Dua minggu lepas, saya menghadiri training contract di Gamuda Learning Centre. Training yang diajar oleh Ir Harban Singh telah berlangsung hampir setahun. Malangnya, selepas kelas keempat atau kelima beliau sakit dan diganti dengan orang lain. Dua minggu lepas adalah kelas yang pertama beliau mengajar selepas sakit. Menceritakan sedikit pengalaman sakit, ianya hampir kepada pengalaman mati hidup semula. Simple sahaja cause of sakitnya. Beliau terjatuh ketika melawat sahabatnya, dan tulang punggungnya retak kerana tulangnya rapuh. Hampir tidak boleh berjalan dan bedridden selama beberapa bulan. Sekarang sudah boleh berjalan cuma tidak boleh terlalu lama berdiri. Beliau akan berasa tidak selesa. Beliau sangat bersyukur.
|
Geng Training |
|
Sekali dengan shopping |
Sir Harban ni, kalau memberi nasihat memang
a very wise man. Dia kira macam orang yang waraklah. Bangun awal untuk meditasi. Kira kalau kita muslim, bangun awal untuk tahajudlah. Selepas kelas, dia memberikan kami tugasan untuk
presentation selepas ini.
Presentation di hadapan bos kami. Pesannya, "Jangan buat kerja
last minute.
Put an effort untuk kerja tu.
I can see your works last minute or not." Dia juga membebel mengatakan dia tahu siapa di antara kami yang tidak mendengar semasa kelasnya tadi. Saya pun terasa kerana, ada kalanya terleka. Termengelamun. Kelas kontrak kot. Bosan. Pesannya lagi. "
Thats' the problem with your generations. You are worried about the future and think a lot about the past. Which is not good. What past is past and future you can't predict. Just be presentable at the moment and enjoy it." Allah. Saya mengakuinya memang susah untuk fokus being present. Nic sudah menghantar surat
resignationnya. Beliau akan mengakhiri servisnya pada hujung bulan April. Saya dah terbayangkan kesusahan apabila dia tiada. Sangatlah tidak sihat bayangan itu. Saya cuba menepisnya dan melakukan pekerjaan saya sehabis baik sahaja supaya di saat Nic sudah tiada, saya boleh menyambung pekerjaannya.
Hujung minggunya pula, Nafisah dan Aminah telah meneman saya untuk membeli barang rumah. Jika atas tindakan saya, memang bertangguhlah jawabnya. Alhamdulillah untuk kedua adik-beradik saya ini. Selepas berpusing mencari kedai menjual perabot dan menjual alatan elektronik di Sri Sentosa ini, kami membeli perabot di kedai berdekatan rumah saya. Dapatlah saya membeli meja makan, almari dapur dan almari barang serta penghantaran percuma. Duduk di rumah bertingkat-tingkat ini, kena consider orang nak angkat naik atas. Manakala, peti sejuk pula, kami beli di Giant dengan upah angkat RM5 setingkat. Saya beri lebih sahaja. Selepas berpusing Sri Sentosa tetapi tiada kedai menjual alat elektronik. Sama juga dengan tong gas. Alhamdulillah, semua selesai pada satu hari itu sahaja.
Bersyukur saya dengan semua perabot yang telah dibeli. Hari Rabu, semua rakyat Malaysia tidak boleh keluar bekerja kecuali pekerjaan-pekerjaan khas. Di pejabat saya, kami telah mengambil semua kerja yang boleh dibuat di rumah untuk 14 hari akan datang. Penularan virus Covid19 secara tidak terkawal menyebabkan kami diminta duduk di rumah untuk mengelakkan virusnya merebak lebih kepada orang ramai. Maka, dapatlah kami memasak di rumah dan Deekay boleh menggunakan meja makan untuk workstationnya. Nikmat boleh masak dan membeli barang untuk stok memang saya syukuri. Saya terbayang orang yang tidak bergaji, terpaksa tidak bekerja, mempunyai anak ramai untuk duduk di rumah yang sempit, keluarga yang tidak bahagia yang terdapat domestic violence di rumah mereka, di manakah mereka mahu pergi? Saya cuma mendoakan semua urusan mereka dipermudahkan. Tidaklah banyak saya boleh membantu kecuali doa dan bersyukur dengan nikmat Allah kepada saya.
|
Bila kat Klang, masuk waktu je solat |
Masa ini, saya rindu dengan kerajaan Pakatan Harapan. Kerajaan yang baru ini terlalu baru untuk menghadapi saat kecemasan ini. Saya selalu mengadu dengan ayah saya, sedih dengan kerajaan ini. Ayah menyuruh saya menerima, semuanya telah tertulis oleh Allah. Saya tenang sedikit. Saya perlu bersyukur banyak dengan nikmat yang Allah berikan kepada saya dan keluarga saya. Kami masih boleh bersama keluarga. Setiap kali solat sahaja, mak akan menjerit dari bawah untuk solat bersama. Solat awal waktu dan berjemaah.
Bless. Saya juga sudah menghabiskan bacaan surah Al-Baqarah untuk rumah baru di Sri Sentosa. Ada beberapa benda yang saya mahu konsisten untuk buat semasa kuarantin ini. Antaranya adalah :-
- Al-Mathurat pagi dan petang
- Al-Mulk sebelum tidur
- Al-Kahfi setiap hari (ayat 1-10 & 100-110)
- Dengar ceramah Ust. Azlan Shah Nabees Khan setiap hari
Saya selalu sedih bila memikirkan keadaan sekarang. Tidak membantu diri lagi jika saya melihat social media kerana terlalu sedih. Jadi, saya akan mencuba mendengar Ustaz Azlan. Antara ayat yang menguatkan kedudukan kita sebagai Muslim adalah :-
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”- Surah Al-Baqarah:155
Maka, selaku orang Muslim yang mengaku dengan ayat-ayat Al-Quran, semoga kita semua terdiri dari golongan orang yang bersabar.
Selain itu,
"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." -Surat Al-Insyirah:6
Percaya dengan janji Allah. Allah sedang menguji kita. Samada kita akan melepasi halangan ini dengan berjaya atau kecundang? Semoga kita semua kuat dan menjadi lebih Muslim yang lebih baik, anak yang lebih soleh/solehah, pekerja yang lebih itqan, memberi dengan lebih banyak kepada oang lain dan mengimarahkan dunia dengan kebaikan. Amin.
Love..
No comments:
Post a Comment