Tuesday, March 1, 2016

Mulakan dengan nama Allah

Ada satu jalan pintas untuk ke rumah saya di Klang jika saya mahu pulang ke rumah. Jalan di CEB, stesen janakuasa TNB dan Stesen Komuter. Jalan itu hanya akan saya lalu jika pukul 9 malam ke bawah jika saya bersendirian di dalam kereta. Jika tidak, saya akan lalu jalan luar sahaja yang lebih jauh dan lebih ramai orang yang masih menggunakannya. Hal ini kerana, terdapat satu area yang tiada penduduk dan ayah kata terdapat orang India suka memeras ugut di situ. Saya perempuan, haruslah lebih berhati-hati. Mahu balik siang-siang memang tidak sempatlah.  

Ahad lepas, saya pulang rumah dalam pukul 9.15 malam. Saya mahu cepat dan malas untuk melalui jalan luar. Di dalam hati berkira-kira untuk melalui jalan dalam. Maka berdoa jika ada kereta mahu masuk sekali, boleh saya menumpang semangat kereta hadapan. Apa-apa jadi, bolehlah saya membunyikan hon atau menarik perhatian mereka. Malangnya tiada orang. Keinginan untuk melalui jalan itu tinggi ditambah kemalasan dan kelewatan kerana saya perlu pulang ke PJ juga malam itu. 

Berbekalkan semangat yang saya tidak tahu dari mana, saya memutar stereng kereta ke kiri memasuki jalan dalam sambil mulut menyebut Bismillahirahmanirrahim. Kemudian, saya menyebut maknanya secara perlahan 'Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.' 

Satu perasaan seperti memahami makna bacaan yang selama ini saya baca kerana sunat membaca Bismillah sebelum memulakan kerja menyerap masuk ke dalam minda saya. Saya memulakan perbuatan melalui jalan dalam itu dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Penyayang. Pastinya Allah Yang Maha Pemurah lagi Penyayang akan menjaga saya hingga selamat sampai ke rumah. Selama ini dan sampai bila-bila pun Dia akan menjaga saya. 

Benarlah terdapat keberkatan dalam perbuatan yang kita mulakan dengan nama Allah itu. Selama ini membaca sahaja tanpa menghayati maknyanya. Sama juga seperti istighfar, kata Dr Asri, jika menyebut Astaghfirullah, sekali-sekala tukar dengan bahasa yang kita faham. Ya Allah, ampunkah aku, ampunkan aku Ya Allah. InsyaALLAH, terkesan dalam hati. Selamat mencuba menghayati zikir-zikir yang biasa kita ucapkan. 

Alhamdulillah - Segala puji hanya untuk ALLAH. 

Love..

No comments: