Wednesday, July 26, 2017

My Bestfriend Wedding

Cerita raya belum tulis, dah cerita benda lain. Ampunkanlah. Hehe.

Dua kawan baik saya telah selamat menjadi seorang isteri. Nina pada Raya ke-7 dan Faezah pada minggu hadapannya. Kisah percintaan Nina memang cepat dan pantas. Mereka berkenalan tidak sampai setahun (mula berkenalan pada raya Haji tahun lepas) dan terus mengambil keputusan berkahwin. Haruslah Nina yang memulakan langkah pertama. Oh, bilalah saya boleh memulakan langkah ini? Hehe. Tidak mengapa, sabar dan doa.

Saya dan Faezah menjadi pembawa dulang ketika majlis. Majlis nikah dan kenduri diadakan pada hari yang sama. Memang mudah. Cita-cita saya untuk sebegitu sekali. Tidak perlu bersusah-susah dua majlis. Saya dan Faezah menuggu sehingga geng lucheon kami sampai. Sementara menunggu, ramai juga kawan Nina yang saya kenal kerana kami sama-sama belajar di UiTM dahulu.










Faezah pula menikah pada minggu hadapannya di Segamat. Saya yang ditemani Lyza memandu ke Segamat untuk bersama-sama majlis Faezah dan berjumpa dengan Arsyaf di sana. Faezah yang penuh dengan kejutan memberitahu majlis nikahnya di saat-saat terakhir menyebabkan sahabat-sahabat kami tidak sempat datang kerana mempunyai hal lain. Seperti biasa, jika kami ke Johor atau Melaka berdua, kami akan singgah di rumah nenek saya dan rumah Lyza. Kelebihan menghadiri kenduri adalah saya boleh melawat saudara-mara saya dan Lyza. Walaupun nenek pernah berkata saya asyik menghadiri majlis perkahwinan orang sahaja. InsyaAllah nenek, tahun ini nenek. Kuch Kuch Hota Hai. :)

Kisah perkahwinan Faezah tidak kurang hebatnya. Bergaduhnya dia dengan ayahnya yang memaksanya berkahwin sehingga dia merasa malas untuk pulang ke kampung. Kata ayahnya, memang perlu dipaksa. Jika tidak, mahu tidak berkahwin sampai tua. Hehe. Ayah Faezah comel. Saya berjumpa kali pertama semasa majlis pernikahan Faezah, dia menegur saya. "Berjaya juga sampai ya." Tercengang-cengang saya. Rupa-rupanya ayah Faezah memang mengenali semua kawan-kawan Faezah kerana Faezah akan selalu mengupdate aktivitinya kepada keluarga. Majlis kenduri Faezah akan diadakan pada 5hb Ogos nanti. Sekali dengan pengantin lelaki. Satu majlis sahaja. Memang mudah. 








Seminggu selepas itu, bekas budak pejabat saya Anis pula mendirikan rumah tangga. Majlis nikah telah diadakan seminggu sebelumnya. Jadi, kami ke majlis resepsinya yang bertempat di Restoran D'saji Titiwangsa. Juga satu majlis untuk kedua-dua belah pihak. 




Barakallahulakuma sahabat-sahabatku. Semga perkahwinan ini memberikan sakinah, mawaddah dan rahmat di dunia untuk menuju syurga yang satu. 

Love..

No comments: