Wednesday, September 12, 2018

Raya Haji di Klang

Raya Haji kali ni, di tengah-tengah minggu. Hari Rabu. Memula aku cadang nak balik kampung lepas kerja hari Selasa. Balik sini lepas kenduri rumah Mok Teh (majlis merisik Ipah), call mak pun mak kata okay je. Lepas tu tanya adik kerja ke raya tu? Mak kata kerja. Makanya, takde orang dekat rumah raya tu. Along dengan Kak Cik dah balik kampung Sabtu lepas. Masa aku pergi cuci masjid dekat Temerloh. Cakap dengan ayah, anak dah ramai pun, raya sorang-sorang je kali ni. Kak Mi pergi Kelantan rumah kawan dia. Kak Mina balik Sungai Besar sebab raya puasa dah raya dengan kitorang, Daus tak balik juga, raya dekat Kedah, Aida tak sihat sangat, Kak Fisha, jalan-jalan Sarawak kali ni. Tinggal aku dengan adik je. Jadi, aku mengambil keputusan raya di Klang sahaja. 

Sehari sebelum raya, lepas kerja, aku melepak dengan Alin. Dia nak pergi Pulau Pinang dengan family dia raya kali ni. Kitorang catch-up kejap. Buka puasa sama. Alhamdulillah, dapat puasa. Walhal pagi tu aku pergi site. Ai Tee nak bawa budak-budak trainee pergi tengok Batching Plant dengan Titiwangsa Station. Ingat malas nak puasa. Tapi, Allah kata ganjaran puasa 9 Zulhijjah menghapus dosa tahun sebelumnya dan tahun yang akan datang. Aku nikan banyak dosa. Jadi, doa diberi kekuatan untuk esoknya dan terhapus dosa-dosa yang banyak ni. 

Batching Plant


Titiwangsa Station

My trainee - Lim Wei Teck from INTI College



Julian Sebastian William - Diorang dok sibuk kenen2kan








Cari lipstik

Alhamdulillah, Allah beri kekuatan tu. Nak apa je dengan Allah ni, kita doa sahaja. Allah Yang Maha Pengasih Penyayang ni, memang Dia bagi semua. Dapat pula balik awal. Sempatlah rehat mandi-mandi dekat rumah Mak Ngah. Selesa sikit nak keluar lepas tu. Doa Allah berikan kekuatan, semoga tidak terlalu lapar. Cuma, memang penat. Tak larat nak cakap banyak malaam tu. Haha. Alin pun puasa. Makan jelah kami. 

Esoknya, bangun dan pergi solat hari raya. dengan emak. Baliknya, aku ingat nak pergi tolong orang dekat surau sebab masak bagi orang memasak untuk orang yang datang tolong sembelih lembu. Tetapi, dah ramai orang tolong, aku tak tahu nak buat apa, mak pula dah jumpa geng. Jadi aku pun baliklah. Tidur. Haha.


Punyalah tak produktif raya aku. Yang 1 hingga 9 Zulhijjah, punyalah nak buat betul-betul. Memang tak boleh lama-lama aku dekat rumah sendiri, tempat paling seronok bermalas-malasan dan tak produktif. Hehe. Petang tu Kak Cik balik dari kampung lepas kenduri. Dia kata, pergi kawenlah. Sebab anak Mok Teh dah kena risik. Jadi masing-masing dah tanya pasal jodoh. Bertabahlah Kak Cik. Esoknya nak kerja, aku dari Klang je. Tak sesak. Keluar pukul 6.50 pagi, jam 7.45 dah sampai dah. Kalau hari biasa, pukul 6.30 keluar, sampai pun ngam-ngam je pukul 8. 

Sebab berada di rumah, kadang-kadang lepas solat jemaah jika ayah tidak ke surau, mak akan suruh ayah takbir. Sedikit kemeriahan raya untuk saya. Cerita raya ini aku lakarkan selepas membaca blog Ustaz Hasrizal di sini mengenai raya korban. Sementara masih ada emak dan ayah ni, semoga aku dapat bersama-sama mereka dan menggembirakan hati mereka. Walaupun selalu leka dengan orang lain, semoga Allah sentiasa memelihara mereka di dunia lagi-lagi akhirat.

Love..

Friday, September 7, 2018

Bercuti di kebun orang

Deekay selalu ajak pergi rumah dia makan durian, manggis, rambutan dan macam-macam buah-buahan lainlah. Orang ada kebun. Memang gembira nak ajak kawan-kawan datang. Benda memang aatas pokok dan banyak. Eksaited macam Timah nak bagi buahlah. Tapi, seperti biasa, aku yang busy dah macam YB. Tak sempat nak pergi lagi. Siap Deekay pernah datang sini appointment dengan doktor, dia bawa satu baldi manggis. Rezeki tu sebenarnya nak bagi Ina, tapi Ina balik kampung. Lepas tu nak bagi Miera, tapi Miera malas pula nak ambil kat PJ. Jadinya, rezeki aku. Dia letak dekat rumah sewa je. Lepas aku balik rumah sewa, aku ambillah. Memang banyak sangat buah sampai masa tu dia bagi manggis sebaldi penuh. Heaven gila makan. Yang kat sini jual berapa entah kalau nak kena beli. Lepas tu kang dia keras sebab manggis ni manja. Tak boleh jatuh. Nanti tak boleh buka dah. Sebab tu, buah manggis yang jatuh kat bawah pokok tak boleh buka dah. Aku pun baru tahu sebab pergi rumah Deekay masa tu.

Planning punya planning, akhirnya dapat juga masa sekali dengan Miera dan Ina. Itupun aku kena korbankan balik kampung bawa kereta baru. Siap Naziha kena bawakan service untuk 1,000 pertama. Terima kasih sayang! Akak love you. Saya dan Miera cadang nak tidur semalaman. Tapi, Ina segan pula sebab dia nak bawa anak-anak dia. Jadi, kami pergi balik hari je. Kami janji jumpa pukul 9 dekat Petronas Gombak. Aku drive pergi, Miera drive balik.

Sampai-sampai rumah Deekay, mak dia dah siap masak makan tengahari. Kami pun ada singgah bandar Lipis pergi kfc beli sikit buat buah tangan. Sampai-sampai makan nasi dulu. Makan dulu sebelum masuk kebun. Tapi, sebelum tu, adik Deekay dah tolong petikkan buah manggis dalam sebakul. Tapi, sebab banyak lagi, kami dapat lagi sebakul. Memang puas hati.


Senang gila jaga anak Ina ni. Patutlah beranak ramai

Ali dan siapa nama anak Ina ni. Ili apa ya. Haha.
Tengok apa? 
Pengalaman betul panjat pokok manggis




Hasil



Selesai memasukkan semua buah-buahan dalam boot kereta Miera. Mujur Deekay dah pesan bawa bekas siap-siap. Aku pun dah angkut 4 kotak A4 dari pejabat. Muatlah letak manggis. Sebab manggiskan manja. Tak boleh kena hentak-hentak. 

Sebelum balik, kami paksa Alang tangkap gambar. 





Deekay. Miera dan Ina aku kenal sejak 2003 lagi. Diploma sekali. Ina dan Miera satu kelas. Deekay kelas lain, tapi biliknya dekat dengan bilik Ina. Aku jarang call diorang kalau jauh. Tapi, buatlah reunion kalau-kalau lapang. Catch-up benda-benda basic. Ambil pengalaman orang lain. 

Sehari sebelumnya, aku pergi mengundi. Kalau pergi Lipis hari Sabtu, aku ingat nak balik Klang dalam pukul 8 pagi. Tapi oleh sebab pergi hari Ahad, aku balik Klang pukul 4 petang. Berlari bawa kereta. Ingat nak tutup pukul 5 petang. Rupa-rupanya dipanjangkan ke jam 5.30 petang. Pilihanraya kecil ni diadakan sebab Dun aku meninggal dunia. Alhamdulillah, Pakatan Harapan berjaya mengekalkan kejayaan lagi.




Love..

Sunday, September 2, 2018

Jom Cuci Masjid 2.0

Kita teruskan program bersama YB di Temerloh untuk bulan August. Kali ini di Kampung Dala, Lanchang. Dun kedua selepas Semantan. Selepas ini ke Dun terakhir iaitu Mentakab. Cadangnya untuk bergilir ketiga-tiga Dun ini supaya semua merasa melihat YB masing-masing. 

Kali ni, ramai sikit orang yang datang tolong. En. Anuar ada program dengan Arif (sukarelawan Amanah) Pantai Timur. Bermula hari Jumaat dan berakhir hari Ahad. Jadi, masukkan sekali program Cuci Masjid ni dalam aturcara mereka. Dalam 20 orang datang tolong. Masjid ni pula masa kami melawat, tidak banyak sangat yang perlu dibetulkan. Saya siap kata dengan Along, tak perlu datang. Sebab ramai orang. Dia pula nak balik kampung sebab ikut Kak Cik yang cuti lama untuk raya korban. 

Saya pergi dengan Mak Ina hari Jumaat malam. Selepas siap-siap dari PJ, mandi bagai. Baru pergi. Segar sikit nak drive. Sampai sana dalam pukul 11.00 malam. En. Anuar belum balik dari program dia. Kami tunggu sekejap. Jadual YB ni, kalau kita ikut memang penat. Huhu. Semoga kuat En. Anuar. 

Oh, Haniza PA En. Anuar dah berhenti. Biasa kami sampai, akan jumpa dia. Kali ni dia dah takde. Dia dah berhenti. Baru dua kali nak buat program cuci masjid dan sekali program Santai Seni, macam-macam hal jadi dekat Parlimen Temerloh ni. Dramalah sungguh. Semoga dipermudahkan semua dalam masa lima tahun ni. Semoga kita dapat memberi lebih banyak lagi. 

So, pagi-pagi nak pergi masjid, driver En. Anuar yang masukkan alatan dalam boot kereta. Biasa minta Haniza. Oh, saya ada kepakaran menyuruh orang. Nak minta tolong cuci kipas, tolong angkat vacuum masuk masjid dari kereta, tolong kemas barang lepas habis guna masa bersihkan. Mula-mula tak perasan, sehinggalah Mekna bagitau. Haha. Saya boleh minta tolong, tapi kalau orang itu taknak tolong, saya tiada kepakaran memujuk untuk dia menolong juga saya. Hehe. 

Tips minta tolong adalah, bila orang itu menolong kamu, kamu perlu bersama-sama dia membuat kerja itu. Bersama membantu mengurangkan kerjanya sehingga habis. Tidaklah kamu meninggalkannya sendirian. Contohnya, meminta tolong mencuci kipas, maka saya akan memegang tangga dan membersihkan kain supaya dia tidak perlu turun naik tangga. Dan jika saya meminta tolong mereka mengemas alatan, haruslah saya juga mengemas alatan yang digunakan. Tips ini saya belajar dari Nenek Saabah. Jika dia meminta Fahmi mesin rumput, dia akan menyapu rumput-rumput yang telah dipotong. Sesudah itu, Fahmi akan mengangkat rumput-rumput itu ke belakang, nenek masih setia di situ berborak dengam Fahmi sehingga semuanya selesai. Jika saya melipat baju juga, dia akan melipat bersama-sama. Maaf, Ami, orang tak tolong kau lipat baju selalu. Hehe. Yang lain orang boleh, baju ni. Huhu.  

















Amboi, jauh menyimpang. Haha. Okay, settle program cuci masjid, En. Anuar dah balik dulu ada program lain. Diba dengan adik-adik pun datang juga. Lepas tu dia ikut En. Anuar balik Temerloh. Aku dengan Mekna nak pergi melawat satu masjid ni yang Pengerusi dia nak ajak buat cuci masjid kat situ pulak. Yang kisah masjid ni pun drama juga. Tengah-tengah kami cuci masjid, ada seorang makcik ni marah-marah tanya kenapa kami pilih masjid ni dan bukan masjid lagi satu. Meknalah kena mengadap, saya dah lari masuk dalam masjid. Mekna siap kena usap-usap tangan makcik ni nak redakan marah dia. Haha. Macam-macam hal. Tapi, Alhamdulillah selesai. Cuma ralat sikit tak boleh buat post mortem lepas program. Dua-dua masjid pun tak sempat buat. Semoga selepas ni sempat buat. 

Selesai program tu, melawat masjid dan lepas tu singgah rumah Mak Ngah. Bestnya selalu pergi Temerloh, dapat singgah rumah saudara. Menghubungkan sillaturrahim ni, semoga Allah murahkan rezeki kita. Haruslah Mak Ngah masak tempoyak ikan patin. Lepas tu, Timah siap petik rambutan dari rumah Mek. Dapatlah dua guni. Seguni untuk Mekna, seguni untuk saya. Pakcik bagi guard dekat rumah diorang. Eksaited masing-masing. Saya bagi Mak Lang je. Pun eksaited. Timah kata, dah tak larat nak petik dah. Banyak sangat. Bestnya ada kampung. Tapi, kalau aku ada, mesti malas juga nak petik. Muahaha. 

Okay. Selesai program kali ini di Temerloh. Alhamdulillah.

Ngeteh sebelum hantar Mekna balik

Love..

Ju'are-RA Yang Tercinta

Zuraidah, atau lebih mesra kami panggil Ju'are, merupakan orang pertama yang tidak disambung kontraknya di dalam projek kami. Terkenanya pada orang terdekat, memang mengesankan. Hampir semua sahabat saya mengeluh dengan pertukaran kerajaan yang menyebabkan sahabat kami hilang punca pendapatan. Saya pernah bertanya, adakah menyesal memilih pembangkang? Tidak kata sahabat saya. Lebih kepada terkilan dengan pertukaran ini. Saya cuma mampu menenangkan mereka, dengan mendoakan rezeki mereka dimurahkan oleh Allah. Jika tidak di sini, semoga Allah beri lebih banyak di tempat lain. 

Tidaklah saya dapat membuat apa-apa dengan pemberhentian pembaayaran MRTC kepada kami dan menyebabkan kami terpaksa memotong bayaran kepada sub-contractor kami. Saya yakin kerajaan sedang merancang yang terbaik untuk negara kita. Harapan supaya masih tidak menyekat perjalanan pembinaan MRT Line 2 kerana hampir semua kerja yang  utama telah diberikan kepada sub-contractor. Juga pada masa ini, mereka sedang membuat kerja seperti tiada apa-apa yang terjadi. Langkah menghentikan semua projek-projek ini pada satu masa, bukanlah langkah yang bijak. Banyak kerja pembaikan perlu dibuat jika diberhentikan projek ini. Juga nasib sahabat saya di PDP. Yang juga berdepan dengan ketiadaan PDP kelak akan menyebabkan ramai orang kehilangan tempat kerja. Didoakan semuanya dalam keadaan baik. Semoga negara kita juga hendaknya. Proses pengalihan kuasa dan urus tadbir negara bukanlah semudah yang disangka. Tetapi, kita telah memilih untuk berubah. Semoga lebih banyak kepada kebaikan.

Saya belajar banyak dari sahabat saya ini. Keberaniannya, memang tidak disangkal. Beranilah main-mainkan dia, memang dia bash selamba. How I wish ada 30% keberanian dia. Pengemas. Tempat mejanya sangat teratur. Dengan tanda-tanda incoming, outgoingnya. Saya pun berharap dapat sedikit pengemasnya. Dan bersama mereka, saya menjadi saya yang lebih berani, terbuka dan gembira. My life begin at 33. 

Hari ini 14hb Aug 2018, merupakan hari terakhir bersama dia. Saya sentiasa mendoakan kejayaan dan kemudahan urusan untuk sahabat-sahabat di keliling saya. Yang membentuk siapa saya pada hari ini. Semoga kita semua menjadi lebih baik dan bersama-sama. Hingga ke syurga. Tak sabar aku nak bagitau kau kalau aku kahwin nanti Ju'are. Kau dan Sity antara orang yang tanpa gagal memikirkan jodoh untuk aku. Selain daripada nenek, makcik, pakcik, sepupu, #gengsricomel, #gengluncheon dan teman seperjuangan. Gitew. Haha.

Everything happens for a reason. Just believe in Allah's plan. Love you so much Ju'are. You are, our Ju'are-ra!

Sesi makan aiskrim bersama Ju'are

#gengluncheon without Sity


Sesi terakhir

Gonna miss you

So much

Take care

Love..

YPU dan Makanan

290718. Selepas rumah Kak Morni, program makan-makan seterusnya adalah ke YPU. Program meraikan Pengerusi YPU atas kejayaan menjadi Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahli Parlimen Temerloh dan pejuang yang kental.

Program potluck yang membawa makanan masing-masing dengan dahsyatnya. Makanan sangat  banyak dan orang sangat ramai yang datang. Berbanding program sebelum En. Anuar menang dan menjadi Timbalan Menteri, orang yang hadir kali ini lebih ramai. Termasuk ayah saya sendiri dan Pak Long. Haha. Ikutlah masing-masing atas sebab apa pun. Tetapi, ini adalah kegembiraan untuk En. Anuar bila diraikan sebegitu. 

Saya tidak menulis apa-apa mengenai program itu. Mak Ina yang menjadi pengerusi majlis. KAMY cuma membuat slide ucapan dari ahli-ahli KAMY. Terima kasih banyak-banyak untuk Azizi yang tolong buat. Saya hanya mengumpulkan sahaja dan memberikanya kepada eg. Memang tip-top hasilnya. 

Setelah menang, semakin banyak amanahnya. Orang sentiasa doakan Acik dan semua pemimpin-pemimpin yang dilantik supaya sentiasa mempeduli perihal rakyat dan bekerja. Bekerja. Itu sahaja. 


















Love..