Wednesday, December 21, 2016

Kenduri Muiz dan Mini Family Day Part 2

Seminggu selepas kenduri Muiz di Kajang, kenduri sebelah kami pula di Melaka. Saya, Naziha dan Kak Mi pulang selepas bekerja. Saya meminta time-off untuk pulang awal mengambil Naziha yang kebetulan memang menumpang saya ke tempat kerja kerana hujan pagi itu. Ada beberapa trip dari keluarga kami. Fisha dan Mak Usu serta adik telah pulang lebih awal iaitu pada hari Khamis, Aminah bercuti pada hari Jumaat, gigih nak buat pelamin sampai ambil cuti. Baik awak bersiap sedia untuk majlis akak nanti sayang. Haha. Ayah dan emak juga pulang pada hari Jumaat bersama Daus dan anak-anak Ami. Saya pulang bersama Naziha dan Kak Mi, Along pula malam itu bersama Abang Aidil. Alhamdulillah, dapat kami memenuhi jemputan Mak Chah.

Majlis yang pada mulanya dirancang secara kecil-kecilan telah menjadi seperti kenduri-kenduri kami yang biasa juga. Masih banyak kerja yang perlu dilakukan. Tidak tahu sangat drama sebelum kami datang, tetapi Alhamdulillah, masih terkawal. Semakin sudah pakar dan pandai memainkan peranan masing-masing. Kenduri memang akan kecohlah. Walau macammana merancang terperinci pun.
































Seperti juga Pak Long, yang mengatakan tahniah kepada Aminah dan Muzakir untuk pelamin dan memasak kuah keladi itu. Saya juga teruja dan berterima kasih melihat Shikin dan Zack. Saya sering merasakan cemburu dengan orang yang boleh memasak dan mengepalai pasukan yang boleh memasak. Gabungan Shikin, Mak Long, Mak Usu dan Cik Lia untuk lauk pengantin memang terbaik. Pinggan mangkuk dan presentation memang diambil kira. Kalau saya, memang cawan bercampur-campurlah jenisnya. Memang perlu beri pekerjaan ini pada yang ahlinya. Hehe.


Zack juga tidak kurang hebat menjadi photographer, melayan bergambar tanpa jemu. Malas pula nak menulis. Kalau saya tulis panjang-panjang haruslah tidak tahu bila akan post cerita ini. Saya berdoa dapat membawa menantu yang dapat membantu dan memberi manfaat untuk keluarga saya dan InsyaALLAH saya juga akan membantu bila bersama keluarga dia nanti. Nak dapat suami best yang boleh geng dengan Muzakir dan emak ayah suka. #doalajulaju


Hari Ahad pula, kami ke rumah MokTeh mahu bersarapan. Kedai Mok Teh yang terbakar masa itu sudah diperbaiki. Hari kami datang merupakan hari pertama Mok Teh menggunakan kedai baru. Borak punya borak, Mok Teh telah membeli peti sejuk tetapi tiada orang boleh mengangkatnya. Disimpan di rumah seorang pakcik berdekatan dengan kedai Mok Teh. Ayah dan sepupu-sepupu saya menolong mengangkat peti sejuk yang baru Mok Teh beli. Drama juga angkat peti sejuk ni. Fahmi kata terlalu banyak pandangan perlu didengar. Hehe. Bertabahlah, kami di kedai pun berdrama juga. Tak dapat pergi mandi pantai sebab tunggu korang angkat peti sejuk tu. Alhamdulillah, dapat membantu mengurangkan sedikit beban Mok Teh. Jika tidak, Mok Teh perlu mengupah orang untuk mengangkatnya.




Selepas itu, masa untuk mandi. Asyraf takut dengan ombak kerana biasa mandi swimming pool je. Yang melayan dia, haruslah Acik kesayangan dia. Nenek gagahkan juga mengikut kami ke pantai hari itu. Pasti gembira melihat anak-anak cucu-cucunya berkumpul. Pulang dari Melaka, kami singgah di rumah nenek Rammelah. Wah, sudah kemas. Mak Ina telah menguruskan semua untuk mengurangkan kerja nenek nanti. 





Kami pulang dari kampung malam Ahad juga. Saya mahu bangun pagi cuti di Klang dan bermalas-malasan di rumah. Okay itu sahaja.  

Love..

No comments: