Tuesday, November 22, 2022

Happy Deepavali 2022

Dah lama kat draft - seperti biasa. Haha.. 

-----------------------------------------------------------------------

Deepavali kali ni, aku cuti lama sikit. Ayah malas nak berebut dengan orang lain nak balik Isnin, so mak tanya boleh ke aku ambik cuti Selasa? Disebabkan minggu lepas aku dah ambik EL sebab teman Liza pergi buat report polis sebab kena scam, aku cam berat pula tak memenuhi impian mak ni. Ko dengan orang berlari yer. Dengan mak sendiri berkira. Haha.

Adik accident kat CEB

Sarapan dulu

Dah dapat MC sebulan lebih

Kak Mina teman pergi klinik

So, masa aku apply cuti EL tu, aku aku cuti extra Deepavali dengan cuti Family Day bulan 12 sekali juga. Surprisingly, Ai Tee approved. Mood dia tengah okay sekarang. 

Hari Sabtu, kitorang balik dari Klang lewat sikit. Aku janji dengan mak ayah pukul 8, pukul 8.30 baru aku turun. Nadiah dan janjinya. Haha. Tengah siap-siap nak gerak, adik telefon ayah. Bagitau dia accident dekat TNB. Innalillah. Huhu. On the way nak balik kampung, kitorang pun jenguk adik kejap kat tempat accident. Nampak okay. Cuma adik kata bahu dia sakit. So, pergi klinik. Kak Mina dengan Abang Aidil yang uruskan. Kitorang dah terus balik kampung waktu tu. Jem yer sebab dah lambat. Mujur hobi bawa kereta. Haha.

Sampai kampung, nenek dah siap masak. Kitorang makan dengan nenek. Dok dengar Nenek cerita pasal Along Afiq keluar dok tinggalkan anak-anak kat rumah Acik sampai seharian. Pas makan, nenek suruh basuh Toto kat rumah Acik, Arisya kencing malam. Aku hantar, pastu sempatlah main dengan Arisya dan Batrisya. Penat wei. Time sebelum tu ada Mikayla dengan Afra. Serius susah nak handle ramai-ramai tu. 

Cik Semek datang tengok cucu acik

minum petang citer pasal lembu

Acik pula nak pergi kenduri kawin dekat depan rumah. So, aku tengokkan kejap cucu dia. Tengah main, mak aku panggil turun rumah nenek. Ada orang datang tengok nenek sebab alang2 dah pergi kenduri depan rumah kitorang. Aku buatkan air. Tak lama pastu, Cik Semek kata nak pergi tengok anak Safwan kat atas. Aku call Acik bagitau siap-siap. Haha. Pastu Acik kata, takyah naik. Dia turun. Menjaga aib saudara-mara namanya. 

Malam tu, aku tidur jam 10. Banyak benda kesihatan yang aku nak buat consisten setiap hari. Seperti baca buku 15 minit dan bersenam 15 minit, menapak 5000 tapak dan tidur 7 ke 8 jam sehari. Setakat ni, tidur je aku consistent buat.  Yang lain, hampeh.

Esoknya, kami ke Tanjong. Makan sarapan di kedai Mok Teh. Acik tak join. Nak jaga cucu. Makan maha dahsyatnya. Kitorang order roti jala, lontong, lempeng, mee kari dan kuih. Sorang tak makan satu portion. Dua tiga portion. Al-maklum. Jauh perjalanan. Sejam. Dah seronok makan, kitorang pun balik. Nenek masak sup guna pressure cooker. Memang seronok. Terapi juga memasak ni. Napelah aku tak pandai-pandai.

Sarapan dengan hebatnya

Ayah belanja

Afifah tangkap gambar






Petang tu, balik rumah nenek Rammelah. Kemas barang dan buku dekat bilik mak-ayah tidur yang biasa tu. Esoknya kata nak bakar almari dalam bilik Pak Long sebab ada banyak tikus. Berjaya selesaikan tiga almari dibakar. Mantap menantu-menantu nenek ni. Pakcik, Pakcik Didi dengan ayah. Semangat masing-masing berkemas. Balik dah lewat, jalan jem ar. Sempat juga sambut birthday mak chah. Menarik betul cuti kali ni. Penuh. 

Menantu nenek

Bilalah dapat pergi Aussie ni. Haha



Happy biirthday Mak Chah

Mak Ngah beli. Sedap! 

Swimming pool ni pun gembira

Ayah ni, balik kampung je banyak kerjaan

Pasang jaring untuk elak tupai

Pencur. Sedap. Jantung pisang

Putrajaya

Aku tidur sehari lagi. Hari Selasa baru balik. Hantar Mak Ngah dekat Subang, mak dengan ayah kat Klang, pastu pergi Putrajaya. Nak teman Aida sebab Daus outstation. 

Love..

No comments: