Sunday, January 26, 2025

Team baru 2025

Tahun lepas sehingga bulan Mac, aku tidak mengetahui kepada siapa aku direct kerja. Kerja aku memang selesai sendiri sebab aku banyak deal dengan project manager. Bila nak present tu memang senanglah sebab Evan atau Daniel yang akan present. Lepas tu, subbies yang besar-besar Chin yang jaga. Start tahun lepas, aku dah amik few  Payment Schedule untuk buat. Setakat ni manageable lagi. Walaupun nampak macam tak banyak kerja sangat compare to Malaysia, masa aku kat ofis memang digunakan sepenuhnya sebab aku nak balik on time. 

Tahun lepas, Ian cakap dengan aku dan Nidhi, kitorang akan under Chin this year. Aku, Nidhi, Sylvia dan Justin. Aku dok budget, Chin akan naik managerlah kot. Tapi, lepas tahun baru ni, dia kata dia tak naik pangkat pun. Kerja tambah banyak, tapi tak naik pangkat ni memang tak patut. Chin rileks je, aku pun malas kisah. Pastu Chin nak cuti sebulan ni, dia buatlah meeting dengan Justin dan aku nak handover. 

Banyak kerja dia, dia minta Justin yang amik. Aku okay je ar. Mana aku pernah kisah orang lain nak naik dulu atau tidak. Justin ni introvert kot. Aku duduk sebelah dia memang tak bercakap apa. Aku tanya dia soalan je, dengan good morning dan see ya je setiap hari. Memang takde keluar butir dari mulut dia. Kalau dulu kat Malaysia, mesti aku dah bosan pergi kerja dapat officemate macam tu. Tapi, kat sini tenang je terima semua tu. Sampai aku pun kadang-kadang malas nak minggle dengan orang. Buat je kerja aku. Justin ni pa sejenis perform kot. 

Chin nak cuti sebulan start minggu depan. So, dia nak buat dinner sekali dengan team dia. Dia minta aku arrangekan. Aku sampai tempat tu dulu Jumaat petang. Tak tahu aku nak borak apa dengan diorang ni nanti. Orang kedua yang datang, Justin. Lagilah aku tak borak apa. Tapi, orang macam ni, dia okay je senyap2 ni. Pastu baru Chin dengan Sylvia dan Nidhi. 

Mujurlah Nidhi banyak cakap. Extrovert. Diorang cerita, Ian dah 20 tahun dengan Laing O’Rouke so dia nak cuti dua bulan July dengan Aug nanti. Kat sini, setahun dua je diorang. Kalau lebih lima tahun tu kira lamalah. Justin nak masuk dua tahun dengan Laing O’Rouke, aku tanya dia ada nak keluar ke? Dia senyum je. Ko ni, dia keluar, ko yang kena buat kerja dia nanti. 😂😂

Tak banyak pun borak, masing-masing tak rasa geng sebab bukan culture sini korang rapat-rapat dengan kawan kerja. Aku pun malas nak beria-ria borak. Dah termasuk culture kat sini. At least Chin start somethinglah. Ni kira get-together commercial yang pertamalah sepanjang aku kat sini. 

Mari berdoa aku bekerja dengan lebih itqan. Aku dah dengar orang kata aku underutilised. Aku rasa dah sehabis baik dah buat kerja. Takpe, kita usaha lagi tahun ni. 

 Chin, Sylvia, aku, Justin dan Nidhi



Love..

No comments: