Dua minggu sebelum ni, dah telefon nenek beritahu tak balik raya haji. Nenek pun ok. Sekali, minggu lepas, Acik Oya message, kata nak buat kenduri akikah dengan doa selamat serambi baru nenek. Maka, kami pun pulang ke kampung pada hari pertama Raya AidilAdha selepas fisio yang ber-on call balik kerja.
Aku kurang pasti samaada skil membantu di dapur semakin menurun atau skil mengelat membantu di dapur semaki menaik. Kenduri kali ini, tak banyak yang aku bantu. Di samping kehebatan tukang masak tak asing lagi, Nek Som, semua masakan kenduri telah siap dimasak jam 9 pagi hari Sabtu. Cuma tinggal masak nasi dan air sahaja lewat-lewat sedikit.
|
Anak buah |
|
Nenek kesayangan |
|
Khemah uolls |
|
Roti telur in the making |
|
Peace nenek |
|
Team dapur |
|
Team ruang tamu. Haha. |
|
Masing-masing dah cun |
Hebat tak hebat kami membuat kerja. Lepas Zuhur, kenduri pun bermula. Pun tak rasa aku banyak membantu. Menyembang adalah. Tapi, masing-masing tahu je nak tolong apa. Muzakirlah yang kemain rajin kerja tak reti nak rehat. Nasiblah. Hehe. Jangan serik yer.
|
Makan cekodok. Terbaik |
Dah penat petang tu, Kak Mi masak teh, nak buat minum petang. Mak Usu bancuh cekodok nak goreng. Tu yang sedap. Kari dengan sambal kenduri ada. Lawankan tu je. Senang.
Malam pula, Nisa dah tanya nak masak apa. Dia nak siapkan bahan-bahan. Acik kata nak goreng nasi. Masing-masing taknak. Sebut maggi, masing-masing hidup. Haha. Masak dua-dua.
*updated - Ni sedang bermain TEKA. Sekarang sudah ada apps dekat telefon, cuma tinggal download dan bermainlah bersama orang tercinta. Kak Cik leader ni.
|
Attention penuh ke Naziha |
Esok pula, Acik nak senangkan lagi kitorang yang penat ni, dia order siap-siap sarapan. Tinggal buat air je. Pergh.. Acik Oya memang thorbaik. Sehabis boleh nak senangkan orang lain. Malam Sabtu tu, Kak Fisha, Kak Cik dengan aku tidur rumah nenek Rammelah. Esok pagi-pagi nak kena gerak balik dah. Nak hantar Kak Fisha kat airport. Cikgu dah habis cuti sekolah. Sambung cuti Isnin kat Sarawak sebab Najib bagi cuti Sukan Sea dapat tempat pertama dengan pingat emas lepas sasaran 111 pingat.
|
Haha. Sebab gambar ni masing-masing cun. |
Love..
1 comment:
sis, you patut cerita games apa yang kita (iolls) main dengan budak2 tu masa malam lepas kenduri tuuu! Hikss. HAHAHA
Anddd, Auni is looking at your camera!
Post a Comment