Friday, June 28, 2024

Warisan peninggalan

Saya sedang mencari budget asal untuk cost code untuk Rosehill (UGS04). Saya telah bertanya kepada Chin, tetapi dia tiada katanya. Tiada pilihan, saya terus bertanya kepada Project Manager, Evan. The good things about Evan adalah dia very cooperative dan bijak (macam Ai Tee) always have the visions, how to go about it, tak takut buat keputusan, be responsible on the decision, jaga dia punya budak dan ada beberapa lagi trade2 yang bagus as a good leader. Alhamdulillah dapat dia.

Selepas bertanya kepada Evan, dia cuba mencari maklumat tersebut melalui e-mail, dan saya ternampak goodbye e-mail dari cost controller sebelum ini, Lorna. Lorna menulis kata2 tinggalan di hari terakhir dengan mengatakan dia gembira bekerja dengan team Rosehill. Ya, saya boleh mengakuinya kerana saya juga gembira bekerja untuk Rosehill (UGS04) - Evan seorang je pun.

Di dalam hati saya terfikir, adakah saya telah meninggalkan kesan seperti Evan dan Ai Tee apabila orang lain meninggalkan saya atau saat saya meninggalkan mereka? Adakah kerja saya meninggalkan impak kepada orang sekeliling saya? Di Sydney, kadang-kadang saya merasa kecil sahaja. Kerja saya tidak perlu kepakaran yang tinggi. Saya belum berjumpa jalan untuk menjadikan impak besar untuk apa yang saya buat. Lebih kepada mendengar arahan dan meneruskan kerja orang sebelum ini. English pun tak berapa nak bagus kerana bergaul dengan Malaysian je. Pernah sekali, saya tidak berjumpa perkataan di dalam kepala untuk memanaskan lauk apabila Evan bertanya saya di pantry dan membalasnya  “I’m hot.” Kerana ayat panas yang teringat waktu itu adalah hot. Selepas 5 saat dia pergi, baru dapat perkataan heat-up. Haha. Lantak situ. Evan rileks je faham saya. Biasanya perasaan merasa kecil itu, saya biarkan sahaja tanpa mengentertain, menganalisa atau membuat apa-apa.

Allah mendengar suara kecil saya. Jumaat itu, seorang Malaysian yang rajin melayan saya Sashi, datang ke tempat kami berborak dengan isu-isu cuaca dan keluarga di Malaysia. Saya berjumpa dengannya semasa training Tunnel Boring Machine lalu. Sashi selalu ke Melbourne untuk tender project di sana. Sashi memberitahu, dia baru pulang dari Melbourne dan berjumpa dengan bos saya di sana, Steve. Sashi memberitahu perihal saya kepadanya. Dan, Steve menyatakan betapa baiknya saya dan give a good review on me kepada Sashi sehingga dia kagum. Haha.

Dulu masa kat Malaysia, Warda pun pernah bagitau yang Steve suka dekat saya sebab katanya saya polite gitu. Saya gelak je ar. Mana saya melawan sangat Steve tu bila dia minta apa-apa. Saya buat je. Biasanya level ketakutan mengadap dia tak seteruk Ai Tee sangat kena dengan Steve. Dia tak berapa expect kita bagus sangat sebab junior level berbanding senior level. Walaupun bukan sebab kerja saya bagus (which saya harap dapat give that impression to others), a good attitude pun a good reason untuk tinggalkan impression orang lain terhadap saya. You just doing good Nadiah. Keep it up and be better. Adalah sebab kenapa Allah letak kau dekat bumi kangaroo ni. Cari.

Ni je ar set keluar rumah skang. Puffer

Yang ada glove tu ar Evan

Jumpa Kak Anne jaga kucing dekat sini

Aktiviti baru. Best sebab dapat cahaya matahari. Tak best sbb tak pandai

Vivid 2024

Mak. Minta cili, tisu, lauk bekal etc

Raya haji masa tu pergi rumah Hamzah

Nilah Sashi. Dia yang jumpa Steve

Love..

Monday, June 17, 2024

Bertambah / berkurang umur?

Alhamdulillah segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam. Saya telah menyambut ulangtahung ke-39 di perantauan. Semakin lama, saya rasa tidak merasa perlu untuk menyambutnya kerana umur saya berhenti di 27 tahun. Hehe. Saya tidak gemar orang meraikannya kerana saya tidak ingat birthday orang lain. Haha. Boleh tak tak perlu sambut saya sebab nanti birthday awak saya terlupa, takdelah ralat sangat?  

Tetapi, mana mungkin saya menolak jika ada yang mahu meraikannya. Pertama-tama haruslah Ai Tee yang gigih meminta tolong Nga membelikan kek untuk saya. Saya sudah pesan kepadanya jangan berbuat apa-apa di pagi itu, tetapi Ai Tee, mana mungkin dia duduk senyap je kat Malaysia tu. Datanglah kek dua ketul atas meja saya. Hari tu pula Khamis, kami ada badminton selepas waktu pejabat. Lepas main badminton, Nga dengan Yeaw ajak makan. Diorang nak belanja. Layla, Grace dan Amelia pun join sekali. Amelia mula-mula taknak join sebab dah makan dan nak tidur. Lepas bagitau birthday aku, dia pun join sekali. Mekna pun call time tu. Sempatlah cakap sekejap video call. Makan dekat restoran korea halal dekat Parramatta.

Esoknya malam, Nicole, Pei Wen, Lin San dengan Lu Ling pula belanja. Dekat Temasek dan sambung makan aiskrim pula. Alhamdulillah untuk nikmat kawan-kawan ni. Saya pun tak tau nak balas macammana. Sekarang kat sini, memang bawa diri masing-masing je. Kalau diorang ajak pergi mana-mana, dan saya tiada program, kita proceed. Kalau tak, kata je tak dapat join. Ada masa memang selalu dengan diorang. Ada masa, tak jumpa langsung. Kita tenang2 je dekat sini. 

Masa makan dengan Amelia, dia tanya apa wish saya untuk tahun ni? Saya pun terfikir sekejap. Jarang berfikir selama ni. Apa je yang saya nak? Banyak sangat nikmat yang Allah bagi. Rasa macam nak bersyukur je sekarang. Nikmat Allah dengan apa yang saya buat untuk Allah tu macam tak balance je. Saya buat sikit, Allah bagi banyak giler kot. Yeaw doakan saya kaya sebab saya mengadu dekat Mr. Ti (dalam whatsapp group) yang saya tak kaya. Kalau kaya boleh balik Malaysia 3 kali setahun dan pergi Europe trip. Merujuk kepada Nga yang kerja balik Malaysia je sebab ada awek kat Malaysia dan Yeaw yang baru balik dari Europe trip sebulan kat sana. 

Tapi, benda kaya ni akan datang dengan tanggungjawab. Kerja diorang banyak kot. Lagi banyak dari kat Malaysia. Saya pula, tenang-tenang je kat sini. Adalah 30% dari apa kerja yang buat kat Malaysia. Ko nak tenang-tenang dan kaya, dia tak selari yer. Melanggar sunnatullah namanya. Haha. Alhamdulillah, ada lebihan juga saya kat sini. Tak banyaklah macam kawan saya ingat puluh2 ribu. Walaupun seribu dollar je extra, kalau transfer kat Malaysia, dapat tiga ribu RM. Okaylah. Alhamdulillah. Sekarang tengah kumpul duit untuk hantar mak dengan ayah pergi haji pakej. Semoga diorang dapat pergi dalam masa terdekat ni.

Cita-cita untuk saya tahun ni, semoga sentiasa sihat selalu kat sini, rajin solat awal waktu, tak bazir masa banyak sangat tengok telefon, rajin baca buku, jadi cost controller yang bertanggungjawab dan tingkatkan diri untuk menanam cita-cita yang tinggi dalam hidup dunia dan akhirat. 

Kek terbang dari Malaysia

Layla dan Ain


My ex and current engineers

Geng Cost Controller plus commercial


Second round

Love..

Friday, June 14, 2024

Berjaya membuka semula blog

Sudah lama saya tidak mencoret di sini. Kebanyakan cerita saya simpan di instagram. Tetapi, saya masih mahu membaca hasil tulisan yang tiada batasnya di sini. Ditambah pula, Nafisah pula memberitahu, dia menantikan post saya di sini. Terimalah sayang, untuk peminat. Haha. 

Terlalu banyak benda terjadi tahun ini. Saya kini menjadi anak perantau di Australia. Alhamdulillah untuk semua nikmat yang Allah berikan. Cita-cita selama ini tercapai. Tiada kata puji-pujian untukNya. Saya jarang bercita-cita besar. Tetapi, Alhamdulillah kehidupan saya dipandu Allah dengan sehabis sempurna. Tahun-tahun sebelum ini, saya cuma punya dua cita-cita iaitu bekerja ke Australia dan mahu berkahwin. Selepas Allah memakbulkan impian saya yang satu ini, saya bersyukur sehingga tidak mahu meminta impian yang satu lagi. Siapalah saya yang hanya biasa-biasa sahaja ibadahnya mahu meminta lebih-lebih? Tetapi, saya kerap kali terbaca pesan Rasulullah s.a.w, jika inginkan sesuatu, minta yang paling besar seperti bila meminta syurga, syurga firdaus. Juga terbaca yang Allah bertindak mengikut sangkaan hambaNya. 

Jika mengimbau kembali perjalanan hidup saya semasa sekolah menengah, saya berpindah ke kampung di Melaka kerana jika saya bersekolah di Klang, saya perlu menaiki bas dan sepupu saya juga bersekolah di Jasin waktu itu. So, ikut orang juga. Haha. 

Selepas tamat sekolah menengah, semasa mahu mengisi borang memohon ke universiti, kawan Achik Iza mencadangkan untuk saya mengambil Quantity Surveying kerana matematik saya kuat. Saya hanya mengisi tanpa banyak bicara. Saya diterima di UiTM Sri Iskandar. Selepas diploma, ayah dan emak tidak memaksa atau menyuruh saya menyambung pelajaran juga. Tetapi, melihat kawan-kawan menyambung, saya turut menyambungnya kerana memikirkan jika saya menyambungnya di kemudian hari, saya akan keseorangan. Baiklah bersama teman-teman sekarang. Nak buat assignment pun senang nanti. Maka, saya menyambung degree di UiTM Shah Alam.

Semasa di semester akhir, Miera mengajak saya menemaninya ke interview Gamuda. Saya yang biasa-biasa sahaja pada awalnya menyangka tidak layak masuk ke company besar itu dan tidak bercita-cita mahu pergi. Tetapi disebabkan Miera tiada teman, saya menemaninya juga. Lagipun mahu mengambil pengalaman interview kerja. Lepas ni nak keluar cari sendiri. Perancangan Allah, saya diterima bekerja di Gamuda. Semasa mendapat panggilan telefon dan mengatakan saya berjaya, saya berharap Miera juga mendapatnya. Tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengannya jika dia tidak dapat sedangkan saya pergi menemaninya. Alhamdulillah Miera dapat sekali jadi Gamudian.

Di Gamuda, perjalanan saya tak sukar sangat dan tidak juga mudah sangat. Cukuplah mematangkan dan menjadikan Nadiah hari ini. Dikelilingi dengan ramai orang yang baik hati, engineer yang membantu, company yang menjaga hal-ehwal pekerjanya (walaupun mereka kata, dia akan jaga type C sahaja, sebagai type M yang bekerja di situ, secara tidak langsung, saya juga turut terjaga. eg: Vaccine, bonus, incentive dan lain-lain.) dan bos yang efficient. 

Perjalanan dengan Ai Tee ada bermacam jalur. Sebelum menjadi ibu dan selepas menjadi ibu. Saya melihat perubahan itu. Fasa garang dan fokus kerja sebelum dan selepas menjadi ibu. Transition yang saya kira menenangkan dan memenangkan. Akibat bersabar dengan sikap fokus mahu menyiapkan kerjanya dan sanggup memarahi anak buah-buahnya, saya diberikan habuan yang saya inginkan. Iaitu bekerja di Australia.

Walaupun cerita saya mahu berpindah ke Australia boleh dibuat siri, tetapi pengakhirannya berjaya. Ai Tee tidak teragak-agak melepaskan saya untuk menggapai impian. Beliau mahu melihat anak buahnya terbang tanpa mementingkan diri sendiri. Memang kita sudah biasa membuat kerja bersama, jika dia perlu mencari pekerja baru, perlu diberi tunjuk ajar lagi. Tetapi, itu kemudian hari. Janjinya dan Alice pada saya untuk menghantar saya ke Australia telah ditunaikan. 

Saya bersyukur berjumpa dengan dia. Dia baik, telah tenang dan memahami. Walaupun pada mulanya beliau adalah kategori garang dan mahukan semua dengan cepat. Dia telah mengubah pendekatan selepas mendapat anak. Dan mungkin jika masih menggunakannya kepada saya, agak membazir tenaga. Saya lepas kena marah pun masih tenang. Haha.

Saya tidak mempunyai impian yang banyak. Membazir sebenarnya saya kira tidak mempunyai cita-cita. Kerana apabila saya sampai di Sydney, terlalu banyak impian-impian kecil yang saya inginkan dan Allah berikan kepada saya tanpa perlu saya berusaha bersungguh-sungguh. Jika saya mempunyai impian yang banyak dan berusaha, pasti hidup ini lebih berwarna-warni. Sekarang juga sudah seperti pelangi, tetapi kebanyakan masa adalah langit biru terang sahaja. Banyak yang mahu saya coretkan. Saya mempunyai nikmat masa lapang yang banyak sekarang. Semoga saya dapat membuat perkara-perkara yang bermanfaat dan menulis lebih kerap. 




Ye, Alang rindu



Salam sayang dan rindu untuk semua peminat. 😃

Sydney,
14/6/2024

Love..