Antara berjuta-juta benda yang saya belajar dari ayah, antaranya adalah bawa orang yang tengah berjalan kaki, balik atau pergi ke Komuter. Tumpangkan sebab kita memang lalu situ. Kadang-kadang saya buat. Kadang-kadang saya tidak.
Semalam pulang dari ofis, saya menumpangkan seorang pakcik India. Rumahnya berdekatan dengan rumah saya. Saya memulakan perbualan kosong. Sekadar mengisi masa.
Saya : Pakcik baru balik kerja ke?
Pakcik : Ya anak. Kerja bawa lori. Tetapi part time. Saya sudah pencen MPK. Sudah tiada kerja nak buat di rumah. Isteri sudah meninggal.
Saya : Hantar barang di mana pakcik?
Pakcik : Hantar di Rawang. Lori letak di pejabat. Duduk rumah pun sakit hati. Anak-anak dan cucu tidak datang menjenguk. Kerjalah.
Dan pakcik pun terus bercerita mengenai kehidupan ringkasnya. Walaupun berkata tidak kisah walaupun anaknya tidak menjenguk, saya dapat merasakan kekesalan dalam dirinya. Saya membiarkan pakcik bercerita sahaja. Saya dihantar Allah untuk menjadi tempat luahan pakcik ini. Mungkin sudah lama tidak bersua muka dengan anak-anaknya. Saya pula, tidaklah sehebat Syed Azmi yang mampu menelefon anak pakcik ini dan menyuruhnya menjenguk ayahnya. Saya hanya mampu mendengar.
Di bahagian saya, ini pengajaran yang amat penting untuk tidak membiarkan emak dan ayah begitu semasa tua. Tidak sama sekali. Walaupun emak dan ayah tidak kisah anak-anaknya tidak menelefon, itu tidak menjadikan saya menganggap ia adalah benda biasa. Tanggungjawab saya adalah membuat emak dan ayah gembira dan tidak risau. InsyaAllah, saya akan menjadi lebih prihatin terhadap emak ayah saya sekarang.
Quick post sebelum terbang ke Sabah. Doakan dipermudahkan Allah. Macam-macam pula dengar pagi ni.
Rabbi Yassir Wala Tuassir.
Mak ayah. Love you to the moon and back.
Faezah, Kerul. Miera, anda dirindui.
Love..
No comments:
Post a Comment