Walaupun dah raya, aku kena post entri yang dok terperap dalam inbox ni. Cerita masa buka puasa. Hehe.
...........
Diam tak diam, sudah sepuluh tahun Tok Man meninggalkan kami. Seperti yang Pak Long kongsikan, pastinya berbahagia melihat cucu-cucunya menjadi hafiz. Dan yang pasti membahagiakan pastinya melihat kami dapat berkumpul semua adik-beradik emak, ipar-duai, sepupu-sepapat dan nenek. Majlis berbuka yang saya kurang pasti permulaannya tetapi seperti sudah ada mutual agreement antara adik-beradik emak setiap tahun akan berkumpul di sini. Kegembiraan dapat berkumpul adalah nikmat. Semoga kelak di Syurga kita akan berkumpul bersama juga. Tanpa perlu menyediakan makanan dan bergaduh untuk mengemas susun atur kerusi yer sayang. Hehe. Nikmat-nikmat ini sangat saya syukuri menjelang Ramadan dan jika ada kenduri perkahwinan sesiapa. Pasti ada sedikit atau banyak drama, tetapi ikatannya di situ. Air dicincang tidak akan putus.

Seringkali saya sedih pada masa yang sama, sangat-sangat bersyukur apabila melihat cerita drama atau menyaksikan sendiri individu yang tidak punya keluarga untuk berkongsi rasa di dunia ini. Doa saya semoga mereka berjumpa dengan orang yang dapat memberikan perasaan kasih sayang supaya mereka dapat merasainya juga.
Okay, berbalik cerita buka puasa di Klang, kali ini, nenek Rammelah dan nenek Sa'abah ada di rumah kami. Jadi, dapatlah kami mengurangkan sedikit stress mahu memasak apa. Nenek awal-awal pagi Sabtu sudah mahu memasak. Biasanya, kami selepas Zuhur baru masuk ke dapur. Tetapi, ia adalah menarik kerana sebelum Zuhur dah siap. Selepas Zuhur, boleh tidur dengan gembira. Boleh cuba juga tahun depan. Bak kata nenek, "Dah selesaikan senang." Nenek Sa'abah sudah hampir seminggu di rumah kami. Mahu bersolat terawih di sini katanya. Ami akan membawa nenek menaiki kereta ke surau di rumah kami untuk terawih. Nenek Rammelah, baru tiba malam Jumaat lepas dari Melaka.
Alhamdulillah untuk nikmat ini. Semoga kita semakin dapat memberikan kasih-sayamg sesama umat manusia di muka bumi.
Love..
No comments:
Post a Comment