Thursday, January 28, 2016

Majlis Perkahwinan Lily

Perkahwinan yang berbaki kawan-kawan baik saya yang perlu dihadiri adalah Deekay, Miera, dan Lyza. Untuk peringkat universiti dahulu. Yang lain, InsyaALLAH ada rezeki pergi. Tiada paksaan. Juga tiada dalam senarai untuk hadir ke perkahwinan adik kepada Deekay. Tetapi, memandangkan telah menyinggah tiga minggu sebelum majlis Lily (adik Deekay) dan ayahnya beria-ia menjemput datang ke rumah sambil memberikan kad jemputan. Walhal, Deekay pun tidak memberi kad kepada saya dan Miera. Pakcik Isa teringat saya, katanya pernah makan tengahari di rumah kami. Ya, saya memang mengingati detik itu. Ketika kami diploma, Deekay dan saya menjalani latihan Industri bersama-sama di Shah Alam. Maka, emak dan ayahnya datang ke Klang menghantar barang keperluan. Mungkin jika tiada peristiwa, saya juga sudah melupakan kisah itu. Tetapi kerana mempunyai peristiwa yang lucu, teringatlah kejadian itu.

Semasa itu, kami tinggal di tepi sungai dan dalam proses kerajaan mengambil tanah kami, katanya untuk pembesaran sungai. Sedang kami makan dan berborak-borak, ayah saya dengan rancaknya mengutuk kerajaan waktu itu. Memang sedia pembangkang, bertambah lagi kes kami perlu berpindah, ayah bercerita dengan semangatnya. (Tanya ayah, dia dah terlupa masa itu) Saya hanya mendengar sahaja sambil mengucap dalam hati. Ayah Deekay dan seluruh keluarganya adalah orang kuat kerajaan, lagi pula ketua kampung di Kampung Dada Kering. Haha. Sekembali mereka dari rumah kami, saya terus memberitahu ayah. Ayah hanya tergelak. Sudah agak dah. Itu sahaja reaksi ayah saya. Siap ayah saya berkata, biar dia tahu cerita sebenar pembangkang. Haha. Ayah, pakcik itu masih UMNO tegar sehingga sekarang.  

Tidak sangka, ayah Deekay masih mengingati saya. Maka, apabila Miera mengajak saya pergi ke rumah Deekay, saya pun mengiakan. Boleh sahaja. Cadang mahu balik hari, tetapi kami memutuskan untuk tidur sahaja di sana. Pernah pergi menemani Naziha membuat fisio di sana dan tidur di hotel berharga RM100, maka kami membuat keputusan untuk tidak memenatkan diri membalik hari. Yang menariknya, kami dapat hotel yang lagi murah iaitu RM58 semalam juga di sana. Alhamdulillah.

Peneman berborak

Baru selesai majlis akad nikah


Rahsia

Tara! 

Pengantin membunuh lipan. Rare kan? 

Ni hotelnya Kak Cik.

Sarapan di Bandar Lipis

Tahniah Kok Lily

Tahniah juga Kak Nurul

Saya meminta gambar ibu dan ayah Deekay kerana kami langsung tidak bergambar bersama mereka. Masing-masing kesibukan melayan tetamu. Tetapi, Deekay juga tidak mempunyai gambar bersama ibu dan ayahnya. Lagi kahsian.

Untuk Lily dan pasangan, Barakallah. Semoga Allah merahmati perkahwinan dan dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmat sehingga hujung syurga. 

Love..

Friday, January 22, 2016

Siri Bersama Ai Tee 3

Kalau kamu adalah seorang lelaki, graduan QS dan sedang mencari tempat untuk menambah ilmu dan rajin bekerja, kamu adalah digalakkan untuk memohon di tempat kami. Mari, saya perkenankan (recommend?) kamu kepada bos saya yang memang suka kepada orang yang rajin bekerja dan bijak.. Yang penting rajin dan mahu belajar. 

.......................................................

Ai Tee : Nadiah, you tanya Nic (QS subcon saya yang saya pening kepala kalau nak buat claim dia), dia ada kawan tak nak kerja QS. I prefer lelaki.
Saya : Ok. 

Selepas berbasi-basi dengan Nic, dan menyatakan hasrat Ai Tee dalam bahasa kiasan, saya menyampaikan apa yang diperolehi kepada Ai Tee. 

Saya : Nic said, all his friends are at Singapore. But he will check if there any of his junior want to work or not. 
Ai Tee : Ask Nic, he wants to join us or not?
Saya : Seriously. Can ar? Who will do the final account later?
Ai Tee : I asked Lim, he said can, but not offer directly from us (top management). If from QS to QS can. He still got 2 months before resigned, you final cepat-cepatlah.
Saya : Ok, I ask him later.
Ai Tee : I look at his costing and his paperworks, he is good. You try to talk to him
Saya : Ok.

............................................................

Kalau anda memang seorang yang hebat dalam pekerjaan yang anda lakukan, anda tidak perlu melobi diri anda untuk mendapatkan pekerjaan. Dia akan datang bergolek mencari anda. InsyaAllah.

Hadis Rasulullah s.a.w. :-
"Allah sangat menyukai mana-mana hambaNya yang bila melakukan sesuatu kerja dilakukan dengan sungguh-sungguh."

Love..

Monday, January 18, 2016

Lara Sepasang Nisan

Menonton cerekarama Lara Sepasang Nisan dengan penuh beremosi semalam. Sepanjang cerita menitiskan airmata. Kisah Pakcik Tahar pembuat nisan yang tinggal bersama isterinya di tanah pusaka isterinya bersama adik lelaki isterinya, Bidin kalau tidak silap namanya. Anak-anaknya pula sudah mempunyai perniagaan di KL dan tidak mahu menyambung perniagaan batu nisan itu. Kemudian adik iparnya mahu mengambil geran tanah untuk memulakan bisnes tetapi dihalang oleh isterinya. Satu hari, bangsal membuat batu nisannya terbakar, dan Pakcik Tahar tidak berjaya memadamkan api. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, isterinya yang memang menghidap asma meninggal dunia malam itu juga. Anak-anaknya datang ke majlis pengebumian emaknya tetapi terus pulang ke KL (apakah jenis anak ini?). Bidin menyuruh anak-anaknya mengambil ayah mereka minggu hadapannya tetapi mereka sibuk. 

Setelah kematian kakaknya, Bidin menjual tanah pusaka tersebut dan pakcik Tahar membawa diri ke hujung kampung dan tinggal di pondok. Di dalam pada masa yang sama mengajar seorang budak remaja cara membuat nisan. Anak-anak menghadapi masalah perniagaan dan dibantu dengan wang pemberian mereka kepada Pakcik Tahar yang tidak digunakan langsung oleh Pakcik Tahar. Bidin pula akibat gagal membayar hutangnya kepada Along telah dipotong sebelah kakinya. Pakcik Tahar meninggal dunia selepas solat Zuhur bersama dengan anak tok imam di kampungnya yang belajar membuat nisan beraama Pak Tahar (Sudah lupa namanya, saya gelarkannya Adam) dan telah menyiapkan nisan untuk dirinya sendiri. Anak-anaknya yang telah insaf dan mahu pulang berjumpa dengan ayah mereka hanya berkesempatan sampai ketika ayahnya sudah menjadi jenazah.

Antara dialog yang terkesan kepada saya adalah dialog Pak Tahar kepada anaknya;
'Baliklah dan solat. Jangan lupa doa untuk emak kamu. Dia sedang menunggu doa anak yang soleh untuknya'
- ;( 

Dialog Pak Tahar kepada Adam;
'Tak cukup agaknya ilmu agama yang kami ajar kepada mereka sampai mereka jadi begitu'
- Iman memang tak dapat diwarisi. Jadi baik. Jadi baik. Jadi baik. Tolong orang, dengan harapan Allah akan tolong kita. 

Dialog Pak Tahar kepada Adam;
'Dunia ini kalau kita kejar, memang boleh dapat. Tetapi kalau kita kejar akhirat, dunia pasti kita dapat.'
- Huhu. Agak-agak, apa yang kita tengah kejar sekarang? 

Dialog anak-anak Pak Tahar; 
'Kalau sambung kerja ayah pun bukan boleh jadi kaya' 
- Memang tidak kaya, tetapi Pak Tahar hidup dengan tenang sahaja di kampung. Tidak menyusahkan orang lain. Malahan dapat membantu anaknya yang memerlukan duit lagi. 

Separuh cerita itu, saya naik ke dalam bilik. Malas mahu beremosi di hujung minggu. Tetapi, saya merasakan, masa itulah merupakan masa saya bersama keluarga dan turun kembali menonton dan melalak-lalak sampai mata bengkak. Tahniah kepada tenaga produksi yang saya juga tidak tahu siapa.

Banyak sangat pengajaran cerita itu. Saya menjadi terfikir, memang kita tidak tahu akan jadi apa anak kita bila membesar nanti. Habis semua ilmu telah diberi, tetapi pengakhirannya memang tidak dapat dijangka. Saya memuhasabah diri. Adakah saya menyenangkan ibu ayah saya? Walaupun tidak dapat banyak membantu, sekurang-kurangnya tidak sangat menyusahkan. Pengakhiran saya bagaimana bersama ibu ayah juga saya tidak dapat jangka. Sentiasalah berdoa dan bersama orang-orang yang akan mengingatkan kita tanggungjawab kita kepada ibu bapa.

Pernah mendengar Ustaz Pahrol memberi tazkirah, katanya "Apa je yang kita boleh harapkan dari orang lain adalah doa dan nasihat mereka. Bila kita berbuat baik kepada mereka, kita tidak mengharapkan dia akan berbuat baik kepada kita, tetapi kita boleh harapkan doa dan nasihat dia kepada kita."

Ayah
Emak

Semoga kami anak-anakmu ini menjadi golongan penyambung pahala kamu berdua. Amin. Amin. Makbulkan Ya Allah.

Love..

Monday, January 11, 2016

Kisah blogger

InsyaALLAH, kawan baik saya merangkap budak bilik saya akan mengerjakan umrah pada bulan Mei ini. Terkesan dengan pemergian mak ayah dan adik-adik saya, Miera mendaftarkan diri bersama keluarganya di Al-Quds Kota Bharu tahun lalu. Dapatlah murah sedikit berbanding harga tahun ini. 

Sekarang beliau sibuk membuat persiapan menghafal doa, membaca buku dan blog-blog. Satu malam selepas agak penat melihat telefon, dia bangun untuk ke tandas.

......................................

Miera : Baca blog orang perempuan ini, tidak tahu apa isinya. Tulis panjang-panjang, tak jumpa isi penting pun. Kalau orang lelaki, adalah dia tulis cara-cara atau langkah-langkah kita nak buat apa.

Saya : Miera, apasal orang terasa? Hehe.

Deekay : Iyalah, orang perempuan tulis, 50 perkara mengenai Nadiah.

Saya : Cis ko Kay. Haha.

..............................................

Azam tahun baru saya untuk menulis benda yang lebih berilmiah di sini. Terima kasih kawan kerana menyedarkan.

Selamat Tahun Baru 2016. :)

Bye bye 2015.
Hello 2016. Please be nice to us. Haha.:)

Love..