Wednesday, August 8, 2018

Kak Morni dan Makanan

Hari Jumaat, saya pergi karaoke bersama Arsyaf, Faezah dan Steven Soo. Geng Treasure Hunt Gamuda. Tahun 2017 kalau tidak silap saya. Jadi, saya tidur di PJ malam Jumaat. Keesokan harinya, saya akan ke rumah Kak Morni untuk berhari terlajak raya. Nak jumpa Kak Morni masa raya. Tidak sempat. Jadi, lepas raya. Siap mengajak geng Sri Comel sekali. Hehe. Selamba. Pagi Sabtu itu, aku pun bermalas-malasan dekat PJ sambil tengok cerita korea di telefon. Biasanya memang sedikit jahanam kalau tinggal di PJ seorang diri. Cerita Fated to Love You habis. Haha. 

Dalam pukul 11 pagi, saya mendapat pesanan dari Kak Morni mengatakan dia harus membatalkan program esok kerana adik iparnya akan datang pagi itu. Melompat saya bangun dari perbaringan. Telefon Kak Morni. 

Saya : Assalamualaikum. Akak, dekat mana? Program tu hari ni, bukan esok. Hehe.
Kak Morni : Wa'alaikummusalam. Dekat kedai. Hari ni ke? Ingat esok. Kalau hari ini, ok
Saya : Hari ini kak. Kalau susahkan tak perlulah. Nanti saya beritahu budak-budak lain.
Kak Morni : Hari ni boleh. Pukul 2 kan awak nak datang? 
Saya : Haah. Kalau susahkan, tidak mengapa sahaja. Akak dekat mana ni? 
Kak Morni : Takpe2, boleh. Akak dekat kedai ni.
Saya : Okay akak. Terima kasih. Jumpa nanti. InsyaAllah. Assalamualaikum.
Kak Morni : Waalaikumussalam.

Sampai saya di rumah Kak Morni jam 2.30 petang. Haha. Lewat setengah jam. Janji separuh melayu. Haha. Am dah sampai. Maka, kami makan. Hebat sangat kak Morni ni, siap telur masak lemak, sambal sotong, sayur kobis, ayam goreng dan pengat pisang. Memang menatu pilihan. Pukul 11 telefon, baru nak fikir masak apa, terus keluar macam-macam. Kalau saya, mungkin nasi goreng, telur dadar dan timun. Haha. 

Terima Kak Morni untuk semua kebaikan, tunjuk ajar dan kasih sayang. Moga akak sekeluarga dilindungi Allah selalu. 

Terima kasih tuan rumah

Terima kasih semua

280718

Love..

No comments: