Saturday, January 25, 2025

Picnic di Aussie

Engineer aku yang comel telah membuat sambutan hari jadi isterinya bertemakan picnic. Tema picnic? Apakah. Menarik sungguh sambutan kali ini. Teringat aku keluarga belah emak yang rajin membuat perjumpaan dengan bersarapan di Tasik Shah Alam. 

Sebenarnya bukan nak cerita pasal picnic, nak cerita pasal Daniel. Daniel ni jenis baik. Sejenis tak kisah apa pun. Dia dengan Chang memang bestfriendlah. Daniel ni punya baik, belikan kicap untuk Faie, dia taknak duit pun. Aku pun belanjalah dia Lanzhou ada sekali malam tu. Lagi pula, dia tak dapat bonus tahun lepas sebab bos dia review dia teruk. Tak senonoh punya bos. Dahlah kalau tak dapat bonus, increment pun tak dapat. Menanya orang betul.

Pastu, Daniel ni jenis tak kisah. Aku mula-mula datang sini memang senang sebab kitorang banyak buat benda sekali. Nak pindah dari rumah yang gamuda bagi ke rumah yang aku sewa, dia call Yen Shyong dan bawa barang dan aku pun tumpang sekali. Senang banyak kat aku. 

Tahun lepas, Layla dan Daniel ada isu. Aku tak boleh nak back-up kawan dan tak kawan dengan Daniel sebab isu dia dengan Layla, bukan dengan aku. So, aku masih kawan macam biasa dengan Daniel. Layla memang tidaklah. Dia seboleh-boleh lari dari Daniel. 

Tadi masa nak pergi picnic, Daniel bawa kami naik kereta Nga ke tempat picnic sebab kalau naik public transport, kena naik ferry bagai. Memang tidaklah kami ye. Yeaw dah siap2kan transportation untuk kitorang. Nga pula balik Malaysia dan dia park kereta dia kat parking Daniel. So, lagi senanglah kami nak guna keretaa. Tengah aku nak turun pagi tu, Layla text dan kata dia dah kat dalam kereta dengan Daniel. Aku terperanjat sikit, tapi buat biasa je ar bila dah sampai kereta. 

Dalam kereta, on the way nak pergi dan balik, Layla dah boleh cakap dengan Daniel. Masa picnic pun dah boleh melawak. Benarlah time will heals. Aku pun syok dengar dah boleh berborak. Kau kena jadi baik dan berlapang dada je. Tak ke mana sengketa tu. Tapi, terpulang pada diri sendiri. Aku syukur sangat diorang dah okay. Sebab masing-masing baik. Cuma manusia, memang tak lari dari buat salah. Apa yang penting, masing-masing belajar dari kesalahan tu. 











Menariklah picnic ni. Aku macam nak buat aktiviti bulanan. Nak baring-baring je sambil baca buku sebab redup dan tenang je. Masa untuk kurangkan masa menghadap telefon. 

Love..

No comments: