Saya telah mengikuti rombongan ke Mount Bromo pada 21hb July yang lepas, Oh, saya telah terlupa ayah punya birthday yang ke-63 pada hari itu.
Selamat hari lahir ayah sayang. Orang membesar seperti yang diharapkan tak? Hehe. Doa semoga ayah dikuatkan iman, dirahmati Allah, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat dan ditempatkan di syurga yang tertinggi bersama emak dan kami semua.
Berbalik kepada kisah ke Bromo, kami berkumpul di KLIA2 jam 6.30 pagi. Saya tiba lewat sedikit. Mereka sudah check-in kerana salah seorang budak yang mengikut kami ini seorang yang sangat punctual. Saya dan Faezah sempoi-sempoi sahaja untuk trip yang sebelum ini. Tetapi, kami layankan sahaja. Bagus orang sebegini. Saya yang selalu membuat kerja last minute memang menyusahkan diri sendiri. Semalam sahaja saya baru membeli headlamp, kasut, coklat dan air. Total harga semuanya RM70. Mungkin saya blh meminjam atau membeli dahulu di Giant atau Mydin. Lebih murah. Jika membeli last minute dan di Jaya, haruslah gaya foreigner. Hehe.
Selepas check-in luggage, kami makan. Rizal belanja. Pengantin baru yang tak sempat honeymoon ni berpesan jaga isterinya baik-baik. Belum honeymoon lagi dan pergi luar negara. Haha. Awak ni, memang sempoi.
Ken, the punctualist. Hehe |
Pengantin belanja |
Ami hantar pergi airport, lepas tu dapat breakfast dengan mina |
Acap. Haha. Baru merasa seronok pergi trip dengan kami |
Pengantin baru |
Naik flight Air Asia yang everyone can fly tu. Tengoklah tempat letak kaki yang memang kalau duduk tepi tingkap, nak keluar semua orang kena bangun. Dan ya, saya duduk di tepi tingkap. Terpaksalah bertahan selama dua jam 45 minit ni. Kami akan mendarat di Surabaya. Punyalah tak tengok jadual, redho je pergi sampai seminggu sebelum pergi, Encik Anuar tanya turun airport mana pun saya tak sure.
Setakat ini dahulu. Akan menyambung kemudian. Sedikit dahulu sebagai pembakar semangat menulis mengenai semua perjalanan ini.
Setakat ini dahulu. Akan menyambung kemudian. Sedikit dahulu sebagai pembakar semangat menulis mengenai semua perjalanan ini.
Bismillahirahmanirahim. 😍😍
Love..
No comments:
Post a Comment