Tuesday, November 22, 2022

Happy Deepavali 2022

Dah lama kat draft - seperti biasa. Haha.. 

-----------------------------------------------------------------------

Deepavali kali ni, aku cuti lama sikit. Ayah malas nak berebut dengan orang lain nak balik Isnin, so mak tanya boleh ke aku ambik cuti Selasa? Disebabkan minggu lepas aku dah ambik EL sebab teman Liza pergi buat report polis sebab kena scam, aku cam berat pula tak memenuhi impian mak ni. Ko dengan orang berlari yer. Dengan mak sendiri berkira. Haha.

Adik accident kat CEB

Sarapan dulu

Dah dapat MC sebulan lebih

Kak Mina teman pergi klinik

So, masa aku apply cuti EL tu, aku aku cuti extra Deepavali dengan cuti Family Day bulan 12 sekali juga. Surprisingly, Ai Tee approved. Mood dia tengah okay sekarang. 

Hari Sabtu, kitorang balik dari Klang lewat sikit. Aku janji dengan mak ayah pukul 8, pukul 8.30 baru aku turun. Nadiah dan janjinya. Haha. Tengah siap-siap nak gerak, adik telefon ayah. Bagitau dia accident dekat TNB. Innalillah. Huhu. On the way nak balik kampung, kitorang pun jenguk adik kejap kat tempat accident. Nampak okay. Cuma adik kata bahu dia sakit. So, pergi klinik. Kak Mina dengan Abang Aidil yang uruskan. Kitorang dah terus balik kampung waktu tu. Jem yer sebab dah lambat. Mujur hobi bawa kereta. Haha.

Sampai kampung, nenek dah siap masak. Kitorang makan dengan nenek. Dok dengar Nenek cerita pasal Along Afiq keluar dok tinggalkan anak-anak kat rumah Acik sampai seharian. Pas makan, nenek suruh basuh Toto kat rumah Acik, Arisya kencing malam. Aku hantar, pastu sempatlah main dengan Arisya dan Batrisya. Penat wei. Time sebelum tu ada Mikayla dengan Afra. Serius susah nak handle ramai-ramai tu. 

Cik Semek datang tengok cucu acik

minum petang citer pasal lembu

Acik pula nak pergi kenduri kawin dekat depan rumah. So, aku tengokkan kejap cucu dia. Tengah main, mak aku panggil turun rumah nenek. Ada orang datang tengok nenek sebab alang2 dah pergi kenduri depan rumah kitorang. Aku buatkan air. Tak lama pastu, Cik Semek kata nak pergi tengok anak Safwan kat atas. Aku call Acik bagitau siap-siap. Haha. Pastu Acik kata, takyah naik. Dia turun. Menjaga aib saudara-mara namanya. 

Malam tu, aku tidur jam 10. Banyak benda kesihatan yang aku nak buat consisten setiap hari. Seperti baca buku 15 minit dan bersenam 15 minit, menapak 5000 tapak dan tidur 7 ke 8 jam sehari. Setakat ni, tidur je aku consistent buat.  Yang lain, hampeh.

Esoknya, kami ke Tanjong. Makan sarapan di kedai Mok Teh. Acik tak join. Nak jaga cucu. Makan maha dahsyatnya. Kitorang order roti jala, lontong, lempeng, mee kari dan kuih. Sorang tak makan satu portion. Dua tiga portion. Al-maklum. Jauh perjalanan. Sejam. Dah seronok makan, kitorang pun balik. Nenek masak sup guna pressure cooker. Memang seronok. Terapi juga memasak ni. Napelah aku tak pandai-pandai.

Sarapan dengan hebatnya

Ayah belanja

Afifah tangkap gambar






Petang tu, balik rumah nenek Rammelah. Kemas barang dan buku dekat bilik mak-ayah tidur yang biasa tu. Esoknya kata nak bakar almari dalam bilik Pak Long sebab ada banyak tikus. Berjaya selesaikan tiga almari dibakar. Mantap menantu-menantu nenek ni. Pakcik, Pakcik Didi dengan ayah. Semangat masing-masing berkemas. Balik dah lewat, jalan jem ar. Sempat juga sambut birthday mak chah. Menarik betul cuti kali ni. Penuh. 

Menantu nenek

Bilalah dapat pergi Aussie ni. Haha



Happy biirthday Mak Chah

Mak Ngah beli. Sedap! 

Swimming pool ni pun gembira

Ayah ni, balik kampung je banyak kerjaan

Pasang jaring untuk elak tupai

Pencur. Sedap. Jantung pisang

Putrajaya

Aku tidur sehari lagi. Hari Selasa baru balik. Hantar Mak Ngah dekat Subang, mak dengan ayah kat Klang, pastu pergi Putrajaya. Nak teman Aida sebab Daus outstation. 

Love..

Tuesday, November 15, 2022

Perasaan Ditegur

Sekadar coretan untuk ingatan diri sendiri tanpa menyalahkan sesiapa dan menerima semua orang seadanya. Dan dah lama dok kat draft. Haha. 

............................................................................................

Saya tidur di Putrajaya, rumah Firdaus kerana menemani Aida. Daus outstation ke Cameron Highlands. Sebelum ini, Daus pernah memberitahu saya yang Aida tidak berapa suka orang bertanya perihal Anaqi yang lewat bercakap. Saya kira itu merupakan concern kami kerana Anaqi merupakan anak buah kami. Tapi, mungkin tidak sama sudut pandang semua orang. Perasaan berbeza-beza. Cara dibesarkan juga berbeza. Dan mungkin juga belum kena kepada pada diri saya sendiri? Tak pasti. Garisan menyibuk dan prihatin terlalu nipis. Sukar dibezakan. 

Saya berjaya melakukannya kali ini. Sepanjang dua malam di sana, saya tidak bertanya perihal Anaqi langsung. Saya cuma bermain bersama Anaqi sahaja jika ada kelapangan masa. Ditambah pula saya pulang lewat dari pejabat dan tidak dapat berborak banyak dengan Aida. Balik dah malam. Makan-makan, kemudian Anaqi dah nak tidur.  

Pulang dari pejabat Khamis itu, saya terfikir perihal saya berjaya tidak bertanya mengenai Anaqi. Kejayaan ke? Saya berjaya membuat sesuatu yang orang lain hendakkan. Tapi, bukan yang saya nak. Saya nak bercerita mengenai Anaqi, perkembangannya, apa yang kita boleh kongsi untuk bersama-sama membantu jika perlu. Tetapi, tak semua orang mahu begitu. Sila ingat tu Nadiah.

Saya teringat perihal orang yang sentiasa menanyakan jodoh saya sehingga saya malas pulang ke kampung. Sehinggalah satu ketika tu, nenek saya sudah tidak bertanya lagi kerana  sibuk dengan sepupu-sepupu saya yang nak kawen. Terdetik perasaan saya, adakah nenek dah tak sayang saya lagi? Saya sedih masa itu. 

Selang beberapa perjumpaan dengan nenek, nenek bertanya perihal jodoh saya ketika kami tidur di bilik yang sama (sebab masing-masing tak perlu kipas). Hehe. Masa tu, gembira sangat sebab nenek masih concern rupanya. Cuma dah tak tanya secara public sekarang. Lagilah saya suka. Selepas itu, most of the times, saya tiada masalah orang bertanya mengenai jodoh saya. Saya cuma meminta mereka mendoakan. 

Saya akan gembira jika ada orang mahu bercerita mengenai keburukan diri saya. Mungkin ada kala, saya cuba clarify juga setiap perbuatan saya. In denial. Haha. Untuk saya ubah atau tidak, masih atas saya. Tetapi, jika ada orang memberitahu, saya pasti mendengarnya. Tetapi, saya juga perlu terima, bukan semua orang seperti itu. Tujuan entri ini adalah untuk menyatakan kelebihan diri sendiri dan saya harus berbangga dengannya. Dengan tidak menyalahkan perangai orang lain bagaimana dan menerima sahaja orang sekeliling seadanya. 

Sejak dua-menjak ni, saya banyak mengambil tanggungjawab kepada perasaan sendiri. Sehingga ada orang pernah berkata yang saya telah berubah dan tidak seperti dulu. Saya terima itu dan mengakuinya. Dahulu, saya banyak mengalah dan menjadi people pleaser. Which is, saya pun gembira pernah menjadi seperti itu. Sekarang, saya lebih memilih orang yang saya mahu gembirakan. Saya juga gembira. Harapan dan doa saya semoga menjadi Nadiah yang lebih baik dan bermanfaat lebih untuk orang sekeliling. Saya sayang semua anak buah saya. :)

Selamat mengundi semua. Semoga kejayaan milik Pakatan Harapan dan rakyat. Amin. 

Anaqi sayang 

Dah boleh main sama2

Berpeluh-peluh 

Pandai makan si kecik ni

Banyak peel nak tidur. Hehe

Bila orang suruh senyum. Senget kepala

Anak buah perempuan 

Love..

Sunday, November 13, 2022

Surah At-Tahrim ayat 6

Pagi Ahad ni, aku hantar Akmal pergi lawan bola kat Shah Alam. 7.30 pagi dah sampai situ. Kalau balik ni, aku tentu sambung tidur. Jadi, singgahlah Seksyen 7 dekat Tasik tu nak jogging. Dah lama giler tak exercise. Badan dah cepat penat. Ingat nak mulakan langkah 5000 seharilah lepas ni. Tengok jadi ke tak. Haha.

We need a lot of this space

Ada ke ikan bang? 

Lotih. Tapi, sihat. :)

Aku jalan dalam 40 minit je dapat 6 ribu steps. Kalau atas katil, 0 step je. Sambil jalan, aku dengan podcast Quraisy Shihab. Dia cerita pasal nak berjuang dengan harta dan diri. Dia kupas bab diri ni, bukan semestinya nyawa. Diri ni, yang ada attach dengan kita, tapi boleh dipisahkan. Contoh masa. Aku pun, terkujat kejap. Banyak dah dengar hadis kena guna masa muda, masa lapang, masa sihat, masa kaya. Tapi, bila dengan surah ni. Aku macam, okay. Nak lawan malas ni or bersenang-lenang ni memang susah untuk aku. Tuhan tau aku camne. Sebab tu tak kawen2 lagi kot. Diri sendiri pun susah nak handle. Inikan nak handle orang lain. Kah kah kah.  Do your best je sayang. Whatever makes you happy.  

Podcast yang aku dengar 


Hidup Pakatan

Makna surah At-Tahrim


Pastu jumpa Azli tengah berkempen untuk Shah Alam. Dia ganti Khalid Samad. Okaylah. Nak kongsi tu je. Semoga Pakatan Menang kali ni dan Anwar jadi PM. Haha. 

Love..

Monday, November 7, 2022

Penamaan calon P111

Biasanya time penamaan calon, akan ikut En. Anuar bertanding. Temerlohlah, Perlis pun pernah juga. Kali ni, En. Anuar tak bertanding. Kurang sihat. Semoga diberi kesembuhan En  Anuar. Jadinya, aku kat rumah je. Masak macam biasa. 

Petang sikit main dengan Melissa dan Anaqi. Pastu ingat nak pergi tolong kat pejabat Parlimen kejap. Mana tau boleh tolong apa-apa. Aku sampai, Along takde. Pergi cari barang kat Klang. Tapi, dia ada bagitau kerja. Aku tolong ikat getah kat bendera. 


Bilik gerakan

Lapan penjuru


2018

Pastu, aku gam bendera kat batang paip. Along pun dah balik waktu tu. Aku rileks je dok kat Pejabat Parlimen kat atas tu sorang. Tengah-tengah buat, ada seorang uncle India ni datang. Borak-borak sikit, pastu dia bagitau Mat Sabu ada kat bawah. Haha. Aku pada tak heran ahli politik ni. Kalau Rafizi, mungkin nak pergi gak tengok. 

Aku dapat selesaikan sikit. Tak habis pun sebab nak balik. Dah maghrib. Along masa tu dah balik dah. Dia dari pagi tadi kerja. Penamaan calon sampai sekarang tak rehat. Aku nak balik, guard dan driver Mat Sabu ada kat luar. Aku blah je. Memang datang nak sumbang sikit je. Haha.

Good luck Pakatan Harapan. Moga menjadi perubahan Pilihanraya kali ini..

Love..