, "Nak jadi bini no. dua." Itu je ar pilihan yang diorang ada. Kesian dekat budak-budak ni. 

Sekarang, dah kena siasat, walaupun banyak benda tak elok keluar, aku harap ada jalan keluar untuk budak-budak yang jadi mangsa mak ayah taksub dengan benda salah sampai rosakkan masa depan anak-anak diorang. Semoga dapat diperbetulkan akidah mereka dan mereka dapat hidup tanpa dinafikan hak memilih dalam kehidupan diorang. 

Ayah aku pernah kata, "Jangan taksub. Dapat ilmu yang betul juga nikmat Allah. Kena syukur. Kita pun tak tahu, apa yang kita tau atau ikut tu betul ke tak? Doa je Allah selalu beri petunjuk ke jalan yang betul." Terima kasih ayah dan mak kerana selalu je bagi peluang kat anak-anak buat keputusan sendiri. Diorang tak pernah paksa kitorang buat apa-apa. Semua benda, bila anak-anak dia buat memang diorang redha je. Alhamdulillah masing-masing jadi manusia, takde jadi beruang. Kitorang ni semua jadi orang memang doa mak ayah je. Lagi-lagi rezeki aku melimpah-ruah ni memang sebab doa tu je. Nak kata aku baik sangat, takdelah. Solat pun lewat-lewat lagi. Nadiah, tahun depan nak 40 dah. Allah kata, kalau tak berubah waktu tu dah susah nak berubah lepas tu. Kau ada berapa bulan lagi ni? Haha.

Semoga mak ayah aku diberikan kesihatan dan umur yang panjang untuk beramal soleh dan sentiasa doakan anak-anak diorang. Semoga aku dan adik-beradik aku pun terjaga iman kitorang sampai kitorang tutup mata. Paling penting jadi asbab pahala yang berterusan untuk mak ayah bila diorang dah takde nanti, anak yang soleh dan solehah. Amin.


Saya




Walaupun nampak cam pregnant

Keluarga

Gembira





Kena peluk sebab taknak cakap Alang

Dah mandi

Nak kena mandi


Love..

Monday, October 21, 2024

Shrek the Musical Theatre

Di Parramatta, ada satu bangunan seperti panggung wayang, tetapi untuk pementesan teater begitu. Riverside Theatre. Tahun lepas, Kumar telah membuat pertunjukan stand-up comedy di sini. Tahun ini di Chatswood.  

Ain tertengok iklan akan ada satu pertunjukan Shrek The Musical di sini. Haruslah tanya kawan-kawan yang lain, berfikir-filir untuk mengikutnya. Layla dan Mira takut bosan. Aku? Jom kan aje. Mengikut MBTI, aku ni bukan plan punya orang. So, kalau last minit ni memang boleh pergi. Hari Khamis borak pasal ni, hari Sabtu malam pergi. Dahlah, pagi Sabtu tu, aku pergi Family Day Clyde. 

My family here


Teman Ain

Dekat Masjid ni. Haha



Overall performance, aku struggle dengan English dia. Nampak sangat aku kurang cakap dan bergaul dengan orang Aussie sampai tak dapat tangkap dialog-dialog diorg. Aku kena improve ni dengan tengok movie yang dibuat kat sini. 

Ahad pula, aku ada kelas renang, pergi solat Asar kat Auburn dan sambut birthday Nga. Penuh jadual hidup hujung minggu. Alhamdulillah. 

Sambut birthday Nga

Ni je ar gang aku



Love..

Sunday, October 13, 2024

Nikmat Sihat Yang Patut Disyukuri

Aku punya target adalah menulis blog setiap minggu. Bercakap apa saja topik. Penting dan tidak. Untuk aku tengok balik perjalanan hidup yang sementara ni. Tetapi, minggu lepas terlepas. So, hutang kepada diri sendiri dua post minggu ini. Mari. 

Ada banyak rezeki yang Allah bagi dekat aku yang aku syukuri. Nikmat sihat antara salah satu. Berdepan dengan orang keliling yang tidak sihat seperti Deekay, Paie, Pak Busu dan beberapa orang lain, nikmat sihat memang aku syukuri. Ayah selalu doa, minta sentiasa sihat supaya tidak perlu susahkan orang lain. Ye, aku doa tu. Alhamdulillah, sepanjang sembilan bulan kat sini, kesihatan aku terjaga. Walaupun berhadapan dengan penukaran musim dan biasanya Nicole akan demam akibat debu bertukar musim, aku masih sihat. 

Dua minggu lepas, kesihatan aku terganggu. Bermula dengan kesakitan badan, demam dan selsema sehingga aku meminta pulang awal dari pejabat. Nasib menjadi kurang baik kerana minggu itu merupakan minggu membuat forecast. Aku tidak mampu untuk bercuti. Selepas pulang awal pada isnin, membuat covid test dan negative, tidur sepanjang malam dan makan ubat, aku ke pejabat esoknya. Aku siap bertanya kepada kak cik, bagaimana cara mahu tidur ketika demam. Al-maklum, tak biasa demam dan nak sembuh cepat. Masih dalam keadaan dedar, selsema dan sakit tekak. Aku bersyukur merasai pengalaman sakit itu. Dapatlah guna ubat dari KL yang diambil semasa mahu datang ke sini dulu.

Semasa menceritakan kepada Deekay, dia menasihati aku untuk mengurangkan aktiviti akibat faktor umur. Aku akui, sekarang masa aku banyak terisi dengan badminton, kelas berenang dan pilates. Terlalu banyak mungkin. Aku telah mengurangkannya setakat ini.  

Ketika aku menyatakan pengalaman merasa kesakitan itu kerana sudah lama tidak sakit, Deekay berkata yang dia sudah lama tidak merasa nikmat sihat. Allah. Selepas pembedahan lapan tahun lepas, aku melihat jatuh bangun seorang Nurul Hafizah menjalani kesakitannya seorang diri. Semangatnya memang kuat dan masih meneruskan kehidupan. Kadang-kadang dia sudah tidak larat mahu bekerja, tetapi memikirkan tidak dapat memberi duit bulanan kepada maknya, menyebabkan dia membatalkan niat untuk berhenti. Jika sekadar meneruskan kehidupannya sendiri, dia masih boleh kerana tidak mempunyai hutang. Cuma, mahu memberi kepada maknya sahaja yang menjadi keberatan.

Allah. Aku pun tak mampu buat begitu aku rasa. Untuk semua kesusahan dan pentingkan mak ko Kay, semoga dipermudahkan urusan, diberi kekuatan dan ketabahan, dirahmati Allah dan dimasukkan ke dalam syurga Firdaus yang tertinggi. 

Candlelight Concert - Tribute to Taylor Swift

Earting lepas balik kerja. Setengah jam pijak rumput

Test  covid. Negative


Love..

Friday, September 20, 2024

Datang dan Pergi

Hari Jumaat biasanya kalau takde meeting kat Unwin, adalah hari aku bermalas-malasan kat Station Street. Boleh masuk pukul 9 pagi. Gitu aku punya malas. Haha.

Tengah-tengah buat kerja, Mira text aku. Dia macam down lately, sebab  senior engineer dia nak resign. Dia rapat dengan George tu. Penyejuk mata dia kat pejabatlah. George dengan Adam. Kalau Layla, sparky dia, Peter Gunn dengan Walshy. Aku? Evan je ar. Haha. Bos sendiri Ian pun macam ada takde je. 

Mira text aku kata dia rasa sakit dada sangat. Dia sedih George nak pergi. Semalam dia terjaga dan menangis meraung-raung. Dia pun tak tahu kenapa. Dia kata sampai fikir nak datang rumah aku juga. Dia borak bagitau kawan dia, kawan dia kata ada benda lain yang tak settle ni. Sebab masa dia cerai masa tu pun dia tak nangis. Ni sebab George dia nangis beria-ia. George tu dah kawen kot. Dia pun tak tahu kenapa. Aku memang nampak dia sugul bila dia keluar makan malam dengan aku dengan Layla Selasa lepas. Dia cuba menjadi ceria, tapi masih nampak kesugulan tu. Aku bagitau dia, pastu dia kata, ada budak pun tegur dia juga. 

Sedih aku tengok dia sedih. Oh, macam ni perasaan sedih  tengok orang sedih dan kau takleh buat apa. Sebab Mira ni baik. Dia versi Sity, tapi mulut tak laju sangat. Jenis lurus. Macammana aku boleh cakap dengan Sity jujurnya apa je aku rasa, aku boleh cakap dengan Mira juga. Dan diorang sama rupanya, bercerai. Sebab tu rasa dekat kot. 

Aku text dia, nak talk over coffee tak balik kerja ni? Dia tak reply. Balik kerja tu, aku belikan dia coffee dan nak bagi dia. Dia tak reply juga message tanya kat mana. Aku call dia tak angkat. Aku pergi rumah dia, selang dua blok je dari ofis. Dia takde kat rumah. Aku pun takpelah. Takde rezeki nak bagi dia. 

Masa aku terfikir nak bagi dia kopi tu, aku betulkan niat. Aku dengar Ustaz Wadi kata, nak buat apa-apa kena ikhlas kerana Allah. Aku kadang-kadang terpesong juga, dalam hati nak orang tengok aku baik. Aku pun tak tahu bila lahir perasaan tu? Sebab aku pernah rasa tak puas hati dengan Chin sebab kerja ofis. Aku jarang nak rebut kuasa dan nama ni, sebab bukan nak naik mana pun. Tapi, lately macam sikit-sikit dah terasa. Dah lain hati ni. So, sekarang kena niat betul-betul nak tolong sebab Allah. 

Masa aku beli kopi tu, dia tak reply. Pergi rumah dia pun dia takde. So, aku pun takpelah balik je ar. Niat ko buat memang sebab Allah, so outcome dia Allahlah yang bagi. Takde rezeki Mira nak dapat kopi dan aku doa je kat Allah masa jalan tu, moga Allah sembuhkan dia dan beri dia jalan keluar. Dah nak sampai kat traffic light, aku nampak Mira tengah tunggu lampu hijau nak cross dari seberang jalan. SubhanAllah. Kau memang doa je. Allahlah yang bagi pengakhirannya. Aku jumpa dan bagi dia kopi. Peluk dia sikit, kitorang borak sikit dan dia sahkan dia okay je, aku pun balik. Dan masih lagi berdoa dia akan okay. 

Aku pernah menangis teresak-esak dan rasa sakit dada sangat. Masa aku dengan Syam dulu. Pengalaman yang Allah bagi aku rasa perasaan suka, cinta, sakit, rindu dan melepaskan sesuatu yang bukan untuk aku. Alhamdulillah untuk semua kenangan itu. Ya, manusia datang dan pergi dalam kehidupan kau. Nikmati saja perjalanan sekarang. 

Dua minggu ni je tiga solat sunat ghaib aku buat. Untuk Suhaila, Mak Sal dan abang ipar pakcik. Kematian selalu mengingatkan kita untuk menghargai orang sekeliling.

Ada cerita gempar pasal GISB. Kena buka entry baru pasal tu. Tengah nak konsisten menulis seminggu sekali. Doakan. 

Alhamdulillah. 

Love..

Sunday, September 15, 2024

Ilmu

Hari ni lepas kelas berenang, seperti biasalah makan dekat Lemak Manis Cafe. Layla kata dia ajak Mervin. Engineer dari Sustainability Team. Umur lebih kurang Layla juga rasanya. Dia last day kat Sydney Jumaat masa tu. Kira farewell dialah ni. 

Sebab diorang semua engineer, diorang borak benda teknikal. Aku dengar je ar. Mervin akan pergi Tasmania, buat power plant kat sana. So, kerja tanah pinning and blasting camtulah. Dia pergi sana sebab Kobi yang bawa. Mira cerita masa dia jaga Conlay dulu, Kobi punya nama ni memang terkenallah. Tak cakap CM Conlay tak bagus, tapi Kobi lagi performlah. Aku setujukan je. Pastu Mira cerita rock slip kat Chan Sow Lin, even dah delay, tapi Kobi boleh catch-up balik progress. 

Dia ceritalah technical kenapa boleh jadi rock-slip tu. Aku dulu pun takdelah sibuk2 hal tu sebab nina yang jaga. Mira cerita sebab design. Diorang design dekat slab dia macam masuk sikit ke dalam tanah. Aku pun katalah, shear key. Sebab aku jaga slab mula2 tu. Mira ya kan dan terus guna perkataan tu. Menarik juga bijak ni. Kau boleh tolong orang. Hehe. 

Bercakap pasal bijak ni, aku teringat forecast meeting dengan Mechanical Team aku. Bulan ni forecast meeting dengan team mechanical pecah rekod. 4 jam 20 minit. Allocation time dua jam je. Pening kepala aku tengok engineer ni. Banyak sangat alasan untuk kerja dia ni. Ada je jawapan dia bagi, kata banyak kerjalah. Tak sempat buatlah. Everytime meeting dia je overrun. Ada sekali meeting Evan marah, tapi dia buat rileks dia je. Pastu Evan dah tak marah-marah dah. Tau je, kalau marah pun tak jadi menda. Tak makan saman punya orang. Sebab kau tak perform, kau amik masa orang berlama2 nak tengok cost code kau je. Pastu tak rasa bersalah. Minta jauh dari perangai camni. 😭😭

Aku kalau tengok orang2 tak perform dan menyusahkan orang lain ni, selalu reflect diri sendiri. Aku ni tak berapa perform sangat juga sebab selalu tak fikir panjang, tapi aku harap aku tak susahkan orang lain. Walaupun ada banyak kali tanya orang keliling, harap2 diorang tak rasa aku menyusahkan. Dan setakat kerja ni, takde pula aku dengar, aku teruk. Aku takdelah perform sangat yang boleh bagi impak, tapi takdelah sampai menyusahkan orang keliling. Tak meet expectation yes. Hehe. 😂😂

Aku selalu doa aku akan buat kerja dengan itqan. Tapi tulah. Kalau dah jadual hidup kau sama je takde perubahan. Tidur, bangun, pergi kerja, tengok telefon, tidur, bangun, pergi kerja ulang semua je. Kau ingat kau akan improve? Masukkan elemen-elemen membaca, bersenam dan muhasabah diri dalam kehidupan juga. 

Makan kat Lemak Manis

Dia dah dapat lesen motor kat sini

Macam gadis litar tak? Haha



Love..