Mak sudah lama menyebut mahu ke IKEA dan beberapa perancangan kami membawa emak ke sana gagal. Sehingga ke hari ini, di pagi Aidil Adha yang mulia, hajat emak tercapai, Alhamdulillah. Ke Astaghfirullah? Hehe.
Mengelak dari melapah (macam kami sama-sama melapah? Hehe?) lembu korban di surau berdekatan rumah kami, Mina, Fisha, saya dan emak beraya di Ikea hari ni. Kak Cik bekerja hari ini. Selepas dia pulang, kami akan ke Melaka. Acik Oya membuat kenduri.
Tak banyak benda yang kami beli (walhal, beratus gak). Kami bukan jenis mendeko rumah. Tetapi lebih kepada memenuhi impian kecil emak. Semoga emak gembira.
Mendengar perkongsian Achik minggu lepas, terpanggil untuk lebih menyenangkan hati emak ayah. Mungkin tidak dapat membanggakan mereka dengan banyak. Tidak berjaya memberi menantu yang best lagi. Seringkali melawan mereka. Apalagi membalas jasa baik mereka, memang tidak tercapai akal.
Jadi, benda kecil-kecil seperti ini harus saya rakam. Untuk ingatan kepada diri yang mereka semakin tua. Masa kita dengan mereka semakin singkat. Saya juga kadang lupa itu. Terlalu sibuk hal sendiri. Perlu ubah itu. ðŸ˜ðŸ˜
Sumber : google |
Sementara itu, Pak Long telah berjaya membawa hasil korban kami ke Kemboja. Satu hari nanti saya mahu menjadi seperti ini. InsyaAllah. Amin.
Moga Allah mudahkan urusan Pak Long dan pasukan.
Love..
Love..
No comments:
Post a Comment