Tuesday, November 15, 2022

Perasaan Ditegur

Sekadar coretan untuk ingatan diri sendiri tanpa menyalahkan sesiapa dan menerima semua orang seadanya. Dan dah lama dok kat draft. Haha. 

............................................................................................

Saya tidur di Putrajaya, rumah Firdaus kerana menemani Aida. Daus outstation ke Cameron Highlands. Sebelum ini, Daus pernah memberitahu saya yang Aida tidak berapa suka orang bertanya perihal Anaqi yang lewat bercakap. Saya kira itu merupakan concern kami kerana Anaqi merupakan anak buah kami. Tapi, mungkin tidak sama sudut pandang semua orang. Perasaan berbeza-beza. Cara dibesarkan juga berbeza. Dan mungkin juga belum kena kepada pada diri saya sendiri? Tak pasti. Garisan menyibuk dan prihatin terlalu nipis. Sukar dibezakan. 

Saya berjaya melakukannya kali ini. Sepanjang dua malam di sana, saya tidak bertanya perihal Anaqi langsung. Saya cuma bermain bersama Anaqi sahaja jika ada kelapangan masa. Ditambah pula saya pulang lewat dari pejabat dan tidak dapat berborak banyak dengan Aida. Balik dah malam. Makan-makan, kemudian Anaqi dah nak tidur.  

Pulang dari pejabat Khamis itu, saya terfikir perihal saya berjaya tidak bertanya mengenai Anaqi. Kejayaan ke? Saya berjaya membuat sesuatu yang orang lain hendakkan. Tapi, bukan yang saya nak. Saya nak bercerita mengenai Anaqi, perkembangannya, apa yang kita boleh kongsi untuk bersama-sama membantu jika perlu. Tetapi, tak semua orang mahu begitu. Sila ingat tu Nadiah.

Saya teringat perihal orang yang sentiasa menanyakan jodoh saya sehingga saya malas pulang ke kampung. Sehinggalah satu ketika tu, nenek saya sudah tidak bertanya lagi kerana  sibuk dengan sepupu-sepupu saya yang nak kawen. Terdetik perasaan saya, adakah nenek dah tak sayang saya lagi? Saya sedih masa itu. 

Selang beberapa perjumpaan dengan nenek, nenek bertanya perihal jodoh saya ketika kami tidur di bilik yang sama (sebab masing-masing tak perlu kipas). Hehe. Masa tu, gembira sangat sebab nenek masih concern rupanya. Cuma dah tak tanya secara public sekarang. Lagilah saya suka. Selepas itu, most of the times, saya tiada masalah orang bertanya mengenai jodoh saya. Saya cuma meminta mereka mendoakan. 

Saya akan gembira jika ada orang mahu bercerita mengenai keburukan diri saya. Mungkin ada kala, saya cuba clarify juga setiap perbuatan saya. In denial. Haha. Untuk saya ubah atau tidak, masih atas saya. Tetapi, jika ada orang memberitahu, saya pasti mendengarnya. Tetapi, saya juga perlu terima, bukan semua orang seperti itu. Tujuan entri ini adalah untuk menyatakan kelebihan diri sendiri dan saya harus berbangga dengannya. Dengan tidak menyalahkan perangai orang lain bagaimana dan menerima sahaja orang sekeliling seadanya. 

Sejak dua-menjak ni, saya banyak mengambil tanggungjawab kepada perasaan sendiri. Sehingga ada orang pernah berkata yang saya telah berubah dan tidak seperti dulu. Saya terima itu dan mengakuinya. Dahulu, saya banyak mengalah dan menjadi people pleaser. Which is, saya pun gembira pernah menjadi seperti itu. Sekarang, saya lebih memilih orang yang saya mahu gembirakan. Saya juga gembira. Harapan dan doa saya semoga menjadi Nadiah yang lebih baik dan bermanfaat lebih untuk orang sekeliling. Saya sayang semua anak buah saya. :)

Selamat mengundi semua. Semoga kejayaan milik Pakatan Harapan dan rakyat. Amin. 

Anaqi sayang 

Dah boleh main sama2

Berpeluh-peluh 

Pandai makan si kecik ni

Banyak peel nak tidur. Hehe

Bila orang suruh senyum. Senget kepala

Anak buah perempuan 

Love..

No comments: