Thursday, January 16, 2025

Misi 2025

Saya hampir tiada masa berehat di Malaysia. Malam tahun baru pun saya tidur sahaja di bilik seorang diri sambil terjaga akibat bunyi bunga api menandakan telah bertukar tahun. Terjaga dan kemudian menyambung kembali tidur. Seharian berjalan di siang 31hb itu bersama Liza menghambat tenaga saya yang tahun ini memasuki angka 40. Dimulakan dengan menghantar telefon paie yang rosak di Seksyen 13, makan di Bukit Jelutong, mencari baju raya tema hijau di PKNS dan mencari kedai urut di Seksyen 7 tetapi penuh. Saya sampai di Klang hampir jam 9 malam. 

Tertukarnya tahun malam itu, langsung tidak memberi kesan kepadaku. Saya cuma melaluinya sama seperti bertukar dari hari Selasa ke hari Rabu. Haha. Aku perlu duduk dan berfikir apakah langkah yang saya perlu lakukan untuk tahun ini dan seterusnya. Sesuai dengan abad yang baru. Saya berasa kagum dengan perancangan cuti hujung tahun yang saya buat dan berjaya ikut. Jika saya melakukannya dalam setiap keadaan, aku pasti hidup saya lebih terarah. Kematian Prof Kamil dan pembacaan saya terhadap apa yang ditulis oleh orang lain kepadanya memberikan sedikit pencerahan dan motivasi untuk saya memikirkan masa depan dan legasi untuk ditinggalkan. Walaupun tidak pasti selama mana fikiran ini mampu bertahan di dalam kepala. 

Untuk permulaan azam tahun baru 2025, ada beberapa benda yang spontan saya mendapat idea untuk membuatnya iaitu :- 
  1. Saya telah mendownload apps Target Khatam atas ceritaan Liza yang telah berjaya mengkhatam Al-Quran pada tahun lepas menggunakan apps ini. Jadi, ayuh kita. 
  2. Saya mahu mengurangkan berat badan ke 59 kerana sekarang sudah ke 67kg. Saya mahu mengekalkan berat badan di angka 50++ sahaja.
  3. Mahu memasukkan aktiviti lifting weight dalam senaman saya untuk mengelakkan kecedaraan semasa tua dan meningkatkan density tulang saya.
Itu dulu untuk yang tidak memerlukan saya untuk berfikir. Saya pasti akan mengambil satu hari untuk duduk dan berfikir apa yang saya mahu capai di tahun 2025 ini. 

Alhamdulillah saya kini sudah berada di Sydney. Malam pertama 2025 di atas katil yang baru ditukar cadarnya kerana tidak sempat menukarnya sebelum pulang ke Malaysia Dec 2024 lalu. 

Mendoakan semua ahli keluarga, sahabat dan semua pembaca blog ini yang budiman sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah di dunia dan akhirat. 



Jumpa next Dec dah boleh lari kot ni

Gigihlah masing-masing datang ngator aku


My syurga. :D

My love

Driver baru atok

Love..

No comments: