Saturday, May 23, 2015

Cuti Hari Pekerja dan Wesak

Cuti panjang sempena wesak yang lepas, kami pulang ke kampung. Kampung dekat dan sementara ada orang lagi nak melawat, baik luangkan masa bersama diorang. Mekna kata nak buat BBQ. Bbq ni yang malasnya nak hidupkan api. Orang kampung kata, bercinta. Mujur Muhammad mempunyai kawan yang ada Bbq set menggunakan gas. Makanya, kerja-kerja pembakaran lebih mudah dan suasana lebih meriangkan. Hehe. 

Nikmat dapat bawa mak ayah balik kampung. Tak tahu sampai bila.
 Aminah dan Muzakir juga balik sempena cuti panjang. Muzakir ni ringan tulang. Untung Kak Mina. Awak dah dapat yang okay tu, jangan awak pula jadi berat tulang. Harus jadi lebih baik lagi tau. Tanda syukur pada Allah. Boleh, InsyaAllah.

Sesi pembakaran pun bermula 
Dia tak pakai arang. Memang menarik! 
Ehem. Nampak tak? Berkasih-sayang gitu. 
Mekna, Pak Busu dan Pak Chim balik kali ni. 
Pak Busu dan Mekna balik hari Ahad. Kami balik esok sahaja. Cuti Wesak. Jadi, pagi-pagi Ahad tu Along ajak anak-anak buah kami ke Kolam Air Panas Jasin. Adalah sekangkang kera dari rumah nenek. Pun selalu kitorang buat tak heran. Kali ni, kitorang pergilah bersama anak buah dan mak buah. 

Muka dengan masing-masing tak mandi beginilah. Sebab nak masuk dalam tu memang nak mandi pagi. Bayaran dia pun murah. Siap boleh simpan tiket tu, untuk beli tiket yang akan datang, dapat diskaun RM1 kalau tunjuk tiket lama. 




Bebudak dan air. Seronok. Nasib datang awal sebab dekat je rumah kami. Sampai sana dalam pukul 9. Dalam pukul 11 tu dah ramai orang dah. Kat sini tak besar sangat. Jadi, kalau ramai-ramai nampak sesak. Jomlah kita balik. Kalau ikut budak-budak ni, mana kisah nak balik. 

Muka dah mandi dengan belum macam tiada beza sahaja. Hehe.
Kami akan ke rumah Nenek Sa'abah pula. Ada dua kampung yang perlu kami tidur bila balik kampung. Memang mudah. Sekali jalan, dapat tengok dua-dua nenek.

Ni nampak kecik je. Kang, kemain cepat diorang membesar. :(

Petang tu, Cik Lia nak balik. Tapi, dah lama dia teringin nak makan coconut shake kat Klebang tu. Selalu kawan-kawan dia kata sedap, dia tak pernah rasa pun. Hihi. Samalah Cik Lia. Tapi, sebab tak heran punya pasal. Malas nak cari. Kak Cik pun ajaklah Kak Mina pergi beli sekali dengan Cik Lia. Nanti lepas beli, Cik Lia nak balik Klang terus.

Asyraf, bakpo tidur pun comel sangat ni.  
On the way to Klebang. Waze tau.
Dah selamat sampai, sekali dia punya beratur. Hambik. Kak cik kata sebab cuti. Biasanya ramai, tapi tidak seramai ni. Alang-alang dah sampai, kita beratur sahajalah. Diorang pasang radio Ikim kat kedai ni. Dah nak masuk Asar, adalah bacaan ayat Al-Quran. Kira dakwah juga ni, sebab ramai juga orang cina yang datang beli. Terfikir juga, tak jatuh ke iman diorang macam iman kita tergugat bila tengok salib. Entah apa-apa entah. Tengok salib pun tergugat iman. Ada masalah dengan iman awak sebenarnya tu. 

Nampak tak dia punya beratur? 
Dah puas beratur, haruslah beli lebih dari 10. 
Ni lagi contoh orang dah besar.
Balik dari Klebang, Maryam dan Mashitoh naik ikut kami sebab Cik Lia nak terus balik Klang. Masyitoh dah nak ambil SPM dah. Besarnya dahlah korang. Apasal akak rasa macam masih 27 tahun ni. Hehe.

Lepas hantar diorang di rumah nenek Rammelah, kita ke rumah nenek Sa'abah pula. Entah macammana tersalah komunikasi, cadangnya nak beli ikan bakar dan nasi lemak sahaja. Sekali rupa-rupanya Fahmi dah selamat bakar-bakar dah. Acik Oya belanja makan ikan bakar. Katanya memang dah beli ikannya. Best! 

Orang kuat kat sini, Fahmi.

Orang kuat makan kat sini, Daus.
Makan sahaja kerjanya. Orang Malaysia ni, mati sebab banyak sangat makan. Kolestrol tinggilah, darah tinggilah, kencing manisnya lagi. Sebab pemakananlah. Orang negara lain kebulur sebab kurang dapat makan. Maafkan kami Ya Allah. Semoga, selepas kami makan ni, akan menjadi tenaga untuk lebih banyak beramal kepadaMu. Amin.


Balik hari Isnin tu, kami kena keluar pagi-pagi. Kata ayah, jika tidak tersangkut kesesakan di Senawang Seremban nanti. Sebelum balik, singgah melawat Nenek Sareah dan Tok Ali yang sudah tidak sihat. Gembiranya mereka dengan kedatangan kami. Kak Fiza dengan Pokde baru juga bertolak pulang pagi itu. Kami tidak sempat berjumpa. 

Nenek dan Atok, didoakan cepat sihat.

Jom balik Klang! 

Love..

No comments: