Saturday, March 28, 2020

Hari ke-11 - PKP

Dah masuk hari kesebelas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Allah. Satu nikmat sebab ada rumah yang ada bahan-bahan nak masak, ada peti sejuk dan duduk dalam rumah yang boleh pusing-pusing. Boleh basuh baju, lap tingkap dan sapu sampah semua. Alhamdulillah. Segala puji dan syukur hanya kepada Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Kalau dekat bilik sewa, tak tahulah nak pergi mana je nanti. Simpati saya kepada orang yang tinggal seorang di bilik sewa. Juga kepada keluarga yang beranak ramai dalam satu rumah yang sempit. Hampir sebulan duduk rumah. Bagaimanalah agaknya. Saya berdoa Allah memberikan kelapangan kepada semua, ketenangan hati, tabah menghadapi semua ujian dan kasih sayang dan menganjarkan pahala yang banyak untuk semua kesusahan kita di dunia.




Simple breakfast 

Jungle here and there

Stok sayur yang ada. Tinggal sikit

Baki nasi, buat nasi goren


Di bahagian saya, Alhamdulillah dengan perpindahan ke rumah baru. Rumah yang kecil sahaja, tingkat 4, cukup untuk saya belajar hidup. Nafisah pernah memberitahu saya, mungkin rumah ini merupakan latihan sebelum saya menjadi isteri nanti. Haha. Masih belum mampu. Langsir pun saya malas nak fikir. Tolong suami, beli rumah yang dah siap furnish dengan langsir. Tetapi, bagi saya lebih kepada menjadi lagi baik kepada diri sendiri. Saya perlu membasuh baju saya sekarang. Tidak ada masalah. Tetapi ada sekali, tiba-tiba mahu hujan dan saya terpaksa berlari keluar kerana baju di ampaian. Kalau di Klang, biasa saya di atas dan jika mahu hujan, saya buat bodoh je. Lantaklah orang dekat bawah angkat. Allah. Mengelat pandai betul. 

Di sini saya terpaksa memasak. Kadang-kadang bergilir dengan Deekay. Lauk dia dan saya berbeza. Saya sukakan kuah dan dia boleh sahaja makan tanpa kuah. Alhamdulillah jenis yang boleh mengikut je, maka saya makan berkuahkan kicap sahaja. Biasa kami masak satu jenis lauk sahaja. Itu pun dah rasa nikmat. Maka, saya menghargai lauk di rumah Klang. Mak mesti akan masak satu lauk kuah, sayur dan ikan goreng. Sini, stok sayur habis, takde kami pergi belinya. Makan sahaja apa yang ada. 

First time masak berkuah. Bertambah masing-masing


Saya baru memulakan hidup berdikari. Walaupun sebelum-sebelum ini, saya memang biasa tinggal di luar, tetapi semuanya mudah. Waktu duduk di kampung, haruslah makan minum pakai semua terjaga. Juga semasa di UiTM Sri Iskandar. Batch kami memang antara yang terakhir dapat bantuan makanan dari kerajaan. Jadi, makanan itu tiada masalah. Bila di UiTM Shah Alam, makan beli sahaja. Juga semasa di Petaling Jaya. Jarang saya memasak. Semua urusan dipermudahkan. Nafisah lebih otai merantau dari saya. Memang semua asam garam dah belajar dari dialah. Siap dia pesan, beli barang dapur sikit-sikit. Jangan sekali banyak. Nak angkat sampai rumah nanti susah. Kes dia sama sahaja seperti saya. Cuma, dia kena menaiki sampan dan jauh dari perhentian ke rumah dia. Saya pula, dari parking kena menapak ke tingkat lima. Sama kesusahan cuma vertical atau horizontal je perjalanan itu. 

Apa khabar iman semua cuti-cuti ini? Harap-harap tenang dan bertambah. Setiap hari, setakat ini Alhamdulillah saya masih mengikuti ceramah Rasulullah s.a.w dari Ustaz Azlan Shah di Facebook HirahEd. Saya mendoakan kesihatan untuk semua. Semoga bertabah dan keluar dari Perintah Kawalan ini, kita akan menjadi lebih kuat dan mensyukuri semua nikmat yang Allah berikan dari sekecil-kecil perkara sehingga ke nikmat keluar berjalan-jalan tanpa perlu terkurung. 

Rutin. Moga istiqomah


Sama-sama kita mendoakan semua pekerja-pekerja bahagian hadapan seperti doktor, jururawat, makcik cleaner, pembawa van ambulance, polis, tentera, pekerja speedmart, tukang ambil sampah dan semua diberikan Allah kekuatan yang luar biasa untuk mengawal penyakit ini, diselamatkan dari terkena jangkitan covid19 dan diberikan ganjarkan syurga tertinggi. 

Love..

Tuesday, March 24, 2020

Malaysia under Restriction Movement Order

Dua minggu lepas, saya menghadiri training contract di Gamuda Learning Centre. Training yang diajar oleh Ir Harban Singh telah berlangsung hampir setahun. Malangnya, selepas kelas keempat atau kelima beliau sakit dan diganti dengan orang lain. Dua minggu lepas adalah kelas yang pertama beliau mengajar selepas sakit. Menceritakan sedikit pengalaman sakit, ianya hampir kepada pengalaman mati hidup semula. Simple sahaja cause of sakitnya. Beliau terjatuh ketika melawat sahabatnya, dan tulang punggungnya retak kerana tulangnya rapuh. Hampir tidak boleh berjalan dan bedridden selama beberapa bulan. Sekarang sudah boleh berjalan cuma tidak boleh terlalu lama berdiri. Beliau akan berasa tidak selesa. Beliau sangat bersyukur.

Geng Training

Sekali dengan shopping
Sir Harban ni, kalau memberi nasihat memang a very wise man. Dia kira macam orang yang waraklah. Bangun awal untuk meditasi. Kira kalau kita muslim, bangun awal untuk tahajudlah. Selepas kelas, dia memberikan kami tugasan untuk presentation selepas ini. Presentation di hadapan bos kami. Pesannya, "Jangan buat kerja last minute. Put an effort untuk kerja tu. I can see your works last minute or not." Dia juga membebel mengatakan dia tahu siapa di antara kami yang tidak mendengar semasa kelasnya tadi. Saya pun terasa kerana, ada kalanya terleka. Termengelamun. Kelas kontrak kot. Bosan. Pesannya lagi. "Thats' the problem with your generations. You are worried about the future and think a lot about the past. Which is not good. What past is past and future you can't predict. Just be presentable at the moment and enjoy it." Allah. Saya mengakuinya memang susah untuk fokus being present. Nic sudah menghantar surat resignationnya. Beliau akan mengakhiri servisnya pada hujung bulan April. Saya dah terbayangkan kesusahan apabila dia tiada. Sangatlah tidak sihat bayangan itu. Saya cuba menepisnya dan melakukan pekerjaan saya sehabis baik sahaja supaya di saat Nic sudah tiada, saya boleh menyambung pekerjaannya.

Hujung minggunya pula, Nafisah dan Aminah telah meneman saya untuk membeli barang rumah. Jika atas tindakan saya, memang bertangguhlah jawabnya. Alhamdulillah untuk kedua adik-beradik saya ini. Selepas berpusing mencari kedai menjual perabot dan menjual alatan elektronik di Sri Sentosa ini, kami membeli perabot di kedai berdekatan rumah saya. Dapatlah saya membeli meja makan, almari dapur dan almari barang serta penghantaran percuma. Duduk di rumah bertingkat-tingkat ini, kena consider orang nak angkat naik atas. Manakala, peti sejuk pula, kami beli di Giant dengan upah angkat RM5 setingkat. Saya beri lebih sahaja. Selepas berpusing Sri Sentosa tetapi tiada kedai menjual alat elektronik. Sama juga dengan tong gas. Alhamdulillah, semua selesai pada satu hari itu sahaja. 

Breakfast dulu sebelum mula misi

Deekay beli ni. Fridge magnet London aku entah mana entah.


Seminggu punya stok. Orang bujang


Mesin basuh dari Sity. Dapur dari Leha. Guna masa kuarantin.
Meja makan, aku beli
Bersyukur saya dengan semua perabot yang telah dibeli. Hari Rabu, semua rakyat Malaysia tidak boleh keluar bekerja kecuali pekerjaan-pekerjaan khas. Di pejabat saya, kami telah mengambil semua kerja yang boleh dibuat di rumah untuk 14 hari akan datang. Penularan virus Covid19 secara tidak terkawal menyebabkan kami diminta duduk di rumah untuk mengelakkan virusnya merebak lebih kepada orang ramai. Maka, dapatlah kami memasak di rumah dan Deekay boleh menggunakan meja makan untuk workstationnya. Nikmat boleh masak dan membeli barang untuk stok memang saya syukuri. Saya terbayang orang yang tidak bergaji, terpaksa tidak bekerja, mempunyai anak ramai untuk duduk di rumah yang sempit, keluarga yang tidak bahagia yang terdapat domestic violence di rumah mereka, di manakah mereka mahu pergi? Saya cuma mendoakan semua urusan mereka dipermudahkan. Tidaklah banyak saya boleh membantu kecuali doa dan bersyukur dengan nikmat Allah kepada saya.

Bila kat Klang, masuk waktu je solat

Masa ini, saya rindu dengan kerajaan Pakatan Harapan. Kerajaan yang baru ini terlalu baru untuk menghadapi saat kecemasan ini. Saya selalu mengadu dengan ayah saya, sedih dengan kerajaan ini. Ayah menyuruh saya menerima, semuanya telah tertulis oleh Allah. Saya tenang sedikit. Saya perlu bersyukur banyak dengan nikmat yang Allah berikan kepada saya dan keluarga saya. Kami masih boleh bersama keluarga. Setiap kali solat sahaja, mak akan menjerit dari bawah untuk solat bersama.  Solat awal waktu dan berjemaah. Bless. Saya juga sudah menghabiskan bacaan surah Al-Baqarah untuk rumah baru di Sri Sentosa. Ada beberapa benda yang saya mahu konsisten untuk buat semasa kuarantin ini. Antaranya adalah :-

  1. Al-Mathurat pagi dan petang
  2. Al-Mulk sebelum tidur
  3. Al-Kahfi setiap hari (ayat 1-10 & 100-110)
  4. Dengar ceramah Ust. Azlan Shah Nabees Khan setiap hari
Saya selalu sedih bila memikirkan keadaan sekarang. Tidak membantu diri lagi jika saya melihat social media kerana terlalu sedih. Jadi, saya akan mencuba mendengar Ustaz Azlan. Antara ayat yang menguatkan kedudukan kita sebagai Muslim adalah :- 
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”- Surah Al-Baqarah:155

Maka, selaku orang Muslim yang mengaku dengan ayat-ayat Al-Quran, semoga kita semua terdiri dari golongan orang yang bersabar. 

Selain itu, 

"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." -Surat Al-Insyirah:6
Percaya dengan janji Allah. Allah sedang menguji kita. Samada kita akan melepasi halangan ini dengan berjaya atau kecundang? Semoga kita semua kuat dan menjadi lebih Muslim yang lebih baik, anak yang lebih soleh/solehah, pekerja yang lebih itqan, memberi dengan lebih banyak kepada oang lain dan mengimarahkan dunia dengan kebaikan. Amin. 

Love..

Sunday, March 15, 2020

Cerita dunia

Kembali lagi dalam siri dia
Hampir setahun rupanya cerita
Baru ini terbuka semula
Kali ini tentang raya
Setahun yang lepas tidak gembira
Tahun ini moga berganti rupa

Dalam pada mahu bergembira
Terkena pula pindah ke sana
Dibahagi dua semua pekerja
Di Southgate dan di tapak bina
Untuk elak corona katanya
Aku dan Nina adalah calonnya

Ini menambah pening kepala
Pasti bertemu hari-hari pula
Bilalah boleh lupa
Semoga ada cara
Atau hati tidak berasa apa
Atau jumpa calon lainnya

Fikirku, hidup ini tak lama
Lihat saja keliling kita
Kematian di waktu muda
Sudah menjadi biasa
Buat aku tertanya-tanya
Pengakhiran sendiri bagaimana

Usah fikir terlalu lama
Dia ada atau tiada, aku masih sama
Jalan terus saja di dunia
Sangka baik dengan Pencipta
Tidak dibiar hamba menderita
Kasih sayang Dia melebihi semua

Terima, redha dan sabar untuk semua cerita

Jalan terus


Love..

Keluar bersama Afifah

Hujung minggu lepas, anak-anak Ami tak balik Klang. Afifah tinggal sorang saje. Miera mengajak saya mendengar ceramah Ustazah NorAsma di U2. Saya mengajak Afifah kerana dia keseorangan di rumah. Ajak je, mana tau dia nak ikut.

Memang bagitau nak pergi dengar ceramah, lepas tu nak pergi Pesta Buku kat Shah Alam. Selepas dia meminta izin umminya, dia mengikut saya. Dahlah lambat sampai untuk dengar ceramah. Dalam pukul 10.30am saya sampai. Sepatutnya habis jam 11.00 pagi. Saya siap beritahu Afifah, lepas pukul 11, kita pergi Pesta Buku. 

Dah sampai pukul 11.00, belum habis lagi. Saya okay je. Memang nak dengar. Tapi, Afifah dah tanya. Terpaksa membuat aktiviti bersama dia. Beritahu elok-elok belum habis lagi. Pukul 11.30 kita gerak. Dia okay sahaja. Dah pukul 11.30, haruslah dia tuntut. Okaylah, saya pun mengalah. Alhamdulillah, dapat sikit ilmu. 

Ustazah pesan, kena selalu doa, buat benda kerana Allah. Datang majlis ilmu pun niat kerana Allah. Boleh datang nak selfie dengan ustazah, tapi niat utama sebab Allah. Antara ciri-ciri ilmu tu jadi fitnah, bila kita selalu datang majlis ilmu, tetapi tak menjadikan kita lagi baik. 

Kena selalu doa,

"Ya Allah, daku hadir ke majlis ilmuMu ya Allah, untuk mencari redhaMu, rahmatMu dan keampunanMu ya Allah. Pandanglah kami dengan pandangan kasih sayangMu, redhaMu dan rahmatMu. Jauhkanlah kami dari sifat riak, bangga diri atas ilmu yang Kau berikan."

Ustazah pesan, kadang-kadang kita ada rasa bangga datang majlis ilmu, orang lain tak datang. Kita riak. Selalu doa dekat Allah. Supaya tak riak dan ikhlas diri. Kalau terriak pun, semoga Allah ampunkan kita sebab kita dah doa daripada Allah.

Comel je anak buah aku

Melayan masa tengah ceramah

Bentuk empat segi pula. 

Alhamdulillah untuk ilmu

Hasilnya

Saya dengan Afifah keluar jam 11.40. Tak jumpa pun Miera dengan Liza. Okaylah. Melayan budak ni, lain sikit. Kena give and take dengan diorang. Ada benda, diorang kena dengar cakap kita. Ada masa, kita ikut pula dia.

Lepas tu kami pergi Pesta Buku Selangor di Shah Alam Convention Centre. Pergi cari buku Afiq. Untuk nak periksa PT3 ni. Dapatlah buku dia. Dengan buku latihan Afifah juga. Sempat beli buku Afifah 10 kot, sebab harga dia RM1 satu. Semoga saya dapat tengok dia buat latihan dan habis buku tu.


Sementara tunggu makanan

Melayan
Lepas dapat buku, kami pergi makan di Pizza Hut. Memang lambat. Dah bukan fast food dah kategori ni. Afifah dah bosan, siap telefon ummi dia suruh tunggu dia nak keluar.

Buku Abang Afiq. Semoga berjaya buat

Akhirnya, kami berjaya balik jam 3.30 petang. Lepas makan, berjalan dalam Sacc mall sebab Afifah nak jalan-jalan dulu dan beli roti kopi. Tenang-tenang je layan Afifah 5 jam kat luar tanpa ummi dia. Kalau ada ummi dia, merajuk berkali-kali. Hehe. Budak yang dah besar. Semoga membesar menjadi anak solehah, penyejuk mata ummi ayah dan membantu golongan yang memerlukan Afifah. Alang sayang awak. 

Love..

Tuesday, March 10, 2020

Perasaan kehilangan

Diam tak diam, dah masuk bulan ketiga saya duduk di rumah baru. Setelah dua bulan duduk seorang, akhirnya saya ada housemate. Deekay baru mula kerja 2hb Mac yang lalu. Semasa beliau datang untuk interview dua minggu yang lepas, saya berdoa dia akan dapat dan dia sihat supaya dapat bekerja dan naik tangga. Almaklum, rumah saya mana main setingkat dua ni. Apa barang? Lima tingkat hokay. Haha. Alhamdulillah, Allah makbulkan. Deekay dapat kerja itu.

Hari pertama bekerja, malamnya semasa pulang ke rumah dan memberi salam sebelum masuk, Deekay menjawabnya. Seronoknya perasaan. Sebelum ini, hanya malaikat menjawab. Kami berborak. Dia gembira dengan tempat kerjanya dan tidak merasa pening. Naik tangga pun okay. Walaupun masih baru, saya gembira mendengarnya. Seronok ada budak rumah ni. Biasa balik seorang je. Ini ada kawan yang boleh menyembang. Menarik! 

Hari Rabu yang lepas, saya telah dikejutkan dengan keinginan Nic untuk berhenti kerja. Argh. Sedihnya. Nic sangat membantu saya. Nic pernah menyumpah saya dan saya okay sahaja kerana tahu, dia tidak memaksudkannya. Saya yang mengajak Nic masuk ke Gamuda, atas arahan Ai Tee. Selepas itu, dia dinaikkan pangkat dan semenjak itu, beban semakin terasa. 

Ai Tee punya standard memang susah nak ikut. Kesian Nic. Saya cuba membantu mengurangkan kerja Nic, mana tahu makin menambah beban. Semasa budget baru-baru ini, saya berjanji dengan diri akan membuat budget pada sesi akan datang. Cepat betul nak jadi kenyataan. Nic nak resign pula. Niat di hati hanya mahu tolong buat kerja Nic, mana tahu lepas ni memang kena buat betul-betul. 

Baru-baru ini, saya mengambil tugasan Nic kerana dia sibuk membuat budget. Setelah membentangkan ke Ai Tee, dia marah. Salah saya tidak memeriksa berkali-kali. Ai Tee sangat kecewa sehingga dia menangis. Allah. Saya tidak tahu mahu membuat apa. Nic meneruskan kerjanya seperti biasa. Antara alasan dia tidak boleh bekerja lagi adalah itu. Kerana dia tidak mahu Ai Tee sakit akibat kami. Lagi-lagi dia sedang mengandung. Ai Tee pernah mengadu yang kami masih lambat dan dia takut bila dia cuti bersalin, kami tak dapat fulfill kehendak Alice. Samada dia memang risaukan kami atau risaukan reputasi dia, saya kurang pasti. Saya percaya Ai Tee baik. Sangat baik. Tapi, expectationnya menyebabkan dia dan kami tersiksa. 

Berita Nic menyesakkan dada saya. Tapi, saya mahu dia gembira. Jika di luar dia lebih gembira, silakan Nic. After all, itulah apa yang kita nak buat kat dunia ni. Gembirakan diri sendiri. Saya selalu doa dia akan gembira dan dipermudahkan urusan. Pada masa yang sama, doa dia tidak resign. Walaupun peratusannya tipis. 

Yang susah senang melayan Chan Sow Lin

Saya balik ke rumah malam itu lambat. Deekay sudah tidur. Esok paginya, saya sudah bangun, Deekay masih tidur. Biasa dia yang akan bangun dulu. Sehingga saya sudah mandi dan mengejutkannya. Saya tertanya dalam hati, 'Adakah dia kembali sakit?' Perasaan sesak itu datang sekali lagi. Saya gembira Deekay di sini sehingga tidak mahu dia sakit. Selfishnya saya mahu orang-orang di sekeliling saya kekal bersama saya. Ingatan tentang Deekay takde mmbuatkan saya sedih. Semasa saya bersiap, dia bangun untuk mandi. Tidak sempat bertanya khabar. Di pejabat, saya menceritakan kepada Sity perasaan saya. Di akhirnya, saya berkata, 'Ty, tu baru kawan. Kalau suami macammanalah? Agak sebab tu takde lagi. Aku attached ke orang ni kuat sangat.' Sity Hanya membalas, 'Tau takpe."

Balik rumah malam itu, saya berborak dengan Deekay. Dia tidak sakit. Cuma malas mahu bangun pagi. Itu sahaja. Pejabatnya mula jam 9 pagi. Dia rasa dah keluar lewat dah pagi tadi, pun masih belum ada orang sampai. 

Allah. Perasaan ini, Kau yang berikan. Saya bersyukur dengan semua perasaan ini. Dengan orang di sekeliling saya. Pada masa yang sama, saya redha sesiapa yang Kau datangkan dan jauhkan dalam hidup saya. Mereka mengajar saya untuk terus kuat dalam hidup dan menjadi lebih baik. Mereka adalah pembelajaran terbaik untuk saya. Saya mendoakan kegembiraan dan kesihatan untuk mereka dunia dan akhirat.

Deekay baru sampai. Kami shopping barang rumah. 

Love..

Saturday, March 7, 2020

Malaysia. Tempat tumpah darahku

Politik Malaysia semakin kritikal, keji, jijik dan kotor. Bermula di tenang-tenang Ahad geng Azmin telah mengadakan jamuan Muhibah bersama ahli-ahli UMNO dan PAS. Ekoran majlis makan itu, berlaku terlalu banyak drama politik jijik untuk kepentingan sekolompok elit. Pengakhiran drama ini berhabis dengan Muhyiddin Yasin menjadi Perdana Menteri ke+8 Malaysia.

Menjadi PM bukan melalui jalan yang betul (pilihanraya) dan bukan juga melalui kesepekatan sebelum ya (menyerahkah jawatan seperti di dalam manifesto) merupakan pencabulan demokrasi di Malaysia.

Siapa yang tidak sedih? Jujur, sedih, kecewa, dikhianati. Tetapi, siapalah kita yang mahu melawan takdir? Tetapi, percayalah, semua kerja yang kita lakukan untuk kemenangan ini tidak sia-sia. Allah tidak melihat pengakhirannya. Proses tu yang lebih penting. Semoga Allah terima usaha kecil kita semasa pilihanraya yang lepas. 

Kejadian ini membuktikan, kita tidak semestinya di atas. Tidak selamanya di bawah. Roda itu berputar. Marilah semua menjadi pembangkang semula. Cuma kecewa jika dikurniakan semula Menteri-Menteri yang tidak efficient, kurang bertanggungjawab kepada rakyat dan lagi teruk mengambil hak rakyat. Agak sayang dengan kejatuhan Menteri yang perform seperti Dr Dzul, Yeo Bee Yin dan Hannah Yeoh. Dengan tidak menjadi Menteri, mereka masih akan hebat dalam apa jua yang mereka lakukan. Tetapi, apabila mereka menjadi Menteri, lebih ramai orang mendapat manfaatnya. Semua hak rakyat dikembalikan kepada rakyat. Hal-hal seperti anak buangan telah mendapat perhatian ramai. Kesihatan juga lebih di jaga apabila Menteri membuat kerja. 

Terlupa ke mereka, terutamanya Azmin, semua perkiraan di dunia ini bakal dipertanggungjawab kelak. Mana mungkin kau boleh tidur gembira setelah membiarkan Malaysia tidak mempunyai kerajaan selama dua minggu? Kami orang yang teraniya hanya mampu berdoa, yang Maha Kuasa menunjukkan cara. Pasti ada hikmah yang kami tidak nampak lagi.

Di diri sendiri, marilah terus bekerja dengan bersungguh-sungguh, membantu lebih ramai orang yang memerlukan, bersama keluarga tercinta, berdoa kerana berdoa adalah kunci orang mukmin. 

p/s : Sekarang tengah tengok Romantic Dr. Kim. Kisah doktor yang efficient dan bertanggungjawab dengan kerjanya. Walaupun dia tidak kacau sesiapa, tetapi tetap ada orang yang mahu mengambil kesempatan untuk memenuhi nafsu sendiri. 


Dinner last dengan Kak Amy sebelum pindah Kay El

Belajar berlapang dada dengan politik dari pakcik ni. Hehe. 

Alhamdulillah untuk kerja ni. 

Sayang sangat.. 

Random pictures untuk random life. Bersyukur dan ucaplah Alhamdulillah. Segala puji hanya untuk Allah.

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"
(Ibrahim 14:7)

Love..