Monday, December 23, 2019

Cerita dalam kereta dengan Nafisah

Sudah hampir menginjak ke tahun baru. Banyak cerita belum sempat saya tulis. Cerita ini sudah bersarang di draft tanpa saya post. Tidak pasti kenapa. Saya post kan juga hari ni. Kisah perjalanan dalam kereta bersama Nafisah.

----------------------------------

Balik dari majlis perkahwinan Fahmi, saya pulang ke Klang bersama Nafisah. Kami membawa Fikri dan akan menghantar Baim ke Batu Caves. Kami bergerak dari kampung selepas Zuhur. Selepas makan dekat rumah Acik. 

Sepanjang perjalanan, Nafisah berborak dengan saya dengan dahsyatnya. Saya biasa membebel dalam kereta dahulu. Tetapi sekarang, rasanya dah penat kot. Lantaklah korang. Dah besar panjang. Lebih kepada berborak sahaja. Sampai satu waktu di dalam kereta, Nafisah bertanya kepada saya, apa yang kau rasa kelebihan kau. Nyatakan lima. Haha. Kitorang mengambil giliran untuk berborak sesama kami. Puas jugalah fikir kelebihan-kelebihan saya.

So, saya nyatakan kelebihan saya di sini. 

  1. Saya seorang yang memudahkan orang. Kebanyakan benda, saya lebih suka mengambil pendekatan tak kisah. Biar senang orang. Mungkin kerana saya juga tiada apa-apa yang mahu di dalam diri. Jadi, perkara memudahkan orang ini merupakan perkara yang saya sangat sukai. Bila saya sudah ada yang saya sukai, saya akan cuba menegakkan apa yang saya mahu. Kadang-kadang saya merasa, lebih mudah memudahkan berbanding mahu bergaduh untuk apa yang saya mahu. 
  2. Antara sifat yang saya ambil dari ayah, adalah tidak cepat marah. Tetapi, jika marah. Siaplah masing-masing. Sampai sekarang tak baik-baik. Ayah dulu garang juga masa kami kecil. Tapi, jarang marah. 
  3. Saya seorang yang affectionate. Saya boleh sahaja peluk adik-adik saya dan mencium mereka. Saya tidak pasti saya ambil dari siapa habit ini. Tapi, saya suka. Terutamanya anak buah saya. The most huggable person pastilah Acap. Rasa macam boleh release stress je bila peluk orang. Lagi satu yang saya perasan dulu, masa adik saya kecik, bila tengok TV, mesti tangan saya ke, kaki ke nak attached dengan dia. Pegang rambut ke, kaki saya letak atas kaki dia ke. Tak kiralah apa anggota pun janji sentuh. Haha. I'm affectionate like that guys.. 
  4. Saya ada kemahiran membantu di dapur. Pernah saya kenal dengan orang, dia tanya saya boleh masak ke? Saya kata tak pandai. Tapi, saya ada kemahiran membantu di dapur. Jika dia tak mahu saya sebab itu, dia yang rugi. Haha. Bagi saya, memasak adalah tempat yang best untuk berborak dan mingle around tanpa gangguan. Kerana masing-masing kena pegang pisau dan bukan phone. Kena buat kerja. 
  5. Lagi kelebihan saya adalaah dikelilingi oleh orang yang baik. Saya bersyukur dengan ini. Bak kata Faezah, 'Nadiah ni takde kawan pelik-pelik. Semuanya baik-baik.' Haha. Jujur, saya pun perasan. Saya tak kuat. Saya mungkin cepat terpengaruh dengan orang jahat dan jadi jahat juga. Jadi, Allah selamatkan saya. 
Untuk Kak Fisha, kelebihan atau benda yang dia suka adalah :- 

  1. Suka tengok youtube. 
  2. Suka memasak. Saya sangaat setuju. Dia memang akan masak dengan gembira untuk ayah, emak dan anak buah kami bila cuti sekolah.
Maaf, lain dah lupa. Haha. Sayang, akak sayang awak tau. Terlalu banyak kebaikan awak yang akak suka. Seperti :-
  1. Pandai mengemas - siap lah rumah kami kat Klang dia deko. 
  2. Pandai jaga anak buah - dengan Uda memang kena ngaji lepas maghrib, kena buat kerja, kena solat kat surau. 
  3. Kelakar-walaupun hambar
  4. Pandai masak-balik cuti je rajin layan kami nak makan apa
  5. Rajin fikirkan orang lain-terutamanya aku. 

Kami sambung  kekurangan diri pula. Saya punya adalah :-
  1. Time management
  2. Tidak kisah
  3. Budget. 
Saya akan cuba improve tiga benda yang crucial ni pada tahun 2020. Selamat semua..

Sayang sangat!!

Love..

Saturday, December 21, 2019

Tidak habis lagi

Hari ini mengingatkanku
Kepada kamu
Sudah beberapa bulan berlalu
Ingatan itu kembali bertamu

Rasa ini memerlukan masa
Untuk aku buang semua
Terfikir kadang kala
Mungkin kau di depan mata

Pergilah dari ingatan
Hilanglah dari pandangan
Ia tidak semudah sangkaan
Kerja ini makan tahun mendatang

Aku tidak bisa berbuat biasa
Jika ketemu senyap adanya
Kita tidak punya urusan bersama
Yang memerlukan aku berkata

Bukan luka atau kecewa
Aku memang tidak berbicara
Dengan lelaki sesuka-suka
Tanpa sebab atau kerja

Aku pasti kau tidak apa
Siapalah aku di mata
Tetapi lantaklah apa kau rasa
Tiada kaitan denganku jua

Yang pasti
Mengingat kau akan menjadi
Aku menulis puisi
Adakah ini diri

Malas aku mengkaji
Aku rasa lawak sekali
Jika dicerita panjang nanti
Lebih baik begini

Akan ada sesi lagi
Atau habis di sini
Wujud ke beberapa siri
Aku juga tak pasti


Move on

Love..

Friday, December 20, 2019

Sebelum Konsert M Nasir 40 Tahun

Secara jujurnya, inilah konsert pertama saya seumur hidup. Konsert Raihan ke, Opick ke, M Nasir dengan Ramli Sarip yang aku pergi dulu semua harga RM50 ke bawah. Yang ni, RM200 sekali masuk. Tapi, berbaloilah. Parti liar yang terkawal.

Mak Ina ajak teman dia. Aku yang selalu dengar lagu M. Nasir dari Mekna, Alin, En. Anuar dan Abang Shahrul. Ada sekali nak pergi penamaan calon En. Anuar dekat Perlis, Mekna nak minta tolong Abang Shahrul bawa. Abang Shahrul bagi syarat, sepanjang-panjang perjalanan kena pasang lagu M. Nasir. Okay sangatlah dengan Mekna. Aku pun on je. Tidur kot sepanjang perjalanan.

Bila dah beli tiket yang mahal tu, mestilah kena hargai tiket tu. Aku pun mulalah niat nak study lagu-lagu M Nasir ni. Cakap dengan Alin masa tu, tak hafallah lagu dia. Alin siap cakap, "Bukannya hafazan. Ulang dan sambung." Haha. Dalam pada tu, aku dengar jugalah lagu M. Nasir ni kat Joox. Terima kasih untuk Nina yang kenalkan Joox ni untuk aku karaoke sebab ada lirik bagai. Sebab dah biasa dengar dan lagu-lagu M Nasir ni memang sedap. Selalulah dia jadi peneman bila dekat ofis kalau dah mengantuk. 

Dah nak sampai hari kejadian, Mamat tanya macammana nak pergi nanti. Aku seperti biasa takde plan lagi. Amir akan drive bawa Mak Ngah dan Alin. Aku pula ada kenduri kahwin cucu Tok Tik nak bawa mak dengan nenek pagi tu. So, tak boleh janji dengan Alin. Aku bagitau Mamat, aku nak pergi dalam pukul 7 dari Klang. Mamat pula ada kerja dekat Cyberjaya. Dia kata, boleh ada kat Klang dalam 6.30 petang. 







Pagi tu, bawa mak dengan ayah, pergi ambil nenek kat kampung dalam pukul 12 tengahari. Dah lapar kot. Bawa pergi kenduri. Makan lepas tu nak balik. Singgah makan cendol kejap sebelum balik Klang. Dah sudah solat semualah. Lepas habis makan cendol, kami pun balik. Sampai Klang dalam jam 5.30 petang. Aku pun ingat nak tidur kejap. Malam ada program lain pula. Haha.

Oh, aku lupa bagitau, nenek Saabah datang minggu tu dengan Acik Oya. Sebab Acik ada menantu dekat sini tak tukar lagi ke Melaka, kira PJJlah Fahmi dan Aida. Rajinlah Acik datang. Alih-alih petang Jumaat hantar gambar selfie dalam kereta dengan caption 'On the way to Klang'. Haha. Nasiblah rumah kami yang macam apa tu. Redho je diorang datang. 

Aku pun naik atas siap-siap nak keluar balik. Cadang nak solat Maghrib tengah jalan, tapi siap-siap je dah pukul 6.50 petang. Tunggu Maghrib je ar. Lepas Maghrib aku dengan Mamat gerak. Sampai-sampai sana, memang lengang ar. Semua orang dah masuk hall. Sempatlah kami bergambar dekat gambar 'sifu' dulu. Bila habis konsert, penuh gila kat situ semua nak tangkap gambar. 




Sebelum masuk, diorang check. Tak boleh bawa makanan dan minuman. Biskut aku pun tak lepas. Hehe. Mekna, Mak Ngah, Alin dan Amir haruslah dah masuk dan tenang-tenang duduk dalam dewan. Kami baru sampai. On time sungguh sebab M Nasir baru nak menyanyi. So far, lagu-lagu dia aku tahu. Tiga lagu je aku tak tau sepanjang konsert tu. Aku ada satu lagu aku suka dengar masa tengah study lagu-lagu M. Nasir, Sahabat Gua. Cerita pasal pemuda Kahfi. Saya baru terbaca cerita mengenainya di laman sesawang Ustaz Hasrizal. Rasanya pernah cerita di blog. Semasa mereka meminta petunjuk Allah untuk lari dari golongan yang tidak mengikut perintah Allah, Allah tidurkan mereka selama 300++ tahun. Jalan selesai yang kurang popular. Tidur.

Secara keseluruhan, saya sangat suka dengan konsert ini. Lagu-lagu M. Nasir sangat menyenangkan hawa telinga untuk di dengar. Bait-baitnya yang puitis dan senang di bawa. Suara M. Nasir masih sedap walaupun menyanyi hampir 40 lagu. Terima kasih atas jemputan menonton konsert ini.

Habis konsert, kami pulang. Saya mengajak Mamat tidur di rumah kerana nenek Rammelah ada. Esoknya nenek mahu ke kenduri adik Acik Didi di Bukit Cerakah.

Love..

Saturday, December 7, 2019

Sebab nak cuti

Setiap dua tahun, keluarga ayah akan mengadakan family day selama tiga hari dua malam. Kali ini, kami akan membuatnya di Sepang. Saya apply cuti awal seminggu. Sebab nak cuti dua hari. Biasa kalau sehari, esok nak cuti, hari ni baru cakap. 

Lepas apply, Ai Tee intercom. Dia kata, 'Tak siap kerja you, jangan cuti yer.' Aku angguk je ar. Dalam hati, 'Aku ni dahlah jarang nak cuti, kau sekat pula cuti aku. Ikut degil, aku taknak pergi family day, datang kerja dan buat muka tak puas hati Isnin nanti.' Dalam hati je ar fikir.

Aku pun buat kerja sehabis baik. Tapi, kadang-kadang main-main juga. Macammanalah nak fokus kerja, dah kena tegur camtu pun tak push diri sangat. Antara benda yang aku tengah fight dengan diri adalah untuk itqan dalam kerja. Ada orang pernah cakap, 'Jika awak buat kerja dengan betul, aku takkan puji awak. You' re doing your job. You paid for it.' Sekarang aku tak pasti, adakah gaji aku setimpal dengan kerja yang aku buat? Dahlah lepas tu, kadang-kadang rasa kalau berjaya buat tu, bangganya. Sedangkan tu semua Allah yang benarkan. 

Dah masuk umur 34, takkan nak jadi biasa-biasa lagi? Kau dah start fikir nak buat apa. Jadi apa. Macammana nak jadi the best version of yourself. Oh, sekarang dah ada ustaz baru aku suka dengar. Azlan Nabeez Khan. Sangatlah bijak. Dengar YouTube dia yang ni. Dari Syurga ke Dunia di sini. Banyak betul ilmu dia. Banyak benda baru aku tahu dengar ceramah dia. Dan yup, he's younger than me. Kagum aku dengan budak-budak muda yang hebat ni. Dengan tidak membandingkan saya dengan dia kerana background kami tidak sama, walaupun itu bukan alasan untuk tidak sama berjaya. 

Melencong jauh ni. Sebenarnya nak cerita pasal nak cuti tu. Tak fokus ko ni. 

Berbalik kepada cerita cuti tu. Aku dalam hati dah kata, takkan ai tee sekejam itu. Dia ugut je tu. Dia tahu, alu takkan buat kalau tak push. Dah push pun kadang-kadang tak buat juga. Haha. So, seminggu ni, adalah dua tiga kerja settle. Mengadaplah muka Ai Tee hari-hari submit kerja. Sekarang pula, Ai tee dah buat format, satu salah RM10. Akulah paling banyak menyumbang. Sebab nak cuti, malas nak fikir duit. Tapi, tulah. Buat kerja tak check, salah manjang. Bayar je ar. Lepas tu, dah memang check selalu kerja. Tu pun salah juga. Aish. 

Hari Rabu, Khamis Ai Tee intercom ingatkan aku punya cuti. Masa tu rasa nak bagitau je, 'I cancel saja lah cuti tu.' Jumaat lagilah. Pagi-pagi dia bagitau, 'You ada sehari ni je ya.' Aku pun pergi dekat dia dan explain apa yang aku dah buat minggu ni. Dah buat approve VO empat contract. Tapi, sebab tukar format, kena betulkan balik. Ada dua atas meja Ai Tee, untuk check dulu. Kalau salah, takdelah aku kena bayar banyak. Kalau lepas yang itu, aku buat yang tiga lagi. Explain semua benda, dia minta aku buat satu benda yang macam mustahil untuk siap. Aku angguk je. Petang tu, aku masih struggle buat VO approval Keller. Pada masa yang sama, run VO BAUER. 

VO Bauer pun boleh tahan cerita dia. Engineer Pasar Seni dekat Australia. Pastu baru tau, engineer Merdeka, Shida. Engineer aku dekat Chan Sow Lin sekarang. Dan semua engineer aku ni sangat lah supportive. Aku siap minta izin Eu Jin nak tiru sign dia sebab dia kat Australia. Dia kata, kalau boss you okay, I okay je. Seriously kau percaya sampai camtu sekali? Tapi, ending dia tak macam tu. Aku minta supervisor je sign. Nga pun sejenis tu juga. Aku bagi dia JMS nak sign, dia sign je. Kalau Teh, dia check dulu. Hehe. Shida pun lepas aku kata nak buat VO Bauer, dia kata, dah lama dah kontrak tu. Aku gelak je. 2016 okay diorang dah siap kerja. Sebab company kesayangan aku ni ISO company, paperworks is a must. So, runlah semua kertas. Shida pun very helpful. Aku minta sign recommendation VO dengan final JMS, dia sign. Sebenarnya, kerja aku adalah senang sebab selalu orang-orang yang baik je keliling aku. Sebab aku tak kuat kalau ada orang jahat. Ada a few moments yang bila aku deal dengan orang tak berapa baik, aku jadi bukan diri aku. Marah dan mengata. Which is, aku tak suka dan aku tak pandai control. 

Weh, masih lagi melencong. Kembali lagi kepada cerita cuti aku. 

Pada pukul 5.30 petang, tengah aku struggle buat VO, pop-up email kata 'Your leave have been approved' Haha. Finally! Tapi, aku masih buat VO tu dan bagi Ai Tee check. Dan siap! Aku tengah tengok benda yang aku nak minta Nic or Nina tolong bila aku cuti. Nga call pula. Jam 5.45 petang. Ada benda nak settle untuk platform micropile nak buat load test. Ai Tee kata, settlekan sebelum you balik. Masa ni, aku rasa communication skill aku kena improve. Sebab aku ada 15 minit je nak deal dengan Nga, subcon dan explain ke Ai Tee. Dan aku ambil 30 minit. Siap Nga tanya aku, conclusionnya apa? Aku nak minta quotation balik je aku kata. Lantaklah apa jadi Isnin dengan Selasa. Takdenya roboh Chan Sow Lin tu. Aku bukan penting sangat. So, settle dengan Nga. 

Lepas tu, aku minta tolong Nic tengok satu certificate aku. Dah pass kat dia Jumaat lepas. Tapi, Nic tengah pening buat budget. Aku takdelah push dia sangat. Bila dia kata, nanti dia tolong print out OMO7 untuk aku, baru perasan aku tak print out OMO8 lagi. Dah buat dah. Masa nak print out, tengok material on site tak masuk lagi dalam icore. Tanya Nina nak buat coding apa. Dah lama aku tak buat icore. Dia rileks je keluarkan IPC SP Mega nak tolong bagitau coding. Dalam pada aku nak buat, baru teringat tak solat Asar lagi. Aku pun, 'Jap Na. Nak pergi solat jap.' Balik solat, Nina dah balik. Dia tinggalkan notes atas meja. Dia dah buatkan coding dan dah masukkan sekali. Allah. Baik sungguh lahai. Aku tinggal print je. 

Untuk Nina, Nic, Nga, Ai Tee, Shida, Kobi, Siha, Teh, Yeaw dan Mr. Ti yang very helpful dan knowledgeable yang bantu aku dalam buat Chan Sow Lin ni, aku kena jadi better. Semoga semua urusan kerja kita dipermudahkan Allah, semoga aku boleh belajar banyak dari korang, tolong Nic untuk budget, tolong Ai Tee finalkan semua account (which is kerja aku sebenarnya), semoga Allah beri kita ilmu yang bermanfaat, amal yang diterima, rezeki yang halal dan masa yang berkat. 

Maghrib dekat ofis. Sampai bila? 

Teh ambil gambar ni. Nampak pendek. 

Yang ni pun struggle juga dengan Bandar Malaysia

Dok bebel suruh aku jadi Ai Tee. Or be better.

Selalu ada. 

Sambut birthday Nina

Sambut birthday Ai Tee

Settle hal kerja. Aku nak balik dah. Dalam hati, dah gembira dapat cuti. Doa juga semoga tak banyaklah Nic dan Nina kena cover aku. Sebab kerja diorang pun dah banyak. Bagitau mak kata dah boleh cuti. Adik pula message kata tak dapat datang family day. Nak minta tolong buat sandwich untuk sepupu kitorang. Dalam pada aku bersyukur sebab dapat cuti, terkilan juga adik tak dapat pergi. Yup, semua pun tak dapat semua benda. Bersyukur untuk semua benda jadi kat kau. Dan jadi the best version of yourself. Struggle sebab kadang-kadang tak sure apa yang kau nak. 

Doa. Selalu doa dengan Dia untuk tunjuk jalan yang betul. 



Love..