Friday, June 20, 2025

Badminton di hari Khamis

Dah lama tak join main badminton, last week Yeaw ajak pergi. Dia kata, 'Nadiah, you dah lama tak exercise, come.' Aku balas, 'You nak kata I gemuk ke?' Haha. Senyap member tak reply. Dia berlalu pergi sambil tersenyum. Oleh sebab Yeaw, aku bagi mukalah. Join juga main. Ramai giler hari tu. Patrick dapat pass pergi. So, memang boleh rileks2 ar main-main. Lepas main, eh menarik juga. Bagi berpeluh sejuk-sejuk ni. Kalau dekat rumah, aku kerja berhibernisasi dalam selimut saja. Malas nak marah dengan diri sendiri. Nak pasang heater, bil letrik kat rumah aku dah seratus lebih sebab aku pakai dryer. Sejuk-sejuk ni, baju macam rasa lembap-lembap je jemur kat luar tu. Terus aku masuk dryer malas nak fikir baju mengecut ke, lantak situ. Minggu lepas, aku ajak Grace juga. Dia pun gigih dari Town Hall terus naik train sampai court. Kena ganti bas dan jalan kaki sikit. Layla pun join. Sebenarnya nak catch-up je dengan Malaysian ni. Boleh borak-borak sambil peluh sikit sambil tak duduk dalam selimut. Haha. 


Jadi, minggu ni aku masih semangat nak pergi walaupun Layla dengan Grace tak join. Dah boleh-bolehlah buat benda yang kau suka walaupun takde geng. Aku nak pergi dengan Yeaw sebab dari Station St hari ni. Ada meeting dengan finance. Dah sampai kat rumah Yeaw, dia kata naik dengan Nga sebab Amelia balik lambat. Bila Nga sampai, Yeaw kata, 'Nadiah you duduk depan'. Haruslah aku taknak. Kenapa pula nak duduk depan? Dia kata, 'Belakang sempit sikit.' Cepat-cepat aku buka pintu belakang dan masuk je duduk. 

Minggu ni ada enam orang je. Haha. Inconsistent punya participants. So, ada orang akan main single je. Tengah-tengah main, Hew jumpa subcon dia tengah main juga tunggu court diorang. Hew pun ajak main dengan kitorang yang single game ni. Aku team dengan David ni, dari Zoomwave. Habis dah main, aku nak pergi duduk rehat kejap, dia boleh kata dengan aku, you go and keep on drilling. Aku terstop kejap kat situ, pastu bagi mukalah sebab tadi tak berpeluh lagi. Aku pun main-main service dengan Yiwen. Budak ni punya skill pegang racket memang cantik. Service je nak kena mantapkan sebab dah lama tak main. Tapi, teknik tu memang top notch. Aku tengok pun kagum. Dia kata, dulu masa high school dia belajar main. 


Dalam kereta nak balik, Nga hantar aku dengan Yeaw dan lalu depan apartment aku. Time tu pula lampu isyarat merah, aku pun kata dengan Nga, 'Takpelah Nga, I lompat je dari sini.' Pastu Yeaw menyampuk, 'Time tadi main dengan Mohan taknak lompat.' Haha. Aku gelak je. Hari ni first time pair dengan Mohan. Aku tengok bola tu jatuh je, malas nak kejar. Kalau dengan Yeaw atau Nga, diorang dah redha je aku malas lari. Mohan dia suruh aku kejar dan lompat amik bola. 

Aku tengok budak-budak cina ni diorang main badminton pun beria-ria. Aku main-main je. Dalam hati kadang-kadang, 'Bestnya kalau life aku ada eagerness buat sesuatu benda tu'. Mesti lagi meaningfull. Most of kerja aku, takdelah tak buat betul-betul, tapi takdelah sampai bersungguh-sungguh. Entahlah, kalau memang bukan sifat aku, takyah paksa kan? Aku pernah tanya ayah, apa je yang diorang boleh tengok Islam ni dari aku? Diorang punya attitude tu memang dah lagi baik. Ayah kata, buat baik je. Yang tu tak payah fikir. Hidayah tu kan Allah yang bagi. Lebih kurang gitulah. Cukuplah diorang tak prejudis dengan Islam tu. 

Untuk semua hal ini, marilah berdoa menjadi semakin bermanfaat untuk orang lain. :) 

Love..

No comments: