Monday, June 23, 2025

Tanggungjawab - Cost Controller

Diam tak diam, dah setahun setengah dekat Australia. Mula-mula dulu, nak cuba untuk habiskan project sini je, dalam dua tahun project ni habis. Sampai sini, ada extension of time pula. Which is baguslah untuk aku. Boleh stay lagi sini. Sebab Gamuda tak menang lagi apa-apa projek sekarang. Memang satu ni je ar. Lepas tu, ada beberapa shortlisted untuk project dam ataupun hydro. Biasa projek macam ni, dia akan jauh ke dalam pedalaman. Tengoklah camne nanti. Fikir lepas dah habis WTP ni.

Apa yang aku nampak setahun ni? Atau apa yang aku jadi setahun setengah ni? Basically, masa setahun yang lepas, kerja aku senang sangat. Aku memang rely on Evan sebab mostly budget dia yang jaga. Aku macam tak improve sangat knowledge aku. Tak deal juga dengan orang putih sangat, sebab bos aku Ian macam ada takde je dengan aku. Which is aku pun tak tau bagus ke tak. Aku buat kerja aku, dia tak kacau pun. Tapi, bila ada benda nak kena verify dia, banyak pula salah aku. Nampak tak, sebenarnya kau tak bagus pun. Cuma takde orang tengok, jadi nampak kau buat kerja okay je. 

Tahun ni, aku dah kena berdiri atas kaki sendiri. Evan dah kena transfer pergi tender team. Aku risau gila sebab UGS04 mostly dia yang jaga. Aku tolong run summary je. Yang masukkan ganti Evan, Tom dari Westmead. Dulu Project Manager Pei Wen. Pei Wen kata, Tom okay. Alhamdulillah, memang okay. Cuma lain cara Tom dengan Evan. Aku kena adjust cara approach dengan Tom ni. Kalau Evan, aku cakap sikit, dia dah faham apa aku nak or dah conclude apa aku nak. Pastu dia akan setuju or tidak dengan suggestion aku. Lain sikit dengan Tom, dia akan tunggu aku explain sampai habis. Baru dia akan react. Aku kena habiskan sentences aku tu. So, memang kena buat ayat complete. Haha. Dah lama sangat berdendang-dendang, memang sengaja diletakkan Tom tu untuk kau improve sikit English tu.

Tom Olorenshaw

Pastu sekarang Ian dah takde. Aku bawah Chin, apa-apa aku liaise dan harapkan dia. Ada beberapa isu, aku akan tanya dia. Yang major issue dia tolong settlekan adalah nak bayar subcon Furnace untuk repairing works after completion works. Mula-mula aku issue zero certificate sebab operation aku tak nak bayar. Lepas discussion antara subbie dengan Chin, Chin setuju untuk bayar sebab contract macam tak kuat dekat kitorang. Benda tu, grey area. Pastu masuk forecast, bila report overrun sebab tu, management minta review balik. So, adalah discussion dengan Tom, Rob (Plant Manager), Ahmed, Michael Zilman dan Chin on how to pay. Decide untuk bayar partially dulu. Waktu balik dari pejabat, Chin bagitau aku, lepas ni you manage yer you punya subbie. Haha. Dia tolong yang ni je. Lepas ni aku kena buat sendiri. 

Mula-mula fikir, asal pula? Kau kan bos aku, tapi fikir balik. Sudah-sudahlah bergantung dengan orang Nadiah, buatlah sendiri. Apa je yang akan jadi kalau kau settlekan sendiri? Mula-mula memanglah rasa takut, lama-lama akan biasa kot. Takkan lepas dua tahun kat sini, ilmu kau masih macam masa-masa kau datang dulu? Chin pula tak macromanage, banyak je benda dia let go. Pastu, kalau aku bagitau salah aku, dia tak blame pun. Dia kata, amik ini as lesson learnt. So, amik peluang ni. 

Farewell Justin. 

Aku baru-baru ni tengok interview Seohyun dengan Yoo Yeon Seok, dia kata sekarang dia dah outgoing sikit compare dulu. Haah, aku pun boleh tengok masa dia shoot We Got Married, sangatlah tertutup personality dia. Sekarang, macam lebih easygoing. Dia kata, dia fikir juga setiap kali, dia susah nak approach orang, dia selalu dengan unnie2 dia je. So dia buat macam mission untuk diri sendiri. Dia minta no telefon dan keluar makan dengan senior. Dia buat dalam 10 tahun macam tu. So, sekarang benda tu dah normal untuk dia. Tak susah sangat dia nak approach orang. Dan surprisingly, MBTI dia extrovert. Kalau aku tengok We Got Married, macam introvert. Susah diapproach. Memang Yonghwa dulu have a tough timelah dengan dia. Dahlah kena jadi suami isteri. Haha. 

Sama juga macam aku tengok Resident Playbook. Bila dah ending drama tu, sebelum diorang masuk Tahun Kedua, diorang recap dari mula-mula diorang masuk yang tak tahu apa, tak nak pergi kerja, selalu kena marah, selalu minta tolong senior dah bertukar jadi someone yang ada improvement throughout one-year tu. Dah seronok pergi kerja, boleh settlekan case sendiri, nak join tulis paper dengan Prof dan dah boleh berlawak sebab sebelum ni macam kaku je Sabi tu. Nampaklah berubah tu. So, Nadiah dah setahun setengah kat sini. Apa je yang kau berubah? Kalau tak banyak sangat, sila rancang untuk setahun akan datang. Rasanya selalu dah tulis. Tapi, tak tau bila nak startnya. Umur dah 40. 




Love..

No comments: