Wednesday, April 1, 2020

Hari Terakhir PKP Fasa Satu

Diam tak diam, dah selamat 14 hari duduk dekat rumah. Walaupun mengelat, hujung minggu balik Klang, saya tidak pasti dapat balik ke tidak hujung minggu ini. Roadblocks sudah banyak di jalan. Faezah yang terpaksa datang ke pejabat perlu melepasi dua roadblocks. Manakala Deekay yang juga terpaksa ke pejabat juga menghadapi satu roadblock.

Solat jemaah wajib

Adik tiri

Kopi viral katanya

Betulkan bacaan ayat lazim. Susah wei. 

Spageti bolognese untuk Afifah

Bosan juga duduk di Sri Sentosa. Tetapi, jika di Klang, saya tidak dapat membuat kerja. Walaupun di rumah, saya masih perlu membuat kerja. Mempunyai seorang kakak yang rajin mengecheck anak-anak di bawah jagaan dia, menyebabkan kami tidak terlalu berileks-rileks sahaja di rumah. Saya masih ingat pesannya kepada Nic, "You duduk sahaja di rumah, jaga anak." Sekali, email keluar masuk walaupun bukan setiap hari, daripada Nic. Haha. Sabar sahaja. Pandang di sudut positif, tidaklah gaji kau buta sahaja bulan ini. Berkat gaji tu sebab buat kerja juga di rumah. Walau bagaimanapun, saya kesian dengan Nina kerana terpaksa membuat kerja dan pada masa yang sama menjaga anaknya. Suaminya juga bekerja dari rumah. Nampak struggle berbanding dengan Sity. Bahagian masing-masing. Saya doakan Nina tabah. 

Buat kerja

29 Mac lalu, Daus dan Aida telah selamat menjadi ibu dan ayah. Aida selamat menjalani pembedahan di Hospital Sungai Petani kerana bayi songsang. Alhamdulillah, baby dan ibu selamat. Cucu kelima emak dan ayah. Cucu terakhir adalah Acap. Dah darjah dua dah. Lama dah takde baby di rumah kami. Tetapi, sepupu-sepupu ramai je yang berbaby-baby di depan mata kami. Cucu Acik Oya, setiap tahun rasanya. Hehe. Rezeki masing-masing. Semoga dipermudahkan semua Us dan Aida. 

Setelah 14 hari dikuarantin, Alhamdulillah, saya berjaya mengikuti kuliah Ustaz Azlan Shah setiap hari. Niat ingin menulis mengenai sirah-sirah Rasulullah s.a.w yang saya suka. Terlalu banyak. Saya juga berjaya membaca Al-Mathurat setiap pagi dan petang. Surah Al-Mulk cuma tertinggal sehari sahaja dari 14 hari ini. Al-Kahfi pula saya dapat baca setiap hari selepas dhuha. Percubaan untuk 14 hari pertama berjaya. Saya perlu merancang untuk 14 hari kedua pula. Semoga keluar nanti menjadi Nadiah yang lebih bersemangat!

Semoga Covid19 ini semakin diangkat Allah selaju ia didatangkan Allah. Semoga kita semua mendapat hikmah pelajaran atas kasih-sayang Allah ini. Semoga kita sentiasa bersyukur dengan semua nikmat yang Allah kurniakan. Semoga kita sentiasa berkasih-sayang dan tidak mementingkan diri sendiri. Semoga kita semua mencari ilmu pengetahuan sepanjang duduk di rumah ini. Memanfaatkan masa yang Allah berikan. 

Oh, saya juga berjaya menghabiskan cabaran 14 hari bersyukur di instagram.. Orang bersyukur je ar setiap hari. Siap nak tulis. Mengada-ngada sangat seorang Nadiah ni. Tetapi, seperti juga blog ini yang saya juga akan baca, instagram juga begitu. Untuk diri sendiri sahaja. Sebab selalu lupa.

Marilah meneruskan fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14hb. Mari berjanji kepada diri untuk memulakan sesuatu juga 14 hari ini. Selain menyiapkan kerja pejabat yang sedia ada. Berdoa kita semua dipermudahkan urusan. Ramadan semakin hampir. Setelah memulakan pekerjaan semula pada 15hb April nanti, lagi 10 hari nak puasa dah. Puasa dan raya kali ni pasti berbeza untuk kita semua. 

Love..

No comments: