Tuesday, October 29, 2019

Teater Sawah Padi

Mak Ina ajak pergi tengok teater sawah padi di Kuala Lumpur arahan Dinsman. Beberapa tahun lepas telah dipentaskan, tetapi di Sungai Besar. Pak Busu, Mak Ina sampai tidur di sanalah. Jadi, bila dipentaskan di Kuala Lumpur, Mak Ina eksaited ajak pergi tengok. Aku pun okay sahaja. Cadangan awal, En. Anuar nak bawa Mak Ina pergi beli hadiah hari jadi sebelum pementasan teater. Oleh kerana teater tersebut dipentaskan di Padang Merbok, berdekatan dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) maka En. Anuar ajak jumpa dahulu. 



Pada hari kejadian, kami bercadang untuk bersolat Maghrib di KKR dan kemudian makan bersama. Tetapi, lebih kurang jam 5.30 petang, Mak Ina called dan bagitahu yang En. Anuar tak sihat dan tak join tengok teater. Jadi, kami bertukar tempat perjumpaan di Masjid Bukit Aman. Mak Ngah, Alin, Amir dan Insan telah sampai dahulu. Pak Busu, saya dan Mamat datang kemudian. Pak Busu yang rajin telah menjemput saya di pejabat dan menghantar saya dan Mamat semula di pejabat. Sempatlah berjumpa dengan Linda untuk memberitahunya saya perlu keluar dahulu. Ada kerja dia yang saya perlu submit pada hari itu. Tetapi, tidak berjaya siap. Maka, pada hari Sabtu, saya datang untuk menyiapkannya kerana Linda akan datang pada hari Ahad untuk membuat bahagiannya pula. Aish, apalah punya kerja kami ni. Haha. 

Kami berjumpa Mak Ngah di Masjid dan kemudian makan dahulu. Selepas itu, baru kami ke Padang Merbok. Mak Ina dah sampai awal-awal lagi. Dia duduk bersama Kak Normah dan Abang Zam.

Pak Busu belanja. Terima kasih! 

Tunggu Grab datang jemput. Hehe.

Kami sampai di sana dan duduk di belakang-belakang. Awal-awal persembahan sudah meleret saya rasa. Sudahlah hero (Si Uda) dah spoilkan dengan menjadi lemah. Bergaduh pasal harta dengan Dara. Aish kau ni, hero ni walaupun takde harta, janganlah tunjuk lemah sangat depan heroin. Lepas tu, Pak Busu kata hero dia bukan Uda. Nanti Uda ni mati. Haha. Awal-awal dah spoiler. Tapi, aku okey je. Maling dengan Pak Utih tu yang Pak Busu kata hero. Okaylah. Boleh terima. Haha. 

Di suku pementasan, hujan mulai turun. Saya sudah memakai jaket kerana dari pejabat lagi sudah merasa sejuk. Muhammadlah kesian, takde bawa apa-apa. Dia baru balik kerja. Pak Busu pun ada jaket juga. Alin dan Mak Ngah ada payung. Ni namanya, sediakan payung sebelum hujan. Pengalaman mandi hujan ini sangat saya suka! Setiap kali hujan, saya selalu rasa nak main. Tetapi, gila kau nak mandi hujan dekat pejabat, lepas tu nak naik kereta. Basahlah seat. Lupakan sahajalah.

Benda lain yang menarik adalah, Padang Merbok itu ditutupi dengan jerami. Oleh kerana kasut saya basah, maka saya pun membuka kasut, dan berkaki ayam sahaja di Padang Merbok tu. Menarik! Teringat ayah selalu pesan, jangan sombong dengan tanah. Ayah nanti, dia cabut rumput dekat rumah, kaki ayam je. Nak buang toksin katanya. Hehe. Saya cuba korek jerami itu, mahu tahu berapa tebal mereka letak. Dalam juga. Saya korek-korek dengan kaki tak jumpa lagi padangnya. 

Ada kakak bagi baju hujan. Terima kasih! 

Menara KL gais..

Bersepah kat belakang tu. 


Waktu nak cari shoot yang cantik konon-konon


Pengalaman menonton Teater Sawah Padi sambil disirami hujan dan berkaki ayam di tengah bandar Kuala Lumpur memang mengujakan. Saya suka. 

Kami tunggu sehingga selesai. Mak Ngah sudah pulang sebelum habis pementasan. Mak Ina juga. Balik dari Padang Merbok, kami mengeteh dahulu di Chan Sow Lin. Walaupun berdekatan dengan pejabat saya, haruslah saya tak tahu ada kedai apa yang buka malam-malam pukul 11 malam tu. Jalan-jalan, jumpa kedai mamak. Apa lagi. Memamaklah kita sebelum Pak Busu hantar kami di Southgate. 

Ngeteh sebelum balik
Malam itu juga, kami terima berita yang Encik Anuar ditahan di hospital kerana ada penderahan di otak. Allah. Saya cadang mahu melawatnya pada esok hari. Kerana saya bekerja dan masih di KL. Tetapi, esoknya, Nazifah memberitahu, En. Anuar dalam waktu-waktu kritikal, tidak digalakkan melawat, jadi saya simpan sahaja hajat itu. Didoakan semoga En. Anuar sihat-sihat sahaja. Memang tidak sangka, saya menelefon En. Anuar tengahari itu untuk memberitahu kami mahu menumpang solat di KKR dan En. Anuar menjawab dengan gembiranya. Dan selepas itu, dia tidak sihat dan ditahan di Hospital Kuala Lumpur. Life is so fragile. Tengah-tengah sihat, sakit. Cherish all the moments sekarang ini. Jangan fikir sangat benda yang kau tak dapat, tetapi appreciate benda yang Allah bagi. Dan bila sayang, kata sayang. I love you, LillahiTaala. 

Love..

Perkahwinan Angah

Berbanding perkahwinan Afiq dan Safwan, Fahmi punya majlis kali ni, kita tak buat dekat rumah Acik. Kita buat dekat Rumah Citra Sari Ayer Keroh. Sebab sekalikan dengan majlis belah perempuan, maka Acik bersetuju untuk buat dekat sini. Kalau tidak, memang alamat kat rumah dia pasang khemah lima je.

Maka, berbondong-bondonglah saudara-mara balik. Pak Lang, Mak Ngah pun datang on the day majlis bawa aiskrim, Mok Teh, Busu lagilah awal dah ada sebab memang duduk dekat kampung. Nenek Som, Nek Siah dengan Cik Ta memang dah tidur rumah nenek nak masak lauk tambahan. Kali ini, Acik buat dekat Rumah Citra Kasih di Ayer Keroh. Kali ini katering, sebab majlis Fahmi combine sekali dengan majlis belah perempuan, Aida. Takut tak cukup lauk, jadi nenek minta tolong Nek Som masak lauk tambahan. Masak lemak perut, masak asam daging dan masak acar sayur. Sedapnya sebab nenek-nenek yang masak. Bilalah kita nak ambil resepi-resepi nenek ni sebelum terhapus dek zaman. Huhu. Saya ni, tak pandai sangat merasa. Jadi, masak tu ala kadar sahaja. Walaupun Kak Cik selalu pesan rasa masakan atau minuman sebelum nak hidang dekat orang. 

Kami balik hari Jumaat, masak-masak hari Sabtu, Fahmi bernikah malam Sabtu. Saya membawa ayah, mak, Nek Som dan Cik Ta untuk ke majlis nikah Fahmi. Oh, cerita membawa emak sedikit kelakar. Ayah memang tidak mahu membawa kereta sekarang. Saya layankan. Tetapi malam itu, saya perlu membawa empat orang. Untuk memberikan keselesaan kepada penumpang, saya mencadangkan kepada ayah membawa kereta saya dan saya menumpang Aminah sahaja. Punyalah ayah tidak mahu membawa kereta, dia yang mahu menumpang Aminah dan tinggalkan saya dan emak bersama nenek-nenek. Haruslah emak tidak mahu. Maka, berhimpitlah emak dan Nek Som dan Cik Ta di belakang. Mujur tidak jauh. Emak ni, clingy dengan ayah. Haha. Takpelah mak. Dah laki sendiri. Love you emak. 

Alhamdulillah, majlis pernikahan selesai, walaupun sebelum majlis berbagai drama yang terjadi. Terutamanya di sebelah keluarga Aida. Allah. Allah uji sedikit di bahagian masing-masing. Saya jarang mendengar ayah memberikan nasihat yang negatif, tetapi dari segi kes Aida, ayah mencadangkan supaya Aida memutuskan sahaja hubungan dia dan ayahnya selepas perkahwinan ini. Untuk mengelakkan lebih mudarat kepada kedua-dua belah pihak. Allah. Semoga Aida dan Fahmi mencapai keluarga mawaddah, sakinah dan rahmah sehingga akhir hayat.

Inilah penumpang saya

Geng tunggu dekat bawah sebab sakit kaki

Tahniah Angah! 

Ni, hari esoknya. 

Hari Ahad, hari majlisnya. Saya menemani Acik untuk menjaga duit dan memberi Acik goodies untuk tetamu. Sekali dengan Nabila. Oh, Nabila sedang mengambil lesen memandu kereta. Anak Pok Teh memang semuanya independent sekarang. Allah. Semoga Allah tempatkan Pok Teh bersama orang-orang beriman dan ditinggalkan doa anak-anak yang soleh InsyaAllah. Majlis berjalan lancar. Saudara-mara memang gembira. Saya suka kenduri. Masa untuk bersama saudara-mara dalam satu masa dan berjumpa semua.

Geng sambut tetamu

Kesayangan hamba. :)

Sayang juga

Orang kuat kenduri

Oh, tidak lupa tragedi pecahnya tayar kereta saya pada hari itu. Dan baru tahu, saya tidak punya tayar ganti. Honda memberi saya pam sahaja. Tetapi, oleh sebab telah tercarik tayar itu, maka tidak dapat dipam. Perlu diganti. Ayah dan Safwan yang mencari tayar. Alhamdulillah ada Safwan, tahulah dia kedai mana yang buka pada hari Ahad itu. 

Nak cari tayar ganti. Tak jumpa. Hehe.

Selepas sebelah tayar pecah, saya pula perlu menukar sebelah kanan pula. Sedang memandu di roundabout hampir sampai di pejabat selepas melawat nenek dan Nek Som di Selayang, ada seorang hamba Allah memberitahu bahawa tayar saya pancit. Malas untuk berhenti dan berdoa rim saya tidak rosak, saya memandu sahaja sehingga ke parking pejabat. Di sana, baru betulkan. Orang pertama yang saya tanya adalah Faezah. Dia bahagian tukang-tukang ni memang hebat.

Pam tayar di basement

Setentang dengan site ofis. Kalau tak cukup duit, minta Nga tolong hantar.


Segini panjang paku dia. Manalah aku bawa ni.

Tukang teman. Nina

Berbalik kepada cerita majlis Fahmi. Selepas kenduri, budak-budak mandi kolam di situ, Malamnya, saya, emak dan ayah tidur di rumah Nenek Rammelah. Yang lain tinggal di rumah Nenek Saabah. Mahu menolong mengemas. Malamnya juga, lauk kami adalah maggi. Walaupun nenek ada menyimpan lauk untuk malam, kami semua sudah tak lalu makan nasi kenduri. Maggi adalah lauk wajib selepas bosan makan nasi biasanya. Jangan risau, masing-masing pandai dah bawa diri sekarang. Dah tahu tanggungjawab nak menolong di dapur.

Aiskrim Kenangan dari Lanchang

Saudara belah mak

Dari atas rumah

Katering yang sangat bagus! 

Orang kuat juga. 

Tumpang pelamin

Nenek-nenek yang kuat sangat

Ko tengok, bakal raja sehari

Balik kenduri tu, malam main Saidina. Wei, tak reti penat!

Esok paginya, masing-masing nak pulang. Saya membawa Baim, adik dan Nafisah. Kak Mi anak beranak, dan ayah bersama Kak Long dan Kak Cik satu kereta. Ngam-ngam sahaja kereta sekarang. Oh, cerita di dalam kereta bersama Nafisah juga menarik untuk diceritakan. Sudah lupa sedikit. Harap saya masih ingat, ataupun nanti tanya Fisha balik. Hehe.

Untuk majlis perkahwinan Fahmi ni. akak doakan awak dan Aida bahagia dengan doa, Barakallah. Semoga Allah memberkati kamu berdua dan menghimpunkan kamu suami isteri dalam kebajikan.


Love..

Tuesday, October 22, 2019

Sebab untuk berhenti

Kau kembali menghantui
Dengan penjelasan diri
Alasan tidak mahu semua ini
Bukan sebab aku yang pasti

Aku terima alasanmu ini
Tapi aku takut disakiti
Atau mengambil risiko lagi
Berperanglah diri setiap hari

Menduga-duga setiap ketika
Berdoa Allah menunjukkan cara
Entah kenapa masih dia
Berkeliaran di ruang minda

Allah kembali menunjuk Kuasa
Ditunjukkan sebab bukan kau orangnya
Tidak perlu aku menduga-duga
Hubungan ini bukan terbaik untuk kita

Kau tidaklah sehebat yang disangka
Kau punya khilaf jua
Yang pasti sukar untuk aku terima
Aku tidak pasti bagaimana

Ambillah ia sebagai penutup cerita
Kisah aku, kau dan kita
Tiada pengakhiran bersama
Semoga ini terbaik untuk semua

Belajarlah diri
Menganggap ini antara rezeki
Yang Allah beri untuk menguji
Di mana letaknya kebergantungan hati

Kisah kita sampai di sini
Semoga aku berlapang diri
Lupakan semua yang terjadi
Mencari dan mencari lagi

Next

Southgate
221019

Love..

Redha

Belajarlah hati
Redha dengan takdir Ilahi
Percaya dengan janji
Tidak akan ditinggal hambaNya sepi

Kukira iman senipis bawang
Berkira-kira dengan ketentuan
Qada dan qadar telah ditentukan
Kau cuma terima apa ketetapan

Berharap pada manusia
Kekurangan aku sebagai hamba
Berharaplah pada Dia
Itulah yang lebih utama

Berpadalah dengan semua
Perkara terjadi dunia
Dia, kerja dan keluarga
Selama ini dijaga rapiNya

Kata Ar-Rahman
Yang Maha Pengasih lagi Penyayang
Jika hambaKu berjalan kepadaKu
Berlari aku kepada hambaKu

Alhamdulillah untuk semua
Moga aku bersyukur setiap masa
Menjadi hamba berguna
Sebagai bekal di akhirat sana

:) 

Southgate
221019

Love..

Saturday, October 19, 2019

Trip Pendek ke Cameron

Mak Usu Bayah sejenis yang aktif. Rajin berjalan. Pak Busu pula, jenis yang suka duduk rumah. Kalau dulu masa bujang duduk dengan nenek, masa cuti mesti bangun lambat. Tidur pun lambat. Entah apa dia buat kat serambi tu.

Tapi, bila kahwin Busu dah berubah. Jadi ayah yang bagus. Anak-anak kena solat jemaah. Ada hafazan lepas subuh dengan maghrib. Masa cuti Sabtu Ahad pula, pagi-pagi kena baca buku. Nanti Busu tengok. Lepas tu gilir-gilir Umair dengan Ainur tukar buku bacaan. Ni semua aku korek masa Ainur teman pergi ambil Nafisah cuti raya haji masa tu. Kagum betul aku dengan Busu sekarang. Kalau dulu, nak gaduh je masa aku duduk kampung dengan dia.

Orang boleh berubah. Dan kalau kau dapat pasangan yang betul, kau dan dia akan jadi lagi baik dan boleh memberi manfaat yang lebih kepada orang lain. Sepertinya trip ini. Oleh sebab Mak Usu suka berjalan dan Busu bagi kalau berjalan dengan keluarga, maka wujudlah trip-trip pendek seperti ini. Acik pula boleh melayan. Jadi, biasanya Acik dengan Mak Usu dari kampung akan pergi dulu, kemudian ajaklah kami dari Klang siapa-siapa nak join.

Kalau dapat cari gambar dekat Port Dickson dengan Genting nanti aku masukkan sekali.

Yang ni, trip masa tu sebab cuti hari jadi Gabenor Melaka. So, Mak Usu sewa apartment dekat Cameron. Ajak kami sekali. Mak eksaited nak pergi. Mak baru nak berjalan. Ayah puas dah. Mak, lepas belajar terus kahwin, lepas tu besarkan kitorang. Mana ada masa berjalan. Layankan je ar. Tapi, aku tak boleh bawa mak dengan ayah pagi tu. Ada futsal. Ayah drive kereta aku je naik Cameron. Dahlah jem dekat Tanah Rata. Tak dapat cakap apalah.

Kak Cik, Kak Mi, Afiq dengan aku bertolak petang tu. Dalam pukul 5.30 petang. Ambik Afiq dekat tempat bola dia, lepas tu baru pergi. Terima kasih dengan perangai gila stereng dulu. Aku confident nak bawa lalu Simpang Pulai malam-malam. Dahlah kami amik laluan jauh sebab dah malam, ayah kata jangan lalu Tapah. Lalu Simpang Pulai, tambah sejam kot. Tapi, untuk keselamatan bersama tidak mengapa.

Sampai dalam pukul 10.30 malam. Aku mesej Aaron perang tu tanya dia turun ke minggu ni. Dia kata tak, aku pun ajak jumpa. Tengok tempat tinggal dia dengan homestay Mak Usu, 2km je. Kitorang pun on. Kat sana, kedai tutup pukul 12 tengah malam bila hujung minggu.


Balik dah jam 11. 30 malam. Kau tengok, Fahmi melayan anak buah. Main Saidina.


Esoknya, dalam pukul 10 pagi, masing-masing check out dan terus nak balik. Memang tak sampai 24 jam kat atas tu. Hehe. Takpelah, nak meramaikan je. Di samping merapatkan sillaturahim.







Tengok kebun teh

Diorang berjalan lagi

Benda yang aku nak buat bila ayah dengan mak ada ni adalah bawa diorang naik kereta dan aku drive. Tengah aku takde komitmen apa-apa ni, silalah duduk tepi je ayah.


Balik dari Cameron tu, kena turun awal sebab ayah ada meeting kat pejabat Amanah. Kak Mi dengan Kak Cik ikut Mak Usu berjalan lagi kat atas tu. Sampai kat Lembah klang dalam masa tengahari, so tanyalah nak makan mana. Ayah ajak makan Aroma Hijrah. Makan nasi Arab kat Shah Alam. Sedap! Ayah jarang request benda, biasa ikut je mana-mana yang senang. Sekarang dah boleh minta. Okay je. Lagi senang.

Macam masa tu birthday mak, aku dah tanya nak apa? Mak kata takde apa-apa. Sekali kak cik kata nak belikan kek aiskrim untuk bawa pergi rumah Kak Mina, tapi tercancel pula. Rupa-rupanya, mak nak kek aiskrim. Baru tahu. Haha. Kitorang pula beli kek dengan aiskrim je sebab senang. Ingat nak beli nanti masa Kak Fisha balik, tapi kat Aroma Hijrah ni ada kek aiskrim. Mak pun order satu slice. Okaylah. Sekarang nak apa boleh dapat. Nikmat nak apa dan kau ada kuasa untuk beli walaupun cuma satu slice kek tu, masih nikmat. Alhamdulillah. Semoga kita sentiasa jadi orang yang bersyukur. 

Cakap dengan Kak Cik, sebab nak jumpa ada hadis kata panjang kan sillaturahim ni dapat murahkan rezeki. Maka, niatlah macam tu. 


Masa tu borak-borak dengan ayah, ayah kata nak buat apa-apa boleh niat nak dapat ni nak dapat tu. Tapi, yang penting sekali kena niat buat kerana Allah. 

Love..


Tuesday, October 8, 2019

Subcon nak tarik diri

Ada satu sub-contractor yang dah dapat contract, tapi bila masuk kick-off meeting, rasa takut dan taknak buat kerja tu. Saya salahkan Syam untuk ini. Banyak sangat requirement untuk Safety. Haha. Walhal standard UG memang tinggi untuk safety. Tapi, subcontractors ni pun kali pertama juga join kerja dengan Gamuda. Lepas tu, Liquidated Ascertained Damages (LAD) sampai RM5000. Lagilah cuak kawan. But, worries not. Sepanjang 10 tahun kat sini, tak pernah charge LAD to our subcontractors. Bak kata Mr. Kock, kita just nak deliver kerja sahaja. Kalau kau tak perform, we won't charge you LAD, but sorry. We won't call you for another works next time. 

Untuk selesaikan masalah ni, Nga panggil meeting. Ai Tee dah bayang-bayang subcon ni akan tarik diri. Dan saya kena buat semua tender process all over again. Saya berdoa semoga bukanlah begitu prosesnya. Sudah cukup banyak kerja sekarang. Sudahlah Kobi nak balik Chan Sow Lin, saya perlu menyelesaikan semua Final Account yang lama-lama. Tolong jangan tambah lagi. Banyak benda nak kena belajar ni. Nanti Nga kejar saya macam gila tanya pasal subcon ni.

Mr. Kock masuk sekali meeting ni. Saya tenang sedikit. Mr. Kock punya pendekatan memang nak tolong selesaikan masalah dan bukan blame or push others. Bincang punya bincang, Serrig nak buat kerja tu dengan syarat LAD kurang dan safety report Nga tolong buatkan. Sorrylah Nga. Kalau tak, kerja you lagi banyak kalau dia tarik diri. So, susah sikit yer. Thank you!

Mr. Kock dan Mr. Hong 

Balik dari meeting, kami makan sekali. Saya naik kereta dengan Nga, Mr. Ti dan Ai Tee. Masa nak jalan pergi kedai, saya jalan belakang sekali. Sebab diorang dok cakap Mandarin. Saya malas nak campur. Masa lalu satu lorong tu, ada kereta masuk. Pastu saya nampak Nga toleh belakang. Rasa perasan macam Nga nak tengok saya ke tepi ke tak. Kang kena langgar anak orang ni. Saya agak saya perasan je kot. Haha. Tapi, bila kami nak lintas jalan, saya perasan lagi, Nga toleh. Tengok saya lepas ke tak. Haha.

Okay, nasib baiklah kau unreachable Nga. Dahlah lahir tahun 1993. Letak sini, untuk ingatan. Balik tu, kami singgah kedai buat jersey sebab nak tukar size baju budak site salah pilih. Pengularan secara berjemaah. Tapi, diorang ni jenis perform kat ofis. Ular-ular pun sebab kerja. 

Ada fitting room
Ai Tee, semua benda nak involved. Haha

Saya suka benda simple-simple macam ni. Mudah terhibur. Dan saya syukur sangat dengan benda-benda kecil macam ni yang buat saya rasa gembira. Untuk ada rasa seronok ni (walaupun akan gaduh sikit dengan Nga, selagi kerja Thales tak settle dan macam-macam lagi kerja dengan dia ni). Terima kasih untuk perhatian itu. Saya harap saya tak compare Nga dengan siapa-siapa. Dan tak generalise cina baik, melayu tak. Haha. Racist terhadap orang melayu aku ni. Nga baik, adalah sebab dia baik. Bak kata Faezah, dia jumpa ramai je Cina yang tak baik. Tapi, saya jumpa, majoriti cina semua baik. Mana tak senang sis suka kat orang tak sunat ni. Hehe.

Apa-apa pun, bersyukur dengan semua benda jadi kat saya. Allah izin, sebab tu jadi. Tapi, Allah tak semesti suka walaupun dia benarkan jadi. Berusaha jadi lebih baik setiap hari. Dan sebab Allah Al-Wahhaab (الوهاب) Maha Pemberi dan Maha Menganugerahkan dengan memberi banyak kenikmatan dan Ar-Razzaaq (الرزاق) Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya  dengan menghadirkan saya orang keliling yang baik, semoga saya juga memberi keseronokan dan kegembiraan kepada orang lain. 

Love..