Wednesday, August 30, 2017

Kisah Raya 2017

Hampir Raya Haji, berikan saya peluang mengimbau kembali mengenai raya kami kali ini. Biasa seperti hari lain.

Malam raya pertama:-







Main bunga api


Pagi raya pertama, bergambar keluarga adik-beradik ayah.






Baju raya beli dari Pak Long, pakej dengan tudung sekali. Memang cantik. Saya suka.


Rumah Tok Long di Kelubi, kami singgah beri salam sahaja. Nek Long tengah tidur. Ayah kata, anggap sahaja kami sudah singgah. Hehe. 


Rumah Nek Jah.



Malamnya dah tak lalu nak makan ketupat rendang sila nikmati (nyanyi sekali), maka kami masak MAGGI. Hehe. Nampak tak siapa yang masak tu? Ketua segala peminat maggi, Abu. Dengan berbaju melayu menandakan belum mandi lagi sudah masuk ke dapur.



Hari kedua dari rumah Atok Bujang. Rumah Nenek Rammelah penuh kerana Pak Amjah pulang. Maka, kami semalam lagi di Jilir. Memulakan raya di rumah Nek Lang di Ayer Pasir.



Singgah di rumah Nek Yot yang seperjalanan pulang iaitu di Selandar.



Kemudiah ke Rumah Nek Som di Bemban. Nenek tidak sihat sangat, demam. Tetapi gagahkan juga keluar dari bilik kerana kami datang. 







Kemudian ke Melaka untuk ke rumah Mok Teh makan tengahari. 









Balik dari rumah Mok Teh, kami ingin menyinggah ke rumah Nek Lang di Kesang Jaya, tetapi mendapat panggilan telefon dari Mak Ina. Pak Amjah mahu pulang, jadi mahu bergambar beramai-ramai sebelum pulang. Pak Amjah yang pulang bersama tiga armada perangnya. Terus sahaja saya dan keluarga ke rumah Nenek Rammelah.



Woot woor. Dah ramai.

Missing Kak Mina, Habibah's girls

Raya kali ni kami singgah ke Pahang bersama Acik Oya. Oleh kerana Fahmi yang membawanya, maka kami mengambil kira untuk konvoi beramai-ramai melalui jalan kampung bukanlah satu keputusan yang wajar. Untuk pertama kalinya, kami ke Pahang melalui Lebuhraya Utara Selatan, keluar dari Melaka, masuk ke Gombak dan keluar ke Lanchang. Bayar saja tol, janji nenek dan Acik tenang sahaja melihat kami membawa kereta secara berjemaah.

Itu sahaja untuk raya kali ini. Akibat sudah lama sangat, saya sudah lupa beberapa perkara. Sungguh tidak efisien, sepatutnya selepas raya terus tulis. Sila baikinya Nadiah.

Love..

No comments: